wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tahun 5 Sains Hayat

Total questions: 70

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Mengapa cacing bergerak secara mengengsot??

a)

kerana cacing tidak mempunyai sistem rangka seperti manusia

b)

kerana cacing kepenatan

2.

Apakah nama tulang ini?

a)

Tulang kepala

b)

Tulang Otak

c)

Tengkorak

3.

Apakah nama tulang ini?

a)

Tengkorak

b)

Tulang rusuk

c)

Tulang belakang

4.

Yang mana satukah tulang belakang?

a)
b)
c)
5.

Apakah fungsi tulang belakang?

a)

menyokong tubuh

b)

melindungi organ dalaman

c)

menggerakkan tangan

d)

melindungi otak

6.

Tulang tangan dan tulang kaki berfungsi sebagai sokongan dan ..........

a)

perjalanan

b)

pergerakan

c)

persembahan

d)

perhentian

7.

Apakah fungsi sendi dalam rajah di atas?

a)

untuk membolehkan kepala bergerak secara putaran atau pusingan

b)

untuk membolehkan kaki dibengkok dan diluruskan

c)

untuk membolehkan pergerakan tangan ke belakang, depan, tepi atau membuat putaran

d)

untuk memudahkan pergerakan bahagian atas tubuh

8.

Apakah SENDI ?

a)

Tempat pertemuan dua atau lebih tulang.

b)

Tempat pertemuan tulang

c)

Tempat tulang bersambung

9.

Apakah FUNGSI SENDI?

a)

Melindungi bahagian yang bersambung.

b)

Membolehkan pergerakan sahaja.

c)

Membolehkan pergerakan dan kebolehlenturan tubuh.

10.

Sistem rangka manusia terdiri daripada tengkorak, tulang belakang, tulang tangan, tulang kaki dan ..........

a)

tulang dada

b)

tulang pinggul

c)

tulang rusuk

d)

tulang selangka

11.

Apakah fungsi darah?

a)

Mengangkut oksigen dan karbon dioksida ke seluruh badan.

b)

Mengalirkan darah ke seluruh badan.

c)

Mengangkut oksigen, nutrien, air dan bahan kumuh.

d)

Memberikan tenaga kepada badan.

12.

Bahagian manakah yang terlibat di dalam sistem peredaran darah manusia?

a)

Jantung, ginjal, hati dan peparu

b)

Peparu, darah, pankreas dan otak

c)

Jantung, peparu, darah dan salur darah

d)

Peparu, darah, hati dan jantung

13.

Apakah fungsi organ ini?

a)

Mencegah jangkitan penyakit

b)

Mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh badan manusia

c)

Membolehkan manusia bernafas

d)

Menyingkirkan bahan buangan daripada badan

14.

Ke manakah darah yang mengandungi banyak oksigen dan nutrien akan dibawa?

a)

Peparu

b)

Jantung

c)

Hati

d)

Keseluruhan bahagian badan.

15.

Mengapakah darah yang mengandungi banyak karbon di oksida akan dipam dari jantung ke peparu?

a)

Untuk membolehkan manusia bernafas.

b)

Untuk mengelakkan keracunan.

c)

Untuk membolehkan berlakunya pertukaran gas oksigen dengan karbon di oksida.

d)

Untuk memastikan peredaran darah berjalan lancar.

16.

Apakah akan berlaku apabila salur darah tersumbat akibat enapan kolestrol?

a)

Manusia akan mati.

b)

Darah tidak dapat mengalir dengan lancar.

c)

Darah akan mengalir melalui salur darah yang lain.

d)

Berlaku jangkitan kuman pada salur darah.

17.

Apakah fungsi organ Q?

a)

Mengangkut darah ke seluruh tubuh dan dari seluruh tubuh ke jantung semula.

b)

Mengepam darah ke peparu dan seluruh tubuh.

c)

Mengeluarkan gas karbon dioksida dari badan dan memasukkan gas oksigen ke dalam badan.

18.

Apakah kepentingan sistem peredaran darah?

a)

untuk melindungi tubuh dan organ-organ pernafasan

b)

mengangkut oksigen, nutrien dan air ke dalam tubuh

c)

untuk membantu menyingkir bahan perkumuhan seperti urea.

d)

mengangkut karbon dioksida dan bahan kumuh lain untuk disingkirkan dari tubuh.

19.

Apabila kita menarik nafas, oksigen akan memasuki

a)

Jantung

b)

Peparu

c)

Salur darah

20.

Apakah fungsi organ R?

a)

Mengangkut darah ke seluruh tubuh dan dari seluruh tubuh ke jantung semula.

b)

Mengepam darah ke peparu dan seluruh tubuh.

c)

Mengeluarkan gas karbon dioksida dari badan dan memasukkan gas oksigen ke dalam badan.

21.

Padankan rajah dengan nama sistem yang betul

a)

Sistem peredaran darah

b)

Sistem rangka

c)

Sistem pencernaan

d)

Sistem pernafasan

22.

Tulang yang patah menjejaskan sistem rangka manusia. Pada masa yang sama tangan akan membengkak. Kenapakah perkara tersebut berlaku ?

a)

A. Sistem pencernaan terganggu.

b)

B. Masuk angin.

c)

C. Pengaliran darah dalam Sistem peredaran darah terganggu.

d)

D. Sistem pernafasan telah terganggu

23.

Apakah yang selalu menyebabkan salur darah dalam tubuh badan manusia menjadi sempit ?

a)

A. Makanan

b)

B. Kolestrol

c)

C. Asid

d)

D. Kalsium

24.

Apakah fungsi sistem pencernaan?

a)

mengangkut darah ke seluruh badan

b)

mengangkut karbon dioksida keluar dari badan

c)

membantu meningkatkan tumbesaran

d)

membekalkan nutrien dan khasiat kepada organ dalaman

25.

Rajah menunjukkan seseorang tercekik makanan.Apabila tercekik makanan, jenis sistem apakah yang terganggu?

a)

Sistem rangka

b)

Sistem pernafasan

c)

Sistem pencernaan

26.

Apakah nama sistem ini?

a)

Sistem pernafasan

b)

Sistem peredaran darah

c)

Sistem pencernaan

d)

Sistem rangka

27.

Rajah menunjukkan tulang pergelangan tangan seseorang patah. Apabila tulang pergelangan tangan patah, jenis sistem apakah yang akan terganggu?

a)

Sistem rangka

b)

Sistem pernafasan

c)

Sistem peredaran darah

28.

Apakah kesan kepada jantung apabila manusia makan banyak makanan kolestrol?

a)

jantung tiada masalah

b)

salur darah dalam jantung akan tersumbat

c)

jantung mengepam darah bertambah laju

d)

jantung berdarah dan luka

29.

Apakah kesan perbuatan di atas?

a)

merosakkan peparu

b)

menenangkan fikiran

c)

menghalau nyamuk

d)

badan menjadi sihat

30.

Berikut ialah cara memelihara sistem pernafasan di dalam tubuh bagi mengekalkan kehidupan yang sihat?

a)

Menghindari rokok

b)

Tinggal di persekitaran yang bersih

c)

Basuh tangan dengan kerap

d)

Berada di kawasan pembakaran dalam masa yang lama

31.

Apakah yang dimaksudkan kemandirian spesies haiwan?

a)

Keupayaan haiwan mengekalkan spesiesnya supaya tidak pupus

b)

Kemampuan haiwan menjaga anak-anaknya

c)

Kehendak haiwan menjaga telur-telurnya

d)

Keupayaan haiwan melahirkan spesiesnya

32.

Bagaimanakah cara haiwan membiak untuk mengekalkan kemandirian spesiesnya?

a)

Mengandung

b)

Bertelur

c)

Melahirkan anak

d)

Mengeram

33.

Haiwan Q bertelur dan menimbus telur-telurnya di dalam pasir.


Antara berikut, yang manakah mewakili maklumat di atas?

a)

Haiwan Q bersaing dengan haiwan lain

b)

Haiwan Q tiada tempat untuk bertelur

c)

Haiwan Q memastikan kemandirian spesiesnya

d)

Haiwan Q ingin mengelakkan persaingan

34.

Bagaimanakah cara kanggaru melindungi anaknya?

a)

Membawa anaknya di dalam kantung

b)

Menjaga anaknya secara berkumpulan

c)

Menyerang musuh apabila anaknya diganggu

d)

Membuat sarang untuk anaknya

35.

Bagaimanakah haiwan tersebut memastikan kemandirian spesiesnya?

a)

Menjaga telurnya

b)

Menyembunyikan telur di dalam tanah

c)

Menyembunyikan telur di bawah permukaan daun

d)

Membawa anaknya bersama-sama

36.

Bagaimanakah haiwan di atas memastikan kemandirian spesiesnya?

a)

Bergerak dalam kumpulan

b)

Mendukung anaknya

c)

Menyembunyikan anaknya

d)

Menyusukan anaknya

37.

Haiwan Y adalah seekor haiwan yang besar, tidak bertaring dan lambat bergerak.

Jadi, cara yang bagaimanakah perlu haiwan Y gunakan untuk mempertahankan dirinya dan anaknya daripada ancaman musuh?


(ID=0.57) (IK=0.56) (Menganalisis)

a)

Menyerang musuh apabila berasa terancam.

b)

Membawa anak di dalam kantung

c)

Membawa anak di dalam mulut.

d)

Bergerak di dalam kumpulan.

38.
Mengapakah gajah berasa selamat bergerak secara berkumpulan ?
a)
Tiada ancaman daripada musuh
b)
Sifat semula jadi
c)
Tidak bergaduh sesama spesies
d)
Ikatan erat kekeluargaan
39.
Mengapakah telur katak berlendir ?
a)
Supaya tidak didekati musuh
b)
Supaya telur menetas dengan baik
c)
Memang telur berlendir
d)
Mudah melekat di kawasan bertelur
40.

Antara haiwan berikut, yang manakah menjaga dan melindungi anaknya?

I. Ayam

II. Katak

III. Gajah

IV. Penyu

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

41.

Apakah yang dimaksudkan dengan rantai makanan?

a)

Interaksi antara haiwan di dalam suatu habitat

b)

Gabungan dua atau lebih hubungan makanan antara hidupan

c)

Pengelasan berdasarkan tabiat makan haiwan

d)

Hubungan makanan antara hidupan

42.

Berdasarkan rajah di atas, nyatakan pengeluar. Tandakan dalam kotak.

a)

Padi

b)

Tikus

c)

Ular

d)

Helang

43.

Berdasarkan rajah di atas, nyatakan pengguna. Tandakan dalam kotak. (terdapat lebih daripada satu jawapan)

a)

Padi

b)

Tikus

c)

Ular

d)

Helang

44.

Apakah sumber tenaga bagi pokok padi untuk membuat makanannya sendiri?

a)

Cahaya matahari

b)

Oksigen

c)

Tanah

d)

Air

45.

Dalam susunan rantai makanan di atas hidupan L adalah ....

a)
b)
c)
d)
46.

Yang manakah susunan rantai makanan yang betul?

a)

Z -----> X -----> Y -----> W

b)

Y -----> W -----> X -----> Z

c)

W -----> Y -----> Z -----> X

d)

X -----> Z -----> W -----> Y

47.

Apakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan?

a)

Interaksi antara haiwan di dalam suatu habitat

b)

Gabungan dua atau lebih hubungan makanan antara hidupan

c)

Gabungan beberapa rantai makanan dalam satu habitat

d)

Hubungan makanan antara hidupan

48.

Dalam siratan makanan di atas, sekiranya hidupan R bertambah, yang manakan kesan yang betul?

a)

tikus berkurang

b)

tikus bertambah

c)

burung helang berkurang

d)

burung hantu berkurang

49.

• Haiwan P makan tumbuhan Q

• Haiwan R makan haiwan P

• Haiwan S makan haiwan R


Antara rantai makanan berikut, yang manakah betul?

a)

S ---> R ---> P ---> Q

b)

P ---> S ---> Q ---> R

c)

R ---> Q ---> S ---> P

d)

Q ---> P ---> R ---> S

50.

Antara yang berikut, yang manakah boleh mewakili kedudukan haiwan X dalam rantai makanan itu?

a)

Padi -----> X -----> Katak -----> Ular

b)

X -----> Padi -----> Ular -----> Katak

c)

Ular -----> Katak -----> X -----> Padi

d)

Katak -----> Ular -----> Padi -----> X

51.

Tumbuhan ini melindungi diri dari musuh dengan cara

a)

akarnya panjang

b)

hidup di kawasan gurun

c)

mempunyai duri tajam

52.

Tumbuhan yang mempunyai cara MENGURANGKAN KEHILANGAN AIR yang sama dengan pokok pisang adalah...

a)
b)
c)
53.

Fungsi bulu halus pada tumbuhan ini ialah...

a)

mengurangkan kehilangan air

b)

membuatkan haiwan gatal

c)

mengelakkan tumbang ditiup angin

d)

meracuni haiwan

54.

Tumbuhan yang mempunyai cara melindungi diri dari haiwan dengan cara mempunyai racun ialah...

a)
b)
c)
d)
55.

Bagaimana tumbuhan ini melindungi diri dari musuh?

a)

Beracun

b)

Berduri tajam

c)

Mengeluarkan getah

d)

Berbulu halus

e)

Berbau busuk

56.

Apakah persamaan antara pokok kaktus dan pokok ru?

a)

Daun yang bergulung

b)

Daun berbentuk jarum

c)

Batang yang mudah melentur

d)

Batang yang boleh menyimpan air

57.

pokok getah menggugurkan daun semasa musim kering. Apakah kepentingan ciri khas tersebut?

a)

mengurangkan kehilangan air

b)

mengelakkan daun menjadi kuning

c)

mengurangkan rintangan angin

d)

memudahkan untuk menerima cahaya

58.

Bagaimanakah cara tumbuhan ini melindungi diri daripada angin kencang?

a)

daun berpecah-pecah

b)

batang mudah lentur

c)

menggulungkan daun

d)

batang menyimpan air

59.

Namakan tumbuhan lain yang mempunyai cara yang sama melindungi diri seperti tumbuhan ini.

a)

Durian

b)

Pokok nangka

c)

Pokok labu

d)

Pokok pong-pong

e)

Tembakau

60.

Namakan tumbuhan lain yang mempunyai cara yang sama melindungi diri seperti tumbuhan ini.

a)

Durian

b)

Pokok nangka

c)

Pokok labu

d)

Pokok pong-pong

e)

Tembakau

61.

Apakah maksud pencaran biji benih?

a)

Cara tumbuhan melindungi diri daripada cuaca melampau.

b)

Cara untuk membawa biji benih jauh daripada induknya.

c)

Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri.

d)

Cara tumbuhan mengelakkan kehilangan air yang banyak.

62.

Apakah KEPENTINGAN pencaran biji benih? Tandakan 2 jawapan yang paling betul.

a)

Memastikan kemandirian spesies tumbuhan.

b)

Mengelakkan berlakunya persaingan spesies tumbuhan yang sama.

c)

Memastikan tumbuhan mudah melakukan fotosintesis.

d)

Membolehkan tumbuhan menghasilkan gas oksigen yang banyak.

63.

Apakah cara pencaran biji benih dalam Rajah di atas?

a)

Air

b)

Mekanisme letupan

c)

Haiwan dan manusia

d)

Angin

64.

Bagaimanakah cara biji benih ini dipencarkan?

a)

Air.

b)

Haiwan dan manusia.

c)

Mekanisme letupan.

d)

Angin.

65.

Nyatakan mekanisme pencaran biji benih di atas.

a)

Air

b)

Mekanisme letupan

c)

Angin

d)

Haiwan dan manusia

66.

Nyatakan mekanisme pencaran biji benih bagi rajah di atas.

a)

Air

b)

Mekanisme letupan

c)

Angin

d)

Haiwan dan manusia

67.

Apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh buah yang biji benihnya dipencarkan secara mekanisme letupan?

a)

Kulit buah akan menjadi kering dan merekah atau bergulung apabila matang.

b)

Buahnya mempunyai isi yang boleh dimakan.

c)

Berbulu halus, kecil dan ringan.

d)

Mempunyai struktur bersayap seperti helikopter.

68.

Apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh buah yang biji benihnya dipencarkan melalui haiwan dan manusia?

a)

Kulit buah akan menjadi kering dan merekah atau bergulung apabila matang.

b)

Buahnya mempunyai bau dan warna yang menarik serta isi tebal yang boleh dimakan.

c)

Berbulu halus, kecil dan ringan.

d)

Mempunyai struktur bersayap seperti helikopter.

69.

"Mempunyai sabut yang berongga serta lapisan kulitnya kalis air"

Pernyataan di atas adalah ciri-ciri buah yang biji benihnya dipencarkan melalui

a)

Air

b)

Angin

c)

Udara

d)

Mekanisme letupan

70.

Apakah akan berlaku jika anak benih ditanam berhampiran dengan pokok induk?

a)

Persaingan hebat akan berlaku antara anak benih dan pokok induk.

b)

Pokok induk akan berbuah dengan sangat banyak.

c)

Anak benih dapat melindungi diri daripada panas matahari.

d)

Tumbesaran anak benih berlaku dengan sangat cepat.