wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Kerja

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1. Azman menulis sepucuk surat kepada isterinya untuk _______ rindu

a)

mengatasi

b)

mengekalkan

c)

mengubatkan

d)

melepaskan

2.

2. Lebai Leman masih menggunakan kerbau untuk _____ sawahnya.

a)

mengangin

b)

membajak

c)

menyemai

d)

menuai

3.

3. Datuk sering _____ barangan tembaganya sehingga berkilat.

a)

mengesat

b)

mengelap

c)

menggilap

d)

terpegun

4.

4. Daud tidak ----- apabila ditegur oleh rakan-rakannya kerana dia berfikiran terbuka.

a)

tercengang

b)

tersinggung

c)

terperanjat

d)

terpegun

5.

5. Tauke Leong telah ____ sepuluh orang buruh asing untuk bekerja di kebun buah-buahannya.

a)

mengerah

b)

menyewa

c)

membayar

d)

mengupah

6.

6. Adik jatuh ___ ke lantai setelah terpijak bungkusan plastik di dapur.

a)

terjelepok

b)

terperosok

c)

tersungkur

d)

tersembam

7.

7. Setiap pagi, Rosnah mendengar suara burung ___ kerana rumahnya terletak berhampiran dengan sebuah taman burung.

a)

berkicau

b)

berbunyi

c)

berciut

d)

bersiul

8.

8. Ayah ____ sendirian apabila teringat akan peristiwa lucu yang berlaku di pasar tadi.

a)

tersenyum

b)

tersipu

c)

tersengih

d)

tersengguk

9.

9. Air mata nenek ____ apabila mendengar berita sedih itu.

a)

berhamburan

b)

bercucuran

c)

bertakungan

d)

berterusan

10.

10. Pertandingan cerpen anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka itu ___ perpaduan dan integrasi nasional.

a)

bertemakan

b)

berlandaskan

c)

berdasarkan

d)

bercirikan

11.

11. Unta dapat hidup lebih dua bulan tanpa air kerana ___ simpanan air di bahagian bonggol di belakang badannya.

a)

menghadapi

b)

memenuhi

c)

mempunyai

d)

mendapati

12.

12. Murid yang enggan atau malu ____ dalam bahasa Inggeris sering gagal menguasai bahasa tersebut.

a)

berucap

b)

berkata

c)

bertutur

d)

berbicara

13.

13. Sebagai murid, kita seharusnya mengisi masa lapang dengan aktiviti yang ____

a)

bererti

b)

berguna

c)

bermakna

d)

berfaedah

14.

14. Hujan yang turun tidak berhenti-henti telah menyebabkan air sungai di Kampung Tok Ilang ____tebing.

a)

membasahi

b)

melimpahi

c)

melebihi

d)

melampaui

15.

15. Saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kata-kata saya yang ___ perasaan.

a)

mencuit

b)

mengusik

c)

mengganggu

d)

menyinggung

16.

16. Datuk Maharaja Lela seorang yang bijaksana dalam ___ strategi untuk menentang penjajah Inggeris.

a)

merangka

b)

mencongak

c)

mengira

d)

mentafsir

17.

17. Sekumpulan perayu undi kelihatan sedang ___ poster calon parti politik.

a)

menampalkan

b)

menempelkan

c)

meratakan

d)

menaikkan

18.

18. Sebagai haiwan nokturnal, pendengaran yang tajam ___ burung hantu memburu mangsanya pada waktu malam.

a)

mengakibatkan

b)

membolehkan

c)

menyebabkan

d)

menjadikan

19.

19. Golongan pelajar perlu ___ pelbagai bidang ilmu, terutamanya yang berkaitan dengan teknologi.

a)

mendalami

b)

menghalusi

c)

menyertai

d)

mempengaruhi

20.

20. Murid-murid yang berbaris di sepanjang Jalan Tun Andak ___ bendera apabila kereta yang membawa Perdana Menteri melalui jalan tersebut.

a)

mengipaskan

b)

mengiraikan

c)

mengibarkan

d)

menggoyangkan