WorksheetsPengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku Siri 1
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Konsep pengurusan bilik darjah yang paling tepat adalah....
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran untuk membantu guru menguruskan pengajaran dengan lebih bermakna
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya fokus murid-murid terhadap pembelajaran
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk membantu murid-murid dapat belajar mengikut rutinyang telah ditetapkan
Persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah .........
tempat pelajar dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pelajaran
bilik darjah khusus yang disediakan untuk meningkatkan keberkesanan PdP
suatu tempat bagi menjamin keselamatan dan menepati keperluan murid-murid
tempat pelajar untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan murid-murid yang lain
Pengurusan bilik darjah juga boleh ditakrifkan sebagai
pendekatan yang digunakan oleh guru bagi menjamin keselamatan dan keperluan murid-murid dapat dipenuni
penggunaan strategi,teknik dan kaedah tertentu yang digunakan bagi memastikan penglibatan semua murid dalam aktiviti PdP
penggunaan pendekatan PdP yang selari dengan keperluan semasa murid-murid
penggunaan strategi,teknik dan kaedah tertentu yang digunakan bagi menjamin keselamatan fizikal dan psikologikal murid, mengubah tingkah laku bermasalah murid dan memupuk disiplin kendiri yang boleh memberi sumbangan kepada tingkahlaku positif murid
Proses pengurusan bilik darjah adalah meliputi perkara-perkara berikut, iaitu:
perancangan, penyusunan, pengarahan, pengawalan, membuat refleksi, dan menjalinkan hubungan.
perancangan, penyusunan, pengarahan, pengawalan, pemantauan, dan tindakan.
perancangan, penyusunan, pengarahan, pemantauan, dan pengurusan.
penyusunan, pengarahan, pemantauan membuat refleksi, dan menjalinkan hubungan.
Faktor-faktor Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah yang paling tepat adalah.....
Faktor fizikal, psikososial, pendekatan pengajaran guru, kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan interaksi
Faktor guru, rakan sebaya, ibu bapa dan komuniti masyarakat
Faktor diri murid, keselamatan di rumah, kawalan ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya
Guru yang bersifat laissez-faire pula akan membiarkan murid membuat kerja sendiri danmemberi kebebasan tanpa had
Guru yang mempunyai ciri-ciri efektif dalam mengurus bilik darjahboleh diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu:
1. Penguasaan pedagogi
2. Komitmen yang tinggi
3. Kualiti peribadi
1. Penguasaan dalam pengetahuan dan kandungan
2. Keupayaan kawalan ke atas murid-murid
3. Komitmen yang tinggi
1. Penguasaan pedagogi
2. Kemahiran dalam psikologi
3. Keupayaan di luar jangka
1. Kualiti peribadi
2. Kompetensi pengajaran dan pembelajaran
3. Penghayatan budaya penyayang
Model Asertif menekankan kepada.....
pengurusan bilik darjah yang efektif bagi mewujudkan situasi menang-menang antara guru dengan murid
pengurusan bilik darjah yang efektif bagi memastikan murid dihormati di dalam bilik darjah
pengurusan bilik darjah yang menekankan kepada saling mempercayai antara satu sama lain
pengurusan bilik darjah yang menyokong kepada PdP abad ke-21
Canter berpandangan bahawa guru yang asertif adalah .....
guru yang menganggap murid sebagai pesalah
guru yang menganggap murid sebagai rakan
guru yang menganggap murid sebagai penyumbang masa depan
guru yang sentiasa menyokong perkembangan murid
Kounin menyatakan asas keberkesanan pengurusan bilik darjah adalah berasaskan kepada
pengawasan dan penyeliaan yang teliti dalam pengurusan bilik darjah
pengawasan dan penyeliaan terhadap semua murid sama ada di dalam dan luar bilik darjah
pengawalan dan penyeliaan terhadap keupayaan kognitif, afektif dan psikomotor murid
pengawalan dan penyeliaan terhadap rtuin bilik darjah secara terancang
Mengikut Gordon, jika seseorang guru terlalu banyak mengawal murid-murid maka....
pengurusan bilik darjah akan lebih baik
guru sukar untuk menerapkanpengaruh yang positif dalam kalangan murid
murid akan bertindak dengan lebih aktif dalam PdP
guru mudah untuk menerapkan isi kandungan untuk mencapai objektif PdP
