wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PENILAIAN IDUS2063

Total questions: 22

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pilih jawapan yang betul bagi tempat kosong berikut :

Di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah, perkataan _____ sangat sinonim dengan falsafah.

a)

al-faqih

b)

al-fatanah

c)

al-hikmah

d)

al-falah

2.

Galakan daripada syariat tersebut menunjukkan bahawa ilmu hikmah/falsafah bukan sahaja perlu dikuasai, malah mesti dijadikan aset penting yang perlu dimiliki dalam kerja-kerja penyebaran agama Islam itu sendiri.

Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

3.

Kalimah Yunani yang membawa maksud falsafah adalah :

a)

Failu + hikmah

b)

Failu + sufi

c)

Failu + sufia

4.

Al-Kindi (796-873) membahagikan falsafah kepada :

(Pilih 3 jawapan)

a)

Sains Ketuhanan

b)

Sains Tulen

c)

Sains Fizik

d)

Sains Matematik

5.

Ia adalah cabang ilmu yang mementingkan perbahasan secara ______ dan ______.

Pilih jawapan yang betul bagi tempat kosong di atas :

a)

emosi, perasaan

b)

bertaklid, ikhtilaf

c)

logik, rasional

d)

mendatar, majmuk

6.

Pilih 2 cabang utama dalam perbahasan ilmu falsafah.

a)

Epistemologi

b)

Sekularisme

c)

Rasionalisme

d)

Metafizik

7.

"Ilmu yang membahaskan isu-isu berkaitan tabiat ilmu manusia".

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah cabang perbahasan ilmu falsafah yang berkaitan?

a)

Metafizik

b)

Epistemologi

c)

Etika

8.

"Disiplin yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, tindakan moral & kelakuan manusia."

Berikut cabang perbahasan :

a)

Metafizik

b)

Epistemologi

c)

Etika

d)

Ontologi

9.

Pilih cabang perbahasan falsafah yang betul bagi pernyataan tersebut :

"Pengkajian tentang perkara yg bersifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya. Ia juga adalah kajian tentang alam ghaib"

a)

Metafizik

b)

Epistemologi

c)

Etika

d)

Ontologi

10.

Pilih pernyataan yang betul mengenai epistemologi :

a)

Hubungan insan dengan alam

b)

Teologi/Kepercayaan/Akidah

c)

Prinsip moral

d)

Apakah itu ilmu? Apakah sumber-sumber ilmu?

11.

Alam secara umum terbahagi kpd alam fizik & metafizik. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

12.

Manakah contoh perbahasan metafizik yang betul?

a)

Pernyataan dianggap benar jika ia wujud di alam nyata. Cth : Kota Bharu adalah ibu negeri Kelantan.

b)

Kesenian, pemikiran, kebudayaan & sebagainya. Sebagai contoh, dalam konteks estetika, tumpuan diberikan kepada pemaparan kecantikan & kehalusan seni yang dipaparkan (seperti sebuah lukisan) atau keindahan bahasa sebuah novel.

c)

Dari aspek agama, manusia sebagai khalifah ditugaskan mengurus & mengatur alam sebagaimana dekehendaki oleh Allah. Boleh lihat pada surah al-Mulk ayat 3.

13.

Proses untuk menganggap sesuatu perkara sebagai ilmu, 3 asas utama perlu dipenuhi ialah :

a)

Kepercayaan > Kebenaran > Justifikasi

b)

Kebenaran > Kepercayaan > Justifikasi

c)

Kepercayaan > Justifikasi > Kebenaran

14.

Sumber utama akhlak ialah :

a)

Akal manusia

b)

Jiwa & akal

c)

Wahyu Allah & akal manusia

15.

Bidang yang melibatkan kesenian, pemikiran dan kebudayaan adalah perbahasan falsafah :

a)

Etika

b)

Estetika

16.

Berikut adalah sumber-sumber dalam memperolehi ilmu yang benar, KECUALI :

a)

Pancaindera yang sihat

b)

Akal yang waras

c)

Tradisi Islam & kebenaran wahyu

d)

Ilmu kebatinan

17.

Cth : “Jenayah berat patut menerima hukuman keras”

Ini adalah contoh bagi Teori Kebenaran :

a)

KOHEREN

b)

KORESPONDEN

c)

PRAGMATIK

18.

Ilmu logik dalam Islam bertujuan untuk :

a)

menjatuhkan pihak musuh

b)

menjelaskan kaedah berfikir yang benar dan sah

c)

menggantikan ilmu wahyu

19.

Kaedah berfikir deduktif adalah :

a)

Aplikasi kaedah umum kepada masalah khusus bagi menjelaskan hukum masalah khusus tersebut.

b)

Kaedah penalaran drpd kes khusus kpd kesimpulan atau rumusan yang umum.

c)

Merupakan satu teknik berfikir secara ke belakang (thinking backward).

20.

Kaedah berfikir induktif adalah :

a)

Aplikasi kaedah umum kepada masalah khusus bagi menjelaskan hukum masalah khusus tersebut.

b)

Kaedah penalaran drpd kes khusus kpd kesimpulan atau rumusan yang umum.

c)

Merupakan satu teknik berfikir secara ke belakang (thinking backward).

21.

Contoh natijah : "Maka alam akan musnah".

Situasi di atas adalah contoh bagi :

a)

Deduktif

b)

Induktif

c)

Abduksi

22.

Contoh : "Semasa memandu kita melihat jalan basah, lalu timbul persoalan, apa yang berlaku & mengapa jalan basah? Dari situ kita berfikir bahawa hujan telah turun di tempat tersebut."

Situasi di atas adalah contoh bagi kaedah :

a)

Deduktif

b)

Induktif

c)

Abduksi