wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Penilaian Tingkatan 1 (Bab 1-6)

Total questions: 22

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah merupakan fenomena alam semula jadi?

a)

Letupan bunga api

b)

Lantunan bola

c)

Pembentukan hujan

d)

Titisan air paip

2.

Aminah hendak mengukur ketebalan sekeping duit syiling. Apakah alat pengukur yang dapat memberi bacaan paling jitu dan tepat?

a)
b)
c)
d)
3.

Padanan struktur sel dengan fungsinya yang manakah betul?

a)

Sitoplasma - mengawal pergerakan keluar masuk bahan daripada sel

b)

Vakuol - mengawal keseluruhan aktiviti

c)

Kloroplas - menyerap tenaga cahaya

d)

Membran sel - memberikan bentuk yang tetap

4.

Pernyataan di bawah menerangkan tentang sejenis sel.

- mempunyai gentian yang panjang

- membawa impuls

Apakah sel itu?

a)

Sel darah putih

b)

Sel epitelium

c)

Sel saraf

d)

Sel otot

5.

Apabila suhu badan meningkat, aktiviti otot rangka akan _______ untuk mengurangkan suhu badan.

a)

aktif

b)

bertambah

c)

berkurangan

d)

tidak berubah

6.

Apabila kandungan glukosa dalam darah meningkat, pankreas akan merembeskan hormon insulin. Insulin merangsang hati untuk menyerap glukosa dalam darah dan menyimpannya.

Apakah proses itu?

a)

Homeostasis

b)

Respirasi sel

c)

Fotosintesis

d)

Transpirasi

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses respirasi sel?

a)

Proses menyingkirkan urea daripada badan

b)

Proses pertukaran gas oksigen dengan gas karbon dioksida

c)

Proses menghasilkan makanan dalam bentuk kanji

d)

Proses penguraian glukosa untuk membebaskan tenaga

8.

Apakah tindak balas badan ketika cuaca panas

a)

Menghasilkan lebih banyak air kencing

b)

Meningkatkan kadar degupan jantung

c)

Meningkatkan aktiviti otot rangka

d)

Menghasilkan lebih banyak peluh

9.

Apakah itu hemeostasis?

a)

Proses mengekalkan kandungan hormon di dalam badan supaya seimbang dan stabil

b)

Proses mengekalkan keadaan persekitaran di dalam badan supaya seimbang dan stabil

c)

Proses memastikan pengangkutan nutrien dapat berjalan lancar

d)

Proses untuk memastikan badan dapat menghasilkan tindak balas yang cepat terhadap rangsangan

10.

Zurin menyimpan jus strawberi ke dalam peti sejuk untuk dijadiksn aiskrim berperisa strawberi. Antara pernyataan berikut, yang manakah salah tentang perubahan keadaan jirim yang berlaku semasa proses pembuatan aiskrim itu?

a)

Zarah-zarah jus strawberi membebaskan haba

b)

Zarah-zarah jus strawberi memperoleh haba

c)

Zarah-zarah jus strawberi bergerak lebih perlahan

d)

Zarah-zarah jus strawberi bergetar pada kedudukan yang tetap apabila mencapai takat beku

11.

_______ ialah bahan yang mempunyai hanya satu jenis zarah di dalamnya.

a)

Campuran

b)

Sebatian

c)

Unsur

d)

Atom

12.

Antara berikut, yang manakah betul?

a)

Persenyawaan luar berlaku apabila induk jantan membebaskan gamet jantan di dalam badan induk betina

b)

Nukleus gamet jantan bercantum dengan nukleus gamet betina di dalam badan induk betina semasa persenyawaan luar

c)

Katak melakukan persenyawaan luar

d)

Kucing melakukan persenyawaan luar

13.

Lily menjumpai sejenis tumbuhan berbunga. Bunga tumbuhan itu mempunyai stigma yang panjang. Butir debunganya pula banyak, kecil dan ringan. Ramalkan cara pendebungaan tumbuhan berbunga itu.

a)

Angin

b)

Air

c)

Serangga

d)

Manusia

14.

______ digunakan untuk menyukat jisim sesuatu objek manakala ______ digunakan untuk menyukat berat sesuatu objek.

a)

Neraca tuas

b)

Dacing

c)

neraca tiga alur

d)

neraca spring

15.

Ammeter digunakan untuk mengukur

a)

arus elektrik

b)

suhu

16.

Termometer digunakan untuk menyukat suhu sesuatu

a)

pepejal

b)

cecair

17.

________ dapat mengukur suhu dengan kejituan yang lebih tinggi

a)

Termometer klinik

b)

Termometer makmal

18.

Kedalaman sesuatu objek diukur dengan menggunakan

a)

angkup vernier

b)

tolok skru mikrometer

19.

Semua logam adalah pepejal pada suhu bilik.

a)

Salah

b)

Betul

20.

Grafit, sejenis bahan bukan logam yang boleh mengalirkan arus elektrik.

a)

Betul

b)

Salah

21.

Berlian, bahan bukan logam mempunyai takat lebur yang lebih rendah daripada takat lebur logam.

a)

Salah

b)

Betul

22.

Bahan logam adalah mulur dan boleh ditempa, membolehkannya dibuat ke dalam bentuk yang berlainan.

a)

Betul

b)

Salah