WorksheetsLEMBAR BAHASA - TINGKATAN 2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pelayan restoran itu sedang _________ makanan untuk pelanggannya.
menjulang
mengangkat
menatang
menjunjung
Badannya kelihatan ________ akibat tidak lalu makan selamat beberapa hari.
kecut
surut
susut
lurut
Jentera berat berikut digunakan untuk meratakan tanah menjadi __________
mampat
rapat
kental
kental
Encik Salleh ________ dengan panggilan Pak Su dalam kalangan anak buahnya.
rapat
manja
mesra
merdu
Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik.
Gula-gula yang saya belikan
Gula-gula yang dibeli oleh saya
Semua gula-gula yang saya beli
Semua gula-gula yang dibeli oleh saya
Jurulatih pasukan itu hanya melebih-lebihkan cerita tentang kehebatan pasukannya untuk melemahkan semangat pasukan lawan. Hal ini boleh diibaratkan
kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang
belum duduk sudah berlunjur
tanah sekepal digunungkan
membuang garam ke laut.
pilih ejaan yang betul
Mee goreng
stoking
kobis
pensil
pilih ejaan yang betul
analisa
analisis
pilih ejaan yang betul
bandar raya
bandaraya
pilih ejaan yang betul
tengahari
tengah hari
pilih ejaan yang betul
berbahaya
merbahaya
pilih ejaan yang betul
cop nama
cap nama
pilih ejaan yang betul
menjolok mata
mencolok mata
pilih ejaan yang betul
kuetiaw
kuetiau
kuey tiaw
Soalan peperiksaan Bahasa Melayu tahun ini lebih senang ______ tahun lepas.
di
dari
daripada
pada
Tabung yang unik itu diperbuat _____ tempurung kelapa.
dari
oleh
dengan
daripada
Adik hanya memakan se_________ limau yang diberikan oleh ibu kerana rasanya masam.
biji
ulas
keping
buah
Beberapa ___________ mercun telah dirampas oleh pihak polis dalam operasinya semalam.
laras
pucuk
das
papan
Di tepi sungai itu ada beberapa _____________ buluh.
ranting
longgok
rumpun
batang
Ban Seng memang panas baran. Sikapnya itu tidak ubah seperti sikap bapanya.Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga
lembu punya susu, sapi dapat nama
laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
bagaimana acuan begitulah kuihnya
