Font size
Worksheetsasid bes dan garam
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Antara bahan berikut, yang manakah mengion lengkap dalam air?
Ammonia
Asid etanoik
Asid fosforik
Natrium hidroksida
Pernyataan manakah yang betul tentang garam?
Garam ialah sebatian ion yang terhasil apabila ion H+ daripada suatu asid digantikan dengan ion logam
Garam ialah sebatian ion yang terhasil apabila ion H+ daripada suatu bes digantikan dengan ion logam
Garam ialah sebatian kovalen yang terhasil apabila ion H+ daripada suatu asid digantikan dengan ion logam
Garam ialah sebatian kovalen yang terhasil apabila ion OH- daripada suatu bes digantikan dengan ion logam
Ciri hidrogen klorida, HCl manakah yang membolehkannya menunjukkan sifat keasidan dalam air?
Larut dalam air
Mengandungi hidrogen dalam molekulnya
Mengandungi klorin dalam molekulnya
Mengion dalam air membentuk ion-ion hidrogen
Asid hidroklorik bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida membentuk garam dan air. Apakah garam tersebut?
natrium klorik
Natrium klorat
Natrium klorida
Natrium hipoklorat
Apakah nama tindak balas yang ditunjukkan dalam rajah di atas?
Pentitratan
Penitratan
Pemendakan
Peneutralan
Zink oksida bertindak balas dengan asid nitrik menghasilkan garam dan air. Apakah garam tersebut?
Zink nitrat
Nitrogen dioksida
Zink nitrit
Nitrogen
Antara sebatian berikut, yang manakah merupakan garam terlarutkan?
Barium sulfat
Magnesium nitrat
Kalsium karbonat
Argentum klorida
Rajah di atas menunjukkan penyediaan garam. Antara berikut, garam manakah sesuai dihasilkan menggunakan kaedah penyediaan seperti dalam rajah?
Natrium sulfat
Zink sulfat
Kalsium sulfat
Barium sulfat
Bahan-bahan berikut merupakan alkali kuat, kecuali
Barium hidroksida
Natrium hidroksida
Ammonia
Kalium hidroksida
Ciri-ciri asid kuat ialah
I. Kepekatan ion H+ tinggi
II. Penceraian tidak lengkap apabila dilarutkan dalam air
III. Kepekatan ion OH- tinggi
IV. Penceraian lengkap apabila dilarutkan dalam air
I dan II sahaja
II dan III sahaja
I dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Antara yang berikut, yang manakah betul tentang larutan alkali lemah?
Mempunyai nilai pH 13
Mengion separa dalam air
Kepekatan larutan adalah rendah
Larutan tidak bertindak balas dengan asid
Rajah menunjukkan salah satu prosedur penyediaan garam. Apakah nama tindak balas yang ditunjukkan dalam rajah?
Peneutralan
Pentitratan
Penambahan pepejal berlebihan terhadap asid
Penguraian ganda dua
Persamaan kimia yang manakah mewakili suatu tindak balas peneutralan?
Mg + H2SO4 → MgSO4 + H2
ZnCl2 + 2HNO3 → Zn(NO3)2 + 2HCl
2HCl + CaCO3 → CaCl2 + CO2 + H2O
NaOH + CH3COOH → CH3COONa + H2O
Antara berikut, yang manakah benar tentang larutan ammonia dalam metilbenzena?
Mempunyai nilai pH lebih daripada 7
Tiada perubahan pada kertas litmus merah
Mengion separa untuk menghasilkan ion hidroksida
Ion ammonium dan ion hidroksida bergerak bebas di dalam larutan
Apakah formula kimia asid hidroklorik?
(a)
Apakah formula kimia natrium hidroksida?
(a)
Larutan dalam bikar mengandungi ion ferum(II). Larutan alkali ditambahkan ke dalam bikar dan pemendakan berlaku. Apakah warna mendakan yang terhasil?
Biru
Hijau
Kuning
Perang
Antara tindak balas berikut yang manakah tidak membebaskan sebarang gas?
Logam kuprum dan asid sulfurik
Logam zink dengan asid hidroklorik
Ammonium klorida dengan kalsium hidroksida
Natrium karbonat dengan asid nitrik
Kertas litmus merah akan bertukar menjadi biru apabila diletakkan atas ketulan sabun kerana kehadiran
ion hidroksida
ion hidrogen
ion natrium
ion klorida
Jika 0.2 mol kalsium karbonat dipanaskan sehingga tiada perubahan, berapakah jisim kalsium oksida, CaO yang terhasil? [ JAR: C=12, O=16, Ca= 40]
5.6 g
11.2 g
16.8 g
22.4 g
