NEW
Font size
WorksheetsULANGKAJI 1- koleksi spm
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan kepunyaan Encik Johan. ‘Encik Johan merekodkan yuran tuisyen anaknya berjumlah RM150 ke dalam buku akaun perniagaan.’ Apakah konsep perakaunan yang gagal beliau patuhi?
Pengiktirafan hasil dan belanja
Tempoh perakaunan
Entiti berasingan
Wang sebagai ukuran
Pernyataan manakah yang merupakan ciri sebuah milikan tunggal?
Liabiliti pemilik terhad
Modal disumbangkan oleh pemilik
Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pemilik dan ahlinya
Dikenakan cukai atas pendapatan perniagaan
Siapakah yang menjadi pengguna dalaman penyata kewangan?
Bank
Akaun Belum Bayar
Pengurusan
Pesaing perniagaan
Perniagaan Rizky telah merekodkan kadar bayaran RM1 900 dalam penyata kewangan perniagaan termasuk kadar bayaran belum dijelaskan sebanyak RM300. Apakah konsep perakaunan yang dipatuhi?
Wang sebagai ukuran
Usaha Berterusan
Prinsip Kos
Pengiktirafan hasil dan belanja
Encik Zain seorang peniaga, telah merekodkan ambilan barang niaga yang telah digunakan oleh keluarganya sebagai ambilan. Apakah prinsip perakaunan yang telah diamalkan oleh Encik Zain?
Ketekalan
Prinsip Kos
Entiti berasingan
Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Basiron.
Encik Basiron menggunakan kaedah garis lurus untuk mengira susut nilai kenderaan bagi setiap tempoh perakaunan.
Apakah konsep yang diamalkan oleh perniagaan Encik Basiron?
Tempoh perakaunan
Ketekalan
Prinsip kos
Pengiktirafan hasil dan belanja
Pernyataan manakah menerangkan ciri yang betul bagi Klinik Dr. Shoaib dan Rakan-rakan?
Liabiliti tidak terhad
Bilangan minimum ahli 50 orang
Agihan keuntungan dalam bentuk dividen
Sumber modal daripada penjualan saham
Pernyataan di bawah berkaitan subbidang perakaunan.
Kerja-kerja pemeriksaan dokumen perniagaan dan rekod kewangan dilakukan untuk mengesahkan rekod perakaunan adalah betul dan tepat.
Apakah subbidang tersebut?
Percukaian
Pengauditan
Perakaunan Kewangan
Perakaunan Pengurusan
Manakah merupakan aset semasa perniagaan?
Sewa belum bayar
Insurans prabayar
Kadar bayaran belum bayar
Komisen belum terperoleh
Apakah hasil operasi bagi sebuah kedai menjual perabot?
Faedah atas simpanan
Penerimaan wang sewa ruang niaga
Untung jualan alat pendingin hawa
Jualan set bilik tidur pengantin
Butiran manakah yang merupakan belanja operasi perniagaan?
Rugi atas jualan aset bukan semasa
Faedah pinjaman bank
Insurans peribadi
Promosi
Urus niaga manakah yang akan menambahkan jumlah ekuiti pemilik?
Menerima diskaun RM400
Membayar sewa kedai RM700
Membeli perabot secara kredit RM500
Mengambil barang niaga untuk kegunaan keluarga RM150
Manakah merupakan Catatan Kontra?
Belian
Jualan
Inventori akhir
Pulangan keluar
Situasi berikut berkaitan dengan perniagaan Encik Mathu.
Encik Mathu memulakan perniagaan futsal pada 1 Mac 2020. Tempoh
perakaunannya berakhir pada setiap enam bulan.
Berdasarkan situasi di atas, pernyataan manakah menepati tempoh perakaunan
tersebut.
1 Mac 2020 hingga 30 April 2020
1 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020
1 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020
1 Mac 2020 hingga 28 Feb 2021
