wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PENILAIAN IDAI1063

Total questions: 25

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pilih DUA keistimewaan Sirah Nabi SAW.

(Tandakan 2 jawapan)

a)

Menghapuskan sirah para nabi sebelum Baginda SAW.

b)

Kehidupan Rasulullah SAW pada setiap peringkat hidupnya amat jelas.

c)

Sirah Rasulullah SAW menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya.

d)

Memaparkan sumber dari hadis-hadis yang dhoif.

2.

Berikut merupakan sumber-sumber rujukan utama bagi sirah Nabi SAW, KECUALI :

a)

Al-Quran

b)

Hadis yang sahih

c)

Majalah

d)

Syair arab

3.

Bagaimanakah al-Quran menyingkap peristiwa sirah Nabi SAW?

a)

Al-Quran menjelaskan peristiwa sirah Nabi SAW dengan panjang lebar & secara terperinci.

b)

Al-Quran tidak menghuraikan langsung peristiwa Nabi SAW.

c)

Al-Quran hanya mengungkap sirah Nabi SAW di dalam surah sahaja, iaitu surah Muhammad.

d)

Al-Quran tidak menyingkap peristiwa sirah secara terperinci, tetapi sekadar menyentuhnya secara ringkas.

4.

Kitab Sunan Sittah atau Kutub al-Sittah adalah himpunan bagi hadis-hadis karangan :

a)

Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasa'i, Sunan al-Tirmizi dan Sunan Ibnu Majah.

b)

Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

c)

Imam Malik dan Musnad Imam Ahmad.

5.

Sebahagian besar kisah kehidupan Nabi Muhammad SAW seperti peristiwa, peperangan dan amalan Baginda banyak terkandung di dalam :

a)

Al-Quran

b)

Hadis

c)

Ijma'

d)

Qias

6.

________ merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia.

a)

Bani 'Aus

b)

Bani Hashim

c)

Bani Khazraj

d)

Bani Nadir

7.

Nabi Muhammad SAW lahir dalam keadaan :

a)

anak angkat

b)

anak yatim

c)

anak yatim piatu

d)

anak emas

8.

Apabila Baginda berusia _____, ibu Baginda, Aminah meninggal dunia. Manakala ketika Nabi Muhammad berumur ______, datuk Baginda pula meninggal dunia.

a)

2 tahun, 4 tahun

b)

4 tahun, 6 tahun

c)

6 tahun, 8 tahun

d)

8 tahun, 10 tahun

9.

Pada awal remaja, Baginda SAW mengembala _____ untuk penduduk Mekah dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar).

a)

unta

b)

lembu

c)

ayam

d)

kambing

10.

Penyelesaian pertelingkahan mengenai perletakan Hajar al-Aswad dapat dirungkai dengan _____________

a)

tercetusnya peperangan bagi membuktikan siapa yang lebih kuat.

b)

bersetuju untuk merujuk kepada orang pertama yang memasuki pintu masuk Bani Syaibah (salah satu pintu Masjidil Haram) sebagai hakim.

c)

saling memegang Hajar al-Aswad tersebut.

d)

undian dalam kalangan setiap kabilah.

11.

Apakah perkara yang menarik minat Khadijah untuk melamar Baginda SAW?

a)

Rupa paras Baginda yang indah

b)

Hadiah mas kahwin yang mahal

c)

Sikap amanah dan ikhlas Baginda

d)

Rasulullah ketika itu menjadi rebutan para wanita

12.

Pilih 2 pengajaran dan pedoman berdasarkan sirah Nabi SAW sebelum dilantik menjadi Rasul.

a)

Ketabahan pendakwah menanggung keperitan sebagai anak yatim atau kesusahan hidup semasa kecil, menjadikan beliau lebih sensitif dengan nilai-nilai kemanusiaan yang mulia.

b)

Kehidupan seorang pendakwah yang sentiada dihidangkan kesenangan dan kemewahan.

c)

Dalam urusan sara hidup, seorang pendakwah bebas melakukan pelbagai cara dalam sumber pencarian.

d)

Dari masa ke semasa, pendakwah kepada Allah mestilah mempunyai waktu untuk dia bersendiri. Dalam tempoh itu, rohnya berhubung dengan Allah SWT.

13.

Wahyu diturunkan ke atas Rasulullah SAW apabila Baginda berusia genap _____ melalui perantaraan malaikat ______.

a)

30 tahun, Israfil

b)

30 tahun, Raqib

c)

40 tahun, Ridwan

d)

40 tahun, Jibril

14.

Orang pertama yang beriman dengan Baginda dan memeluk Islam ialah :

a)

isteri Baginda, Khadijah r.ha

b)

sepupu Baginda, Ali r.a.

c)

bekas hamba Baginda, Zaid bin Harithah

d)

sahabat Baginda, Abu Bakar as-Siddiq r.a.

15.

Rasulullah SAW bersama orang-orang mukmin berhimpun secara sulit di rumah :

a)

Abu Bakar al-Siddiq r.a.

b)

Khadijah r.ha

c)

al-Arqam bin Abi al-Arqam

d)

Umar r.a.

16.

Apakah surah yang telah dibacakan oleh malaikat Jibril terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi wahyu pertama di Gua Hira?

a)

Al-Fatihah ayat 1-5

b)

Al-Baqarah ayat 1-5

c)

Al-Ikhlas ayat 1-5

d)

Al-'Alaq ayat 1-5

17.

Pilih 2 faktor utama penghijrahan umat Islam ke bumi Habsyah.

a)

Orang musyrik semakin hebat menyakiti Rasulullah SAW dan para sahabat sewaktu di Mekah

b)

Rehlah umat Islam ke bumi Habsyah untuk mengambil ibrah

c)

Terdapat seorang raja yang tidak menzalimi sesiapa yang tinggal di negeri Habsyah

d)

Menjalankan dan mengembangkan aktiviti perniagaan

18.

Semua perkara berikut merupakan pengajaran dan pedoman daripada peristiwa awal kerasulan dan hijrah ke Habsyah, KECUALI :

a)

Nabi Muhammad SAW tidak pernah bercita-cita menjawat tugas kenabian

b)

Aktiviti dakwah tidak pernah menghadapi cabaran dan rintangan

c)

Walaupun golongan jahat dan sesat mengenakan seksaan dan penindasan ke atas orang-orang mukmin, mereka tetap berpegang dengan akidah mereka

d)

Seorang pendakwah mestilah mengambil berat tentang kaum kerabatnya

19.

Peristiwa "Tahun Dukacita" adalah disebabkan :

a)

Nabi jatuh sakit

b)

kematian ibu Baginda SAW

c)

kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan isterinya, Khadijah

20.

Kefardhuan solat pada malam _____ menunjukkan hikmah kenapa solat disyariatkan.

a)

israk dan mikraj

b)

nuzul al-Quran

c)

lailatul qadar

21.

Di manakah lokasi berlakunya perbincangan dalam kalangan kafir Quraisy untuk memikirkan langkah menghapuskan Rasul SAW?

a)

Dar al-Hikmah

b)

Yathrib

c)

Dar an-Nadwah

d)

Taif

22.

Berikut merupakan intipati Piagam Madinah, KECUALI :

a)

Umat Islam perlu saling bahu-membahu kecuali dalam kezaliman, dosa & permusuhan

b)

Tiada perlindungan kepada orang yang berdosa & orang yang zalim

c)

Orang Islam & bukan Islam tidak boleh sama sekali melindungi musuh-musuh negara

d)

Kebebasan bergerak dalam negara & kebebasan untuk keluar negara adalah tidak terpelihara di bawah perlindungan negara

23.

Pilih 2 nama serikandi yang telah membantu perjalanan hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

a)

Sumayyah

b)

Masitah

c)

Aishah RA

d)

Asma RA

24.

Keajaiban peristiwa Isra' & Mikraj yang telah disebut oleh Dr Mustafa as-Siba'i adalah :

(Pilih 2 jawapan)

a)

Menghubungkait isu Masjid al-Aqsa & kawasan sekitarnya dengan isu dunia Islam.

b)

Merupakan israiliyyat yang diceritakan sehingga sekarang.

c)

Menunjukkan penerokaan angkasa dan keluar daripada tarikan graviti bumi boleh diusahakan.

d)

Suatu kelebihan untuk membandingkan dengan para nabi terdahulu.

25.

Maksud 'zat an-nitoqain' ialah :

a)

Perempuan yang mempunyai 2 cahaya

b)

Perempuan yang mempunyai 2 kemuliaan

c)

Perempuan yang mempunyai 2 tali ikat pinggang