WorksheetsBAHASA MELAYU
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
"Mari ________ pergi ke taman permainan bersama-sama," kata Nasir kepada Suzi.
kamu
saya
kita
kami
Seekor ayam sedang _______ telur-telurnya di dalam reban itu.
memanas
mengeram
menduduki
menetas
Murid-murid dinasihati supaya tidak ______ barang yang dipamerkan di dalam muzium itu.
menyentuh
mencuit
mengelek
menguli
Biskut yang baru dibeli itu menjadi ______ kerana penutupnya tidak ditutup dengan ketat.
rapuh
lembik
garing
lemau
Pak Rosdi pergi ke kebunnya untuk mengambil se______ pisang.
ulas
biji
tandan
buah
Ibu mengeluarkan sekotak album lama peninggalan arwah bapa dari ______ katilnya.
atas
bawah
sudut
antara
Hairi dimarahi oleh ibunya kerana ______ lantai rumah yang baru dibersihkan.
mengotori
kekotoran
sekotor
mengotorkan
Mustafa disayangi oleh guru-gurunya ______ dia seorang murid yang amanah dan rajin.
lalu
agar
kerana
sambil
Pemandangan di sekitar paya bakau di Kuala Selangor itu cantik apabila _____ berterbangan pada waktu malam.
rama-rama
labi-labi
kelip-kelip
burung-burung
Chong Wei terpaksa _____ daripada pertandingan badminton kerana demam panas.
menarik diri
mengangkat kaki
memerah keringat
mengambil langkah
Hanafi mengeluh akan nasibnya yang malang. Perkataan seerti bagi mengeluh ialah _____.
merayu
merintih
merungut
menggerutu
Ulat beluncas gemar makan bahagian tumbuh-tumbuhan yang lembut dan hijau. Perkataan berlawan bagi lembut ialah _____.
keras
pejal
padu
kuat
Tukang kebun sekolah kami ______ rumput dengan menggunakan mesin.
mengerat
menebang
memotong
memangkas
Pencuri yang ______ rumah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
memasuki
menjejaki
menjelajahi
menemui
______ itu sedang menemu bual Menteri Pendidikan di pejabatnya.
Wartawan
Hartawan
Budayawan
Sukarelawan
Kami suka makan bihun dengan sup _____ ikan yang dibuat oleh ibu.
bebuli
bebawang
bebola
bebalai
Zahid tidak terangkat beg yang _____ seperti batu itu.
berat
besar
kasar
kesat
Fauzi ______ untuk menyara isteri dan tiga orang anaknya yang masih bersekolah.
mengangkat sembah
membanting tulang
mengadu untung
mengambil alih
Puan Zakiah membersihkan ikan dengan air basuhan beras ______ bau hanyir hilang.
agar
demi
atau
jika
Bot-bot nelayan itu terumbang-ambing kerana dipukul ombak di _____ laut.
dalam
sudut
tengah
tepi
______, indah sungguh pemandangan di kawasan sekitar dari Jambatan Pulau Pinang ini!
Oh
Amboi
Wah
Eh
Para penonton berasa takut apabila menonton cerita _____ di pawagam itu.
geram
keliru
marah
seram
Bapa Muran telah _____ upah kepada beberapa orang pekerja yag membaiki bumbung rumahnya.
menganjari
membayar
mengira
menghulur
Ibu selalu mengajak saya pergi ke _____ setiap malam minggu.
pasar tani
pasar raya
pasar malam
pasar mini
Dewan serba guna itu _____ oleh wakil rakyat kawasan itu.
merasmikan
perasmian
dirasmikan
merasmi
