wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ZILA 2006

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

"Mengapakah tuan puteri bersedih? Katakanlah kepada _________," kata Mak Inang Suri kepada Tuan Puteri Mayang Sari.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

tuan hamba

2.

Puan Rozana memotong kaki seluar anaknya kerana terlalu ___________.

a)

lebar

b)

besar

c)

labuh

3.

Beberapa _________ poster telah dilekatkan oleh Cikgu Yeop di belakang kelas kita.

a)

helai

b)

bidang

c)

keping

d)

lembar

4.

____________ Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Delima mengumumkan ketibaan tetamu khas.

a)

Jurubahasa

b)

Juruhebah

c)

Jurucakap

d)

Juruacara

5.

Ibu __________ ayam itu dengan rempah sebelum memanggangnya.

a)

mengadun

b)

menabur

c)

mencalit

d)

melumur

6.

Tangan kakak berbau __________ setelah menyiang beberapa ekor ikan sungai.

a)

hamis

b)

hanyir

c)

hapak

d)

hancing

7.

Kerja-kerja pembersihan tanah runtuh itu diteruskan _________ hari hujan.

a)

hingga

b)

sekiranya

c)

walaupun

d)

sementara

8.

Kamarul dapat menyampaikan syarahannya dengan _________ semasa menyertai pertandingan itu.

a)

cekap

b)

petah

c)

terang

9.

Juara beregu badminton dari Malaysia ________ piala yang dimenangi oleh mereka.

a)

menjulang

b)

menatang

c)

merangkul

d)

menjunjung

10.

__________ orang mudah hilang sabar jika mengadapi _________ situasi yang memalukan mereka.

a)

Setengah .... setiap

b)

Sebahagian .... satu

c)

Sesetengah .... sesuatu

d)

Sekalian .... beberapa

11.

Encik Chin sedang __________ buluh untuk membuat sangkar burung.

a)

meraut

b)

melentur

c)

merincih

d)

menghiris

12.

"__________ ambil makanan yang terhidang di meja itu," kata Puan Kamariah kepada tetamunya.

a)

Tolong

b)

Minta

c)

Harap

d)

Sila

13.

Sementara menunggu pintu pagar dibuka, penonton __________ di luar stadium.

a)

lalu-lalang

b)

bolak-balik

c)

simpang-siur

d)

mundar-mandir

14.

Pihak sekolah akan mengadakan sesi ___________ bagi meraikan murid-murid baru.

a)

tegur sapa

b)

soal jawab

c)

ramah mesra

15.

Encik Dahlan sedang __________ kain di bengkel untuk memenuhi pesanan pelanggannya.

a)

menekan

b)

menekap

c)

mengecop

d)

mengecap

16.

Encik Muthu akan terus menabur bakti kepada masyarakat __________ terdaya.

a)

jika

b)

selagi

c)

apabila

d)

sehingga

17.

"Saya tidak nampak Salina pun. ____________ dia sudah pergi," kata Normah.

a)

Bila-bila

b)

Awal-awal

c)

Rasa-rasa

18.

"Kamu pergilah dahulu. Sebentar lagi saya akan ___________," kata Asri kepada Shahrul.

a)

mengekori

b)

mengikuti

c)

mengejar

d)

menyusul

19.

Dua ___________ lanun telah ditumpaskan oleh pasukan polis marin dalam tempoh sebulan.

a)

pasukan

b)

angkatan

c)

kelompok

d)

gerombolan

20.

Sikap Amir yang selalu ___________ menyebabkan ramai sahabatnya kurang senang.

a)

memberi muka

b)

bermuka-muka

c)

angkat muka

d)

tebal muka