NEW
Font size
WorksheetsAYAT AKTIF
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Antara berikut, yang manakah merupakan kata kerja aktif?
bertulis
ditulis
menulis
tulis
Antara ayat yang berikut, yang manakah ayat aktif?
Buku itu saya baca.
Ayam goreng Sofia dimakan oleh adiknya.
Saya mencuci kasut sekolah saya.
Antara ayat berikut, yang manakah BUKAN ayat aktif?
Aiman dan Aina berjalan ke taman.
Jacky sedang menari di atas pentas.
Baju itu dibeli oleh ayah.
George membuang sampah ke dalam tong sampah.
Pilih ayat aktif yang bersesuaian dengan ayat pasif "Buku itu dibaca oleh Amir".
Buku itu Amir baca.
Amir membaca buku itu.
Dibaca oleh Amir, buku itu.
Amir dibaca buku itu.
Kita harus .............. ibu bapa.
taati
ditaati
mentaati
taat
Kakak ............... meja yang kotor itu.
menggosok
mencuci
membilas
mengelap
Tukarkan ayat pasif "Bangun baru itu dirasmikan oleh beliau" kepada ayat aktif.
Beliau merasmikan bangunan baru itu.
Bangunan baru itu, beliau rasmikan.
Beliau terasmikan bangunan baru itu.
Beliau rasmi bangunan baru itu.
Tukarkan ayat pasif "Buah-buahan itu saya potong sebelum dihidangkan kepada tetamu" kepada ayat aktif.
Buah-buahan itu dipotong oleh saya sebelum dihidangkan kepada tetamu.
Saya memotong buah-buahan itu sebelum dihidangkan kepada tetamu.
Buah-buahan itu saya hidangkan sebelum potong kepada tetamu.
Saya menghidangkan buah-buahan itu sebelum dipotong kepada tetamu.
Antara perkataan berikut, yang manakah bukan kata kerja aktif?
berlari
dikutip
menari
makan
Pilih ayat aktif yang menggunakan perkataan "pelihara" dengan betul.
Kita hendaklah memelihara alam.
Alam hendaklah dipelihara oleh kita.
Pelihara alam, hendaklah kita.
Kita hendaklah berpelihara alam.
Pilih ayat aktif.
Jamal bermain bola sepak.
Bunga dipetik oleh Silvia.
Gambar kartun itu, Zulaika lukis.
Kereta bapa saya pandu.
David .......... buku di rak kelasnya supaya kemas.
mengangkat
mencari
menyusun
menarik
Kalian harus ............. peraturan sekolah.
melanggar
menconteng
mengamalkan
mematuhi
Bina ayat aktif menggunakan perkataan "rawat"
Badak yang sakit itu dirawat oleh doktor haiwan.
Doktor haiwan merawat badak yang sakit itu.
Badak yang sakit itu, doktor haiwan rawat.
Doktor haiwan berawat badak yang sakit itu
Bina ayat aktif menggunakan perkataan "berumur".
Nasi lemak ini sudah berumur kerana ditinggalkan di atas meja.
Berumur darah mengalir dari luka jari.
Anak Pak Samad berumur 12 tahun.
Azmina yang berumur memarahi kawannya.
