WorksheetsKisah Rasul-Rasul Bab 14
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
Apakah yang dilakukan oleh orang Yahudi di Ikonium semasa Paulus dan Barnabas memberitakan perkhabaran tentang Tuhan?
Mereka tidak mahu percaya kepada Yesus dan menghasut bangsa lain sehingga mereka membenci orang yang percaya kepada Yesus.
Mereka percaya kepada Yesus dan bertaubat.
Selepas mendengar perkhabaran tentang Tuhan, penduduk di bandar Ikonium terbahagi kepada dua golongan iaitu
Golongan yang berpihak kepada orang Yahudi dan golongan yang berpihak kepada rasul-rasul.
Golongan yang percaya kepada Yesus dan golongan yang menyembah dewa-dewa.
Ke mana Paulus dan Barnabas melarikan diri setelah mengetahui persepakatan yang hendak menganiaya dan merejam mereka?
Ke Listra dan Derbe, bandar-bandar di Likaonia dan daerah sekitarnya.
Ke Antiokhia dan Pamfilia dan daerah sekitarnya.
Apakah mukjizat yang dilakukan oleh Paulus di Listra?
Menyembuhkan lelaki yang kakinya lumpuh sejak lahir.
Menyembuhkan orang yang kerasukan roh jahat.
Apakah yang dikatakan oleh orang ramai dalam bahasa Likaonia setelah melihat mukjizat yang dilakukan Paulus?
"Lihatlah, dewa-dewa sudah menjadi seperti manusia dan turun ke dunia".
"Mengapa kamu melakukan hal ini? Kami pun manusia seperti kamu semua!"
Di Listra, orang ramai menamakan Barnabas sebagai Zeus dan Paulus sebagai...
Hermes
Apollo
Mengapakah Paulus dan Barnabas mengoyakkan pakaian mereka lalu berlari ke tengah orang ramai?
kerana imam dewa Zeus dan orang ramai hendak mempersembahkan korban kepada mereka.
kerana orang ramai tidak mahu mempercayai perkhabaran Berita Baik tentang Yesus.
Apakah yang dilakukan orang ramai terhadap Paulus setelah dipengaruhi oleh orang Yahudi yang datang dari Antiokhia dan Ikonium?
Mereka merejam Paulus dan menyeret dia ke luar bandar.
Mereka memukul Paulus dan menahan dia di penjara.
Apakah yang dilakukan oleh Paulus dan Barnabas selepas mereka kembali ke Listra, Ikonium dan kemudian ke Antiokhia di Pisidia?
Mereka menguatkan hati pengikut-pengikut di situ dan menggalakkan mereka supaya tetap percaya kepada Yesus.
Mereka melakukan banyak mukjizat supaya penduduk di situ percaya kepada Yesus.
Apakah yang diceritakan oleh Paulus dan Barnabas kepada jemaah di Antiokhia selepas mereka kembali?
Menceritakan segala yang sudah dilakukan oleh Allah melalui mereka. Mereka memberitahu bahawa Allah sudah membuka jalan supaya orang bukan Yahudi percaya kepada Yesus.
Mereka melakukan banyak mukjizat tetapi masih menerima tentangan dari orang ramai.
