wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz PPDa (2022)

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Tujuan Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah (PPDa) diadakan adalah untuk _____.

a)

Memberi pendedahan mengenai gejala sosial

b)

Memberi pengetahuan tentang jenis-jenis dadah dan cara penggunaan

c)

Melengkapkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menolak ancaman dadah dan gejala sosial.

d)

Memberi kemahiran untuk membanteras dadah

2.

Apakah maksud akronim atau singkatan D.A.R.V.I.H ?

a)

Dadu, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, HIV/AIDS

b)

Dadah, Alkalin, Rokok, Vape, Inhalan, Heroin

c)

Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, HIV/AIDS

d)

Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, Heroin

3.

Apakah nama penuh bagi AADK?

a)

Agensi Anti DARVIH Kebangsaan

b)

Agensi Antidadah Diraja Kebangsaan

c)

Agensi Anti Dadah Kebangsaan

d)

Agensi Anti Dadah Kerajaan

4.

Apakah fungsi PUSPEN ?

a)

Sebagai pusat penyelidikan dadah

b)

Sebagai agensi pelaksana untuk memutus rantaian Covid-19

c)

Sebagai pusat pemulihan penagih dadah

d)

Sebagai pusat sumber pencegahan dadah

5.

Berikut merupakan jenis dadah kecuali

a)

Opiat

b)

Rokok

c)

Ganja

d)

Ketum

6.

Pilih penyataan yang betul mengenai alkohol.

a)

Alkohol adalah sejenis minuman berkarbonat

b)

Alkohol tidak dikategorikan sebagai dadah

c)

Alkohol boleh menyebabkan ketagihan

d)

Alkohol tidak terhasil daripada proses pemeraman kanji.

7.

Apakah nama lain untuk Vape?

a)

Asap berperisa

b)

Inhalan

c)

Rokok elektronik

d)

Rokok daun

8.

Paracetamol adalah sejenis _____.

a)

Racun

b)

Inhalan

c)

Ekstesi

d)

Ubat

9.

Apakah undang-undang utama berkaitan dengan pengawalan dadah di malaysia?

a)

Akta Pencegahan Jenayah 1959

b)

Akta Dadah Berbahaya 1952

c)

Akta Racun 1952

d)

Akta Anti Dadah 2020

10.

Pilih pernyataan yang salah mengenai punca pengambilan dadah.

a)

Ingin mencuba

b)

Galakan ibu bapa

c)

Pengaruh daripada kawan-kawan

d)

Mengatasi tekanan jiwa

11.

Berikut merupakan kesan pengambilan alkohol, kecuali

a)

 Loya

b)

Sakit kepala

c)

Dapat mengawal tindakan diri.

d)

Murung

12.

Antara kesan asap rokok kepada orang lain ialah …

a)

Gigi kuning

b)

Sesak nafas

c)

Kuku hitam

d)

Rambut berhabuk

13.

Inhalan mengakibatkan _____ pada masa jangka panjang.

a)

Bersin

b)

Halusinasi

c)

Kesorakan kekal sistem saraf

d)

Kesukaran berfikir

14.

Berikut merupakan tanda-tanda penagihan dadah, kecuali

a)

Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri

b)

Marah tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.

c)

Berpakaian kemas dan berdiam sewaktu bekerja

d)

Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga

15.

Berikut merupakan strategi kerajaan untuk membanteras dadah, kecuali

a)

Pendidikan Pencegahan di sekolah, tempat kerja, masyarakat setempat, dan sebagainya.

b)

Penguatkuasaan undang-undang bagi menyekat aktiviti pengedar dan penagih dadah

c)

Pemulihan penagih dadah untuk memutuskan pergantungan kepada dadah

d)

Bekerjasama dengan negara antarabangsa untuk meningkatkan mutu hasil dadah.

16.

Berikut merupakan slogan yang digunakan untuk mempromosikan gaya hidup sihat, kecuali

a)

HIDUP SELAMAT TANPA DADAH

b)

HIDUP BAHAGIA TANPA DADAH

c)

HIDUP CERIA TANPA DADAH

d)

HIDUP SENGSARA TANPA DADAH

17.

Gaya hidup sihat perlu diamalkan kerana:

a)

Dapat menjimatkan duit keluarga

b)

Dapat menjimatkan masa

c)

Dapat menghindarkan diri daripada kegiatan negatif seperti penggunaan dadah

d)

Ibu bapa percaya kepada kita dan memberikan kebebasan dalam pergaulan

18.

Berikut merupakan amalan gaya hidup sihat, kecuali

a)

Menyertai program keagamaan

b)

Beriadah di taman rekreasi

c)

Mengambil makanan ringan

d)

Mewujudkan komunikasi yang berkesan

19.

Dua cara melindungi diri daripada ancaman dadah

a)

Berfikiran positif dan kekuatan moral serta disiplin

b)

Makan makanan yang sedap dan tidur secukupnya

c)

Ponteng sekolah dan lari dari rumah

d)

Melepak di tempat sunyi dan berkawan di disko

20.

Kita hendaklah bijak memilih _____.

a)

Jenama Rokok

b)

Kawan

c)

Lawan

d)

Perisa Vape

21.

Sekiranya salah seorang adik beradik anda terlibat dengan dadah, apakah tindakan anda?

a)

Tidak ambil peduli

b)

Menghebohkan kepada orang lain

c)

Melaporkan kepada ibu bapa

d)

Mendiamkan diri

22.

Masalah kecurian, pecah rumah dan _____ sering dikaitkan dengan penagih dadah.

a)

Bersenam

b)

Kenduri

c)

Ragut

d)

Menari

23.

Masyarakat mestilah _____ untuk menangani masalah penagihan dadah

a)

Tidak ambil peduli

b)

Bergaduh

c)

Bekerjasama

d)

Berpecah belah

24.

Antara berikut, yang manakah merupakan amalan baik bagi menjaga kesihatan anda?

a)

Membasuh tangan selepas makan sahaja.

b)

Memastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.

c)

Memberus gigi sehari sekali sahaja.

d)

Meminjam barang keperluan orang lain seperti tuala, berus gigi dengan meminta izin terlebih dahulu.

25.

Penagih dadah akan membuat keluarga menjadi ?

a)

Pincang

b)

Bahagia

c)

Harmoni

d)

Aman