wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan tindakan Parti Komunis Malaya (PKM) semasa zaman pendudukan Jepun kecuali

a)

Menjalinkan hubungan diplomatik dengan China

b)

Menjalinkan kerjasama dengan British dalam usaha memerangi Jepun

c)

Membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga pada tahun 1942.

d)

Menerima bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan logistik dan perubatan daripada pihak British

2.

Mengapakah British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu?

a)

Komunis memusnahkan penempatan rakyat

b)

Komunis memberikan bantuan senjata

c)

Komunis mendera dan menindas rakyat

d)

Komunis melancarkan perjuangan bersenjata

3.

Mengapakah Komunis mencetuskan huru-hara di seluruh Tanah Melayu

a)

agar Komunis dapat mewujudkan kemudahan infrastuktur baharu

b)

agar Komunis dapat mengawal ekonomi Tanah Melayu

c)

agar penduduk hilang kepercayaan terhadap British

d)

agar Komunis dapat menjamin keselamatan rakyat

4.

Antara berikut, yang manakah bukan contoh serangan yang dilaksanakan oleh Komunis terhadap sumber ekonomi?

a)

merosakkan pokok koko

b)

merosakkan kilang estet

c)

merosakkan rumah kongsi

d)

membunuh pekerja

5.

Antara berikut yang manakah usaha yang diambil bagi menangani ancaman daripada Komunis?

a)

memperketatkan undang-undang

b)

mewujudkan pasukan kesihatan

c)

pengenalan pendaftaran kebangsaan

d)

Rancangan Brick

6.

Mengapakah sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan pada 23 Julai 1948 diperkenalkan?

a)

mengawal bilangan penduduk

b)

memberikan kebebasan untuk bergerak

c)

memberikan bekalan makanan

d)

mengawal pergerakan penduduk

7.

Siapakah yang melancarkan Rancangan Briggs?

a)

Sir Harold Rowdon

b)

Sir Henry Gurney

c)

Min Yuen

d)

Sir Edward Gent

8.

Berikut merupakan kesan zaman darurat terhadap Tanah Melayu dari segi politik kecuali

a)

Peningkatan jumlah warganegara

b)

Penubuhan Malayan Chinese Association

c)

Mempercepatkan kemerdekaan

d)

Meningkatkan kos perbelanjaan

9.

Bilakah darurat ditamatkan di seluruh Tanah Melayu?

a)

31 Ogos 1957

b)

31 Julai 1960

c)

1 Julai 1960

d)

16 September 1964

10.

Antara langkah yang dilakukan oleh British untuk membasmi pengaruh komunis semasa penguatkuasaan Undang-undang Darurat ialah

a)

melindungi kepentingan Kaum Melayu dan Cina.

b)

menuntut kemerdekaan dalam masa terdekat.

c)

memindahkan penduduk ke petempatan baru

d)

menyediakan bantuan kepada penduduk

11.

3 orang pengurus ladang Eropah telah dibunuh oleh komunis di Sungai Siput, Perak. Apakah kesan ekoran daripada peristiwa tersebut?

a)

Rancangan Briggs diperkenalkan

b)

Sistem pertahanan British diperkasakan

c)

Darurat diisytiharkan

d)

Min Yuen diharamkan

12.

Pengasas karya Communist Manifesto dan Das Kapital ialah (pilih dua jawapan)

a)

Richard Max

b)

Karl Max

c)

Friedrich Engels

d)

Friedrich Thomas

13.

Mengapakah Parti Komunis Indonesia gagal dalam menyebarkan ideologi komunis dalam kalangan orang Melayu di Tanah Melayu?

a)

Komunis menggunakan kekerasan

b)

Komunis memperjuangkan persamaan taraf

c)

Komunis menafikan hak orang Melayu

d)

Orang Melayu menyerahkan hal pentadbiran kepada komunis

14.

Apakah matlamat perjuangan pertubuhan Parti Komunis Malaya? (pilih dua jawapan)

a)

Menggulingkan penjajahan British

b)

Memonopoli kekayaan hasil bumi

c)

Menentang penjajah Jepun

d)

Menubuhkan Republik Komunis

15.

Apakah parti yang membawa masuk ideologi komunis ke negara kita pada awal tahun 1920-an?

a)

Parti Komunis Cina

b)

Parti Komunis Malaya

c)

Parti Komunis Nanyang

d)

Parti Kuomintang

16.

MPAJA adalah pertubuhan yang dibentuk oleh PKM pada zaman pendudukan Jepun. Apakah tujuan MPAJA ditubuhkan?

a)

Memerangi Jepun

b)

Menyebarkan ideologi

c)

Menuntut kemerdekaan

d)

Menyebarkan propaganda

17.

Berikut adalah undang-undang yang diluluskan oleh British pada tahun 1948.


Trade Union Ordinance no 9


Apakah matlamat undang-undang tersebut diluluskan?

a)

Meyakinkan rakyat

b)

Menangkap komunis

c)

Memulihkan keamanan

d)

Menyekat pengaruh komunis

18.

Gambar menunjukkan landasan kereta api yang disabotaj oleh komunis.

Mengapakah komunis bertindak sedemikian?

a)

Melumpuhkan hubungan perjalanan di Tanah Melayu

b)

Melumpuhkan sistem politik di Tanah Melayu

c)

Memudahkan pergerakan komunis di dalam hutan

d)

Menambahkan kos pentadbiran British

19.

Antara berikut, manakah DUA negara yang terlibat dalam penyebaran fahaman komunis di negara kita sejak tahun 1920-an?

a)

China

b)

Indonesia

c)

Malaysia

d)

Filipina

20.

Antara berikut, yang manakah DUA pengasas ideologi Komunisme?

a)

Karl Marx

b)

Friedrich Engles

c)

Benito Mussolini

d)

Adolf Hitler

21.

Apakah parti yang menggantikan Comintern?

a)

Parti Komunis Nanyang

b)

Parti Komunis Malaya

c)

Parti Kuomintang

d)

Parti Komunis China

22.

Senarai berikut merupakan pemimpin komunis dari Indonesia.

# Alimin

# Tan Malaka

# Sutan Perpateh

Apakah persamaan pemimpin-pemimpin tersebut?

a)

Mengasaskan PKM

b)

Menyusup dalam kesatuan sekerja

c)

Membawa masuk fahaman komunis

d)

Mendapatkan sokongan orang Melayu terhadap fahaman komunis

23.

Mengapakah British mengambil senjata api serta memberikan bantuan latihan, kewangan, perubatan dan bekalan logistik kepada MPAJA?

a)

Menawan hati rakyat

b)

Tanggungjawab pentadbir

c)

Langkah menentang Jepun

d)

Menyekat pengaruh komunis

24.

Antara berikut, manakah DUA cara PKM menyebarkan fahaman ideologi komunisme di Tanah Melayu?

a)

Kesatuan sekerja

b)

Penerbitan akhbar

c)

Gerakan bawah tanah

d)

Menawarkan bantuan perubatan

25.

Apakah DUA bantuan yang diterima oleh MPAJA atau Bintang Tiga daripada pihak British?

a)

Bantuan kewangan

b)

Bantuan senjata

c)

Bantuan makanan

d)

Bantuan pengangkutan

26.

Komunis membunuh Arthur Walker dan John Allison iaitu pengurus-pengurus ladang. Di manakah peristiwa ini berlaku?

a)

Sungai Segama

b)

Sungai Ular

c)

Sungai Siput

d)

Sungai Klang

27.

Siapakah yang mengisytiharkan darurat?

a)

Sir Harold Rowdon Briggs

b)

Sir Edward Gent

c)

Sir Henry Gurney

d)

Sir Gerald Templer

28.

Komunisme ialah satu fahaman politik yang menjadikan ____________ dan ________________ pengguna sebagai milik negara

a)

politik / ekonomi

b)

tanah / harta

c)

ekonomi / barang

d)

harta / rumah

29.

Apakah nama pertubuhan yang bergerak dalam kalangan orang Hailam di bawah arahan Parti Komunis China (PKC)?

a)

Main School

b)

Mein School

c)

Secondary School

d)

Comintern

30.

Antara berikut yang manakah BUKAN pasukan POLIS yang dibentuk oleh British untuk membanteras komunis

a)

Auxiliary Police

b)

Senoi Praaq

c)

Cawangan Jenayah

d)

Special Constables

31.

Apakah parti-parti politik radikal yang telah diharamkan oleh British sebagai langkah penguatkuasaan undang-undang darurat? (PILIH 3)

a)

PETA

b)

SUPP

c)

AWAS

d)

PKMM

32.

Apakah peranan utama pasukan Special Constables?

a)

Mengawal Kampung Baru

b)

Mengawal ladang dan kawasan lombong

c)

Mengesan tempat persembunyian komunis

d)

Mendapatkan maklumat PKM melalui perisikan

33.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan penguatkuasaan Undang-Undang Darurat? Pilih 2 jwp.

a)

Mengadakan perintah berkurung

b)

Menahan mereka yang disyaki terlibat dengan komunis

c)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

d)

Memperkasakan angkatan keselamatan

34.

Siapakah dalam kalangan masyarakat yang menjadi tumpuan British untuk pengambilan pegawai Cawangan Khas?

a)

orang asli

b)

orang Melayu

c)

orang Cina

d)

orang India

35.

Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa ancaman komunis terhadap negara kita?

a)

Menghargai pengorbanan pemimpin dahulu

b)

Bertolak ansur

c)

Bekerjasama

d)

Kegigihan

36.

Yang manakah merupakan kesan darurat?

ms162

a)

Rakyat sengsara

b)

Perkembangan ekonomi pesat

c)

Muncul semangat nasionalisme

d)

Hubungan kaum menjadi renggang

37.

Pada pendapat anda, mengapakah darurat menjadi faktor pendorong kepada negara kita untuk mencapai kemerdekaan dengan lebih cepat?

ms161

a)

British telah penat memerangi komunis

b)

Lebih banyak negeri diisytiharkan sebagai kawasan putih

c)

PKM tiada alasan untuk meneruskan perjuangan selepas merdeka

d)

Darurat tidak boleh ditangani melalui strategi ketenteraan semata-mata.

38.

Pada tahun 1954, Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan telah diisytiharkan sebagai kawasan putih.


Apakah yang anda faham tentang kawasan putih? ms160

a)

Kawasan yang selamat

b)

Kawasan yang bebas daripada ancaman komunis

c)

Kawasan yang boleh dikunjungi pada bila-bila masa

d)

Kawasan yang aktif dengan kegiatan komunis

39.

Wakil komunis yang menyertai rundingan Baling?

a)

Tunku Abdul Rahman,Tan Cheng Lock,dan David Marshall

b)

Ching Peng,Chen Tien,dan Rashid Maidin

c)

Ching Peng,Shamsiah Fakeh,Rashid Maidin

d)

Tan Malaka,Alimin,dan Moeso

40.

Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 ribu sehingga $300 ribu sehari untuk pertahanan negara antara 1984 hingga tahun 1960.Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

a)

Menamatkan konfrontasi

b)

Membendung rusuhan kaum

c)

Menghapuskan kegiatan lanun

d)

Membanteras ancaman komunis