wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 2 FASHION MARKETING

Total questions: 34

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Pemasaran merupakan

a)

Tumpuan ke arah keuntungan tanpa melibatkan permintaan dan keperluan

pelanggan

b)

Inovasi dalam mereka cipta sesuatu produk atau perkhidmatan bagi menarik

pelanggan

c)

Usaha dimana keuntungan akan wujud apabila ianya memenuhi permintaan dan

keperluan pelanggan

d)

Satu proses promosi dan pengedaran suatu produk barangan atau perkhidmatan

bagi memenuhi permintaan pelanggan

2.

Keperluan manusia secara sosialnya dipengaruhi oleh personaliti, taraf kehidupan dan

budaya. Penyataan ini merujuk kepada

a)

Kehendak

b)

Kepuasan

c)

Penawaran

d)

Permintaan

3.

____________ merupakan sesuatu perkara yang perlu dititikberatkan dalam

memastikan pelanggan mengenali sesuatu produk.

a)

Harga

b)

Kualiti

c)

Warna

d)

Jenama

4.

Berikut merupakan kriteria pemilihan Sasaran Pasaran kecuali

a)

Mengenal pasti pasaran

b)

Mempengaruhi pasaran

c)

Memilih pasaran yang tepat

d)

Mengenal pasti segmentasi pasaran

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan?

a)

Aktiviti membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan secara pukal

b)

Aktiviti membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan bagi tujuan kebajikan

c)

Aktiviti membeli dan menjual barang atau perkhidmatan bagi tujuan mendapatkan

keuntungan

d)

Aktiviti membeli dan menjual atau perkhidmatan bagi tujuan mengekalkan

perniagaan tempatan

6.

Syarikat yang menawarkan sesuatu aktiviti yang dijual tetapi tidak boleh dimiliki, boleh

diertikan sebagai ________________.

a)

Produk

b)

Pasaran

c)

Perkhidmatan

d)

Entiti Keuntungan

7.

Terdapat dua jenis pengiklanan, iaitu iklan memujuk dan iklan ______________.

a)

Penerangan

b)

Pemasaran

c)

Pengeluaran

d)

Persembahan

8.

Perkataan fesyen memberi maksud ______________________.

a)

Aktiviti manusia dalam memastikan mereka tidak ketinggalan zaman

b)

Sesuatu yang menjadi ikutan ramai dalam menghasilkan barangan dan

perkhidmatan.

c)

Aktiviti manusia dalam menjalankan kerja-kerja penghasilan barangan kepada

masyarakat

d)

Sesuatu yang berkembang pantas mengikut peredaran zaman serta mengikut

keadaan sosial, politik dan kebudayaan sesuatu tempat.

9.

Syarikat Seri Siantan, menawarkan kualiti, reputasi dan ciri-ciri

produk yang terbaik dalam memastikan perniagaan mereka

mengaut keuntungan.

merupakan penyataan berkaitan konsep?

a)

Produk

b)

Permintaan

c)

Pemasaran

d)

Pengeluaran

10.

Sampel, hadiah dan cenderamata sangat berkaitan dengan aktiviti pemasaran campuran

atau mix marketing untuk _____________.

a)

Harga

b)

Tempat

c)

Promosi

d)

Pengedaran

11.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan produk istimewa?

a)

Head gear

b)

Gaun pengantin

c)

Pakaian kasual

d)

Pakaian bekerja

12.

Konsep 4P membawa maksud ________________________________

a)

Produk, Promosi, Tempat, Harga

b)

Promosi, Pasaran, Harga, Produk

c)

Produk, Promosi, Pengiklanan, Pasaran

d)

Promosi, Pasaran, Harga, Perkhidmatan

13.

Pengiklanan merupakan ______________________.

a)

Cara menyampaikan maklumat kepada pengguna yang mempunyai pendapatan

tetap setiap bulan.

b)

Cara mendapatkan data berkaitan keperluan manusia bagi membantu aktiviti

pemasaran.

c)

Cara untuk mewujudkan, mengekalkan, menembusi dan memperluaskan pasaran

produk atau perkhidmatan.

d)

Cara komunikasi yang dirancang untuk memberitahu dan memujuk pengguna

membeli sesuatu produk atau perkhidmatan.

14.

Disebabkan keadaan pandemik sekarang, Syarikat Intan Bina terpaksa membuat

keputusan menurunkan harga barangan mereka. Apakah faktor yang menyebabkan

keputusan tersebut diambil?

a)

Inflasi kos

b)

Persaingan

c)

Permintaan menurun

d)

Penurunannya mungkin tidak disukai pesaing

15.

Penentuan harga dibahagi kepada dua faktor iaitu faktor dalaman dan luaran. Yang

manakah antara faktor luaran yang mempengaruhi penentuan harga?

a)

Kos

b)

Objektif pemasaran

c)

Pertimbangan organisasi

d)

Pasaran dan permintaan

16.

Salah satu objektif jualan ialah memberi tumpuan kepada aktiviti promosi dan iklan agar

sampai kepada kumpulan sasaran untuk memperolehi keuntungan tanpa melibatkan

permintaan dan keperluan pembeli.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyataan tersebut?

a)

Memastikan keuntungan kekal dalam masa yang ditetapkan

b)

Meningkatkan promosi secara besar-besaran untuk mendapat keuntungan.

c)

Pelanggan paling ramai dan mempunyai wang yang banyak untuk dibelanjakan.

d)

Meningkatkan keuntungan melalui jumlah yang tinggi dalam masa yang singkat.

17.

Proses semasa transaksi jualan juga adalah sebahagian daripada komponen

____________.

a)

Promosi

b)

Penjualan

c)

Pemasaran

d)

Pengiklanan

18.

Satu siri rantaian aktiviti yang dilakukan oleh pengeluar produk fesyen bagi

memastikan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan terjual dan

dapat mengatasi pesaing-pesaingnya merujuk kepada pemasaran

Pernyataan merujuk kepada aktiviti pemasaran _______________

a)

Asas

b)

Fesyen

c)

Pakaian

d)

Barangan wanita

19.

Kebolehan dan kemampuan individu untuk mengenal pasti peluang perniagaan dan

mengusahakan perniagaan dalam memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

merujuk kepada ________________________.

a)

Perkhidmatan

b)

Pasaran fesyen

c)

Keusahawanan

d)

Pengiklanan Pasaran

20.

Kumpulan yang manakah memerlukan kaitan rapat dengan asas makanan, pakaian,

tempat tinggal serta sentiasa berusaha keras untuk mengekalkannya?

a)

Atasan

b)

Bawahan

c)

Bangsawan

d)

Pertengahan

21.

Sesuatu produk yang mahal dengan usaha yang maksimum diklasifikasikan sebagai

produk ______________________.

a)

Istimewa

b)

Beli belah

c)

Mudah beli

d)

Tidak dicari

22.

Proses jualan yang efektif perlu dapat memberikan perkhidmatan transaksi produk yang

sesuai dengan keperluan semasa pelanggan dengan _________________________.

a)

menghasilkan pelanggan menjadi ahli seumur hidup.

b)

melengkapkan proses transaksi yang berlaku antara pengguna dan pembeli.

c)

membantu pelanggan membuat pembelian dengan mudah dan bernilai tinggi.

d)

merangkumi aktiviti untuk memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan sahaja.

23.

Berikut merupakan kaedah penentuan harga kecuali

a)

Penentuan harga berasaskan kos

b)

Penentuan harga berdasarkan jualan

c)

Penentuan harga berasaskan pembeli

d)

Penentuan harga berdasarkan persaingan

24.

Konsep pasaran fesyen bermaksud usaha untuk mendapatkan keuntungan perniagaan

akan wujud apabila ianya memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan.

Apakah konsep tersebut?

I. Pasaran produk harus tepat pada masa dan harganya

II. Strategi yang betul pada sasaran pasaran yang tepat

III. Produk baru sentiasa dikeluarkan dan dijual di pasaran

IV. Pasaran produk fesyen yang menarik pelanggan untuk membeli

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

25.

Apakah tujuan jualan peribadi?

a)

Untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia dengan produk keluaran

terbaru.

b)

Untuk menjual produk yang dikeluarkan dan mendapat maklum balas yang cepat

daripada pengguna tentang idea, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh

syarikat.

c)

Untuk meningkatkan kadar pembelian semula di kalangan pembeli yang membeli

sekali-sekala

d)

Untuk membina dan mengekalkan hubungan antara penjual dan pembeli serta

komuniti setempat

26.

Sebagai seorang yang baru berkecimpung dalam industri fesyen, perkara utama yang

Puan Roslila perlu lakukan untuk memperkenalkan suatu produk baharu ialah

____________________________.

a)

Penentuan lokasi

b)

Cara pengedaran

c)

Bilangan cawangan

d)

Masa untuk diperkenalkan

27.

Sebagai seorang yang baru berkecimpung dalam industri fesyen, perkara utama yang

Puan Roslila perlu lakukan untuk memperkenalkan suatu produk baharu ialah

____________________________.

a)

Penentuan lokasi

b)

Cara pengedaran

c)

Bilangan cawangan

d)

Masa untuk diperkenalkan

28.

En Dzulkiflie telah dinaikan pangkat sebagai seorang pengurus pemasaran, beliau juga

turut memikul tanggungjawab sebagai ______________________.

a)

Pengurus Operasi

b)

Pengurus Maklumat

c)

Pengurus Pembekal

d)

Pengurus Permintaan

29.

Media pengiklanan merupakan iklan yang disampaikan kepada pengguna sasaran.

Nyatakan faktor pemilihan media tersebut.

I. Luas pasaran

II. Dasar kerajaan

III. Kos pengiklanan

IV. Tujuan pengiklanan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

30.

Antara berikut yang manakah alat utama perhubungan awam?

I. Sampel

II. Ucapan

III. Peragaan

IV. Premium

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Penyataan berikut merupakan punca produk baharu gagal dipasarkan kecuali

a)

Segmentasi pasaran yang tidak tepat

b)

Harga produk yang tidak berpatutan dengan kualiti

c)

Pemilik syarikat lebih mementingkan idea yang disukainya berbanding pelanggan

d)

Eksekutif pemasaran sentiasa memikirkan idea-idea pengiklanan yang lebih menarik

32.

Produk yang dibeli dengan perancangan atau

usaha yang amat sedikit.

Berdasarkan pernyataan diatas, namakan kategori produk tersebut.

a)

Produk khas

b)

Produk asasi

c)

Produk gerak hati

d)

Produk kecemasan

33.

Produk boleh diklasifikasikan kepada dua, iaitu produk pengguna dan produk industri.

Yang manakah merupakan produk pengguna?

I. Produk istimewa

II. Produk beli belah

III. Produk tidak dicari

IV. Produk tambahan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

34.

Pendekatan integrasi

Melihat keuntungan jangka panjang

Berpandukan penyataan tersebut merujuk kepada _____________________.

a)

Strategi

b)

Branding

c)

Pemasaran

d)

Segmentasi