wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKONOMI TINGKATAN 4: PENGENALAN KEPADA EKONOMI - SET 1

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1. Ekonomi adalah kajian tentang

a)

A. bagaimana manusia mengatasi masalah kos lepas

b)

B. bagaimana manusia memperuntukkan sumber ekonomi

c)

C. tindakan manusia untuk memenuhi kehendak yang terhad

d)

D. tindakan manusia untuk mengurangkan pembaziran sumber

2.

2. Sebuah universiti awam hanya mampu mengambil 2 000 orang pelajar baharu walaupun pelajar yang layak ialah 7 000 orang.

Masalah ekonomi dalam situasi di atas ialah

a)

A. pilihan

b)

B. kekurangan

c)

C. kehendak yang terhad

d)

D. sumber ekonomi yang tidak terhad

3.

3. Apakah matlamat isi rumah untuk membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah kekurangan?

a)

A. Meminimumkan kos

b)

B. Memaksimumkan tabungan

c)

C. Memaksimumkan kepuasan

d)

D. Meminimumkan perbelanjaan

4.

4. Maklumat berikut mengenai masalah ekonomi.

"Sebuah pawagam hanya boleh menampung 200 orang penonton walaupun terdapat 300 orang penonton yang ingin menonton wayang yang disiarkan semalam."

Masalah ekonomi yang berkaitan dengan situasi di atas ialah

a)

A. pilihan

b)

B. kos lepas

c)

C. kekurangan

d)

D. kegagalan projek syarikat pawagam

5.

5. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber ekonomi?

I. Tanah

II. Buruh

III. Rumah

IV. Sungai

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

6.

6. Persamaan antara buruh dengan usahawan ialah

I. kedua-duanya menanggung risiko kerugian

II. kedua-duanya menerima upah sebagai ganjaran

III. kedua-duanya memberi sumbangan kepada ekonomi

IV.

kedua-duanya merupakan faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

7.

7. Antara berikut, yang manakah betul tentang sumber ekonomi?

a)

A. Penawaran modal tidak terhad

b)

B. Buruh mempunyai mobiliti geografi yang terhad

c)

C. Harga tanah semakin tinggi dalam jangka masa panjang

d)

D. Usahawan menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam proses pengeluaran

8.

8. "Puan Moon merupakan pengusaha kerepek di Johor. Beliau memiliki sebuah kilang pemprosesan kerepek dan menggaji 7 orang pekerja."

Pernyataan yang manakah betul tentang Puan Moon.

a)

A. Mendapat ganjaran berbentuk keuntungan

b)

B. Menyumbangkan tenaga mental dan fizikal

c)

C. Tidak menanggung risiko kerana kerepek mendapat sambutan tinggi

d)

D. Tidak mempunyai mobiliti geografi

9.

9. Kos lepas wujud kerana kehendak manusia tidak terhad manakala sumber ekonomi

a)

A. terhad

b)

B. tidak terhad

c)

C. bersifat boleh diperbaharui

d)

D. bersifat tidak boleh diperbaharui

10.

10. Encik Muthu membelanjakan RM4 700 untuk membeli sebuah komputer riba baharu. Kos lepasnya ialah

a)

A. jumlah yang perlu dibayar untuk komputer riba

b)

B. masa yang digunakan untuk memilih komputer riba

c)

C. telefon bimbit yang boleh dibeli dengan wang perbelanjaan tersebut

d)

D. perbelanjaan untuk elektrik yang perlu ditanggung untuk mengecas komputer riba tersebut