WorksheetsEKONOMI TINGKATAN 4: PASARAN - SET 1
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
1. Pernyataan manakah yang merujuk kepada permintaan?
A. Keinginan dan kemampuan individu untuk membeli barang pada satu tingkat harga tertentu dan pasa suatu masa tertentu
B. Kehendak individu untuk memiliki barang pada suatu tingkat harga tertentu dan pada suatu masa tertentu
C. Individu menginginkan sesuatu barang bagi memenuhi keperluan harian
D. Keinginan individu untuk memiliki rumah mewah
2. Hukum permintaan menyatakan bahawa
A. semakin tinggi harga, semakin kurang kuantiti yang diminta
B. semakin rendah harga, semakin kurang kuantiti yang diminta
C. semakin rendah harga, semakin kurang kuantiti yang ditawarkan
D. semakin tinggi harga, semakin banyak kuantiti yang ditawarkan
3. Manakah yang benar tentang keluk permintaan?
A. Hubungan antara harga dan kuantiti yang ditawarkan
B. Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan
C. Penurunan harga menyebabkan permintaan berkurangan
D. Menunjukkan kuantiti yang diminta pada setiap tingkat harga
4. Permintaan berkesan ialah
A. keinginan terhadap sesuatu barang
B. barang keperluan yang mesti dipenuhi
C. permintaan yang disokong oleh kuasa beli
D. barang keperluan yang memberi kesan kepada keperluan pengguna
5. Permintaan pasaran ikan merujuk
A. jumlah kuantiti ikan yang dijual oleh pengeluar pada tingkat harga tertentu
B. jumlah kuantiti ikan yang dibeli oleh semua pengguna pada tingkat harga tertentu
C. jumlah kuantiti yang diminta oleh semua pengguna pada tingkat harga dan jangka masa tertentu
D. jumlah kuantiti ikan yang dikeluarkan oleh semua pengeluar pada tingkat harga dan jangka masa tertentu
6. Antara yang berikut, manakah yang benar tentang keluk permintaan
I. Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan
II. Penurunan harga menyebabkan permintaan berkurang
III. Menunjukkan kuantiti yang diminta pada setiap tingkat harga
IV. Menunjukkan hubungan negatif antara kuantiti diminta dengan harga
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
7. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan keluk permintaan pasaran?
A. Mencerun ke atas dari kiri ke kanan
B. Menunjukkan hubungan positif di antara harga dengan kuantiti
C. Dibentuk daripada permintaan individu
D. Lebih curam berbanding keluk permintaan individu
8. Antara berikut, kumpulan yang manakah merupakan barang penggenap?
A. Susu dan keju
B. Televisyen dan elektrik
C. Daging kambing dan susu kambing
D. Perkhidmatan teksi dan tambang teksi
9. Peningkatan jumlah rumah di Kuala Lumpur menyebabkan permintaan terhadap tukang paip dan pendawai elektrik semakin meningkat.
Situasi ini menunjukkan
A. konsep barang pengganti
B. konsep barang penggenap
C. konsep keseimbangan pasaran
D. konsep keanjalan permintaan
10. Permintaan untuk televisyen meningkat jika
A. cukai pendapatan individu dinaikkan
B. harga pemain cakera padat meningkat
C. cukai untuk televisyen import meningkat
D. yuran langganan perkhidmatan ASTRO menurun
