wayground logo

Lembar Kerja Gratis yang Dapat Dicetak

BARU

Ukuran huruf

S
M
L
XL
Lembar kerja

KUIZ MAULIDURRASUL by HR MAZLAN

Total soal: 40

Worksheet time: 12mins

Nama
Kelas
Tanggal
1.

 

1. Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?

a)

12 Rabiul Akhir Tahun Gajah

b)

12 Rabiul Awal Tahun Gajah

c)

11 Rabiul Akhir Tahun Gajah

d)

11 Rabiul Awal Tahun Gajah

2.

2. Nabi Muhammad SAW mempunyai beberapa nama iaitu Muhammad, Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir dan AL-'Aqib. Apakah yang dimaksudkan dengan Al-Mahi?

a)

Yang dipuji

b)

Yang terpuji

c)

Yang menghapuskan

d)

Yang mengumpulkan

3.

3. Nabi semasa sejak kecil telah digelar al-Amin, apakah maksud al-amin?

a)

Baik budi pekerti

b)

Sopan dan berhemah

c)

Berani dan kuat

d)

Seorang yang jujur dan amanah

4.

4. Bilakah tarikh nabi Muhammad s.a.w dilahirkan mengikut kalendar masehi?

a)

20 Mei 571M

b)

20 Mei 572M

c)

20 April 572M

d)

20 April 571M

5.

5. Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?

a)

Api sembahan Agama Majusi di Rom terpadam

b)

Pokok terbakar

c)

Berhala disembah

d)

Api sembahan Agama Majusi di Rom semakin marak

6.

6. Muhammad SAW bin 'Abdullah bin 'Abdul Mutallib bin Hasyim bin 'Abdul Manaf bin ............

a)

Qushaiy

b)

Kilab

c)

Murrah

d)

Ka'ab

7.

7. Siapakah nama bapa Nabi?

a)

'Abdul Mutallib bin Hashim

b)

'Abdullah bin Abu Tallib

c)

'Abdullah bin 'Abdul Mutallib

d)

'Abdullah bin Hashim

8.

8. Nama ibu Nabi SAW ialah

a)

Aminah binti Wahb bin 'Abdul Manaf bin Zuhrah

b)

Aminah binti Wahb bin Zuhrah bin 'Abdul Manaf

c)

Aminah binti Wahb bin Qasim bin Zuhrah

d)

Aminah binti Wahb bin 'Abdul Manaf bin Qasim

9.

9. Ibu Nabi meninggal dunia ketika Nabi SAW berusia

a)

2 bulan

b)

2 tahun

c)

4 tahun

d)

6 tahun

10.

10. Ibu susuan Nabi yang merupakan bekas hamba Abu Lahab ialah

a)

Halimah as-Saidiyyah

b)

Umaimah

c)

Tsuwaibah

d)

Zainab

11.

11. Berikut adalah bapa=bapa saudara Nabi SAW kecuali:

a)

Al-Qasim

b)

Az-Zubair

c)

Dhirar

d)

Al-Harits

12.

12. Yang manakah antara berikut merupakan ibu saudara Nabi?

a)

Ruqayyah

b)

Ummu Kultsum

c)

Afwa

d)

Umaimah

13.

13. Saudah binti Zam’ah, Hafsah binti Umar, Shofiyyah binti Huyai merupakan antara

a)

Ibu-ibu saudara Nabi

b)

Anak-anak Nabi

c)

Isteri-isteri Nabi

d)

Cucu-cucu Nabi

14.

14. Apakah persamaan antara Al-Hasan, Al-Husain Ummu Kultsum dan Zainab?

a)

Cucu-cucu Nabi yang merupakan anak-anak Zainab.

b)

Cucu-cucu Nabi yang merupakan anak-anak Fatimah.

c)

Cucu-cucu Nabi yang merupakan anak-anak Ruqayyah

d)

Cucu-cucu Nabi yang merupakan anak-anak Ibrahim

15.

15. Al Qayyim dan Ath-Thayyib merupakan antara anak-anak Nabi.

a)

BETUL

b)

SALAH

16.

16. Bilakah bapa nabi meninggal dunia?

a)

Ketika nabi berusia 3 bulan

b)

Ketika nabi berusia 3 bulan dalam kandungan ibunya

c)

Ketika nabi berusia 2 bulan 

d)

Ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya

17.

17. Dimanakah ibu Nabi wafat dan dikebumikan? 

a)

Abwa’ 

b)

Madinah 

c)

Makkah 

d)

Taif

18.

18. Tentera Abrahah ingin menyerang Kaabah, iaitu ____ hingga ____ hari sebelum kelahiran Nabi SAW.

a)

10, 20

b)

20, 30

c)

30, 40

d)

40, 50

19.

19. Peristiwa pembelahan dada kali pertama oleh Malaikat Jibril a.s berlaku semasa Nabi berusia....

a)

3 tahun

b)

4 tahun

c)

5 tahun

d)

6 tahun

20.

20. Setelah kematian ibunya, Nabi tinggal bersama datuknya yang bernama

a)

'Abdul Mutallib

b)

Abu Talib

c)

Abu Jahal

d)

Abu Lahab

21.

21. Setelah kematian datuknya 'Abdul Mutallib, semasa berusia 8 tahun, Nabi Muhammad SAW tinggal bersama bapa saudaranya,.....

a)

'Abdul Talib

b)

Abu Talib

c)

Abu Jahal

d)

Abu Lahab

22.

22. Nabi SAW mengikuti rombongan perniagaan Abu Talib ke Syam pada usia

a)

12 tahun

b)

13 tahun

c)

14 tahun

d)

15 tahun

23.

23. Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Talib membawa Nabi bersama dalam urusan perdagangan ke Syam. Di Busra (hampir dengan Syam). Ketika itu, Pendeta Nasrani yang alim, telah berjumpa dan menasihati Abu Talib supaya menjaga dengan baik dan membawa pulang segera Nabi Muhammad s.a.w (iaitu jangan membawa masuk Syam) kerana bimbang tindakan jahat orang yahudi.

a)

Abu Jahal

b)

Raymond

c)

Buhaira

d)

Abu Lahab

24.

24. Semasa Nabi SAW berusia 15 tahun, Baginda terlibat dengan peperangan

a)

Uhud

b)

Khandak

c)

al-Fijar

d)

Badar

25.

25. Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?

a)

Maisarah

b)

Fatimah

c)

Suwaibah

d)

Halimatussa’diah

26.

26. Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah di ijabkabulkan/berkahwin?

a)

Nabi =40 tahun , Khadijah = 40 tahun

b)

Nabi =25 tahun , Khadijah = 25 tahun

c)

Nabi =40 tahun , Khadijah = 25 tahun

d)

Nabi =25 tahun , Khadijah = 40 tahun

27.

27. Semasa berusia 35 tahun, Nabi SAW menyelesaikan perbalahan antara kabilah-kabilah Quraisy dalam kes

a)

bayaran cukai

b)

pembunuhan anak-anak perempuan

c)

perletakan hajarulaswad di penjuru Kaabah

d)

perebutan harta dan isteri

28.

28. Pada tahun ke berapa kenabian kah, Nabi SAW memulakan dakwah secara terang-terangan?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

29.

29. Antara yang gugur syahid dalam peperangan ____________ ialah Hamzah, 'Amru bin Jamuh dan Anas bin An-Nadhar.

a)

Uhud

b)

Khandak

c)

Badar

d)

Al-Fijar

30.

30. Pada tahun pertama Hijrah, Nabi mendirikan Masjid _____ dan Masjid ______.

a)

Aqsa, Quba

b)

Aqsa, Nabawi

c)

Nabawi, Quba

d)

Baitulmaqdis, Aqsa

31.

31. Berapa lamakah Nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi?

a)

2 tahun

b)

3 tahun

c)

4 tahun

d)

5 tahun

32.

32. Siapakah antara berikut orang yang tidak masuk Islam sepanjang dakwah Nabi secara sembunyi-sembunyi?

a)

Uthman bin Affan

b)

Zaid bin Harithah

c)

Khadijah 

d)

Bilal bin Robah

33.

33. Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi ber’uzlah (bertahanus) untuk beribadat dan berzikir kepada Allah s.w.t selama sebulan. Dimanakah Nabi ber’uzlah?

a)

Gua Hira

b)

Jabal Rahmah

c)

Jabal Uhud

d)

Bukit Tursina

34.

34. Ada riwayat yang menyebut Nabi SAW mempunyai 9 pedang. Pedang awal yang dimiliki oleh Baginda sebagai harta pusaka daripada bapanya ialah...

a)

Al-Battar

b)

Al-Ma'tsur

c)

Ar-Rasub

d)

Al-'Adhb

35.

35. Dzu al-Fiqar pedang yang tak pernah berpisah dengan Rasulullah SAW dan dihiasi dengan ____. Pedang ini diperolehi daripada rampasan Perang Badar. Pedang inilah yang dilihat oleh Rasulullah dalam mimpinya (ketika perang Uhud) seolah-olah matanya sumbing dan ditakwilkan oleh Baginda dengan kekalahan.

a)

emas

b)

perak

c)

gangsa

d)

berlian

36.

36. Nabi SAW mula sakit pada penghujung ____ tahun ke 11 Hijrah. Baginda memberitahu _____ bahawa Baginda akan wafat.

a)

Safar, Fatimah

b)

Muharram, Fatimah

c)

Rabiulawal, Aisyah

d)

Rabiulakhir, Aisyah

37.

37. Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?

a)

Isnin, 12 Rabiul Akhir tahun 11 hijrah

b)

Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 12 hijrah

c)

Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah

d)

Isnin, 12 Rabiul Akhir tahun 12 hijrah

38.

38. Nabi SAW wafat ketika berusia

a)

60 tahun

b)

61 tahun

c)

62 tahun

d)

63 tahun

39.

39. Setelah kewafatan Baginda, Nabi SAW dimandikan oleh ____ dan al'Abbas dan dikafankan dengan 3 helai kain. Dikebumikan di rumah ____.

a)

'Ali, 'Aisyah r.h.a

b)

Umar, 'Aisyah r.h.a

c)

Uthman, Fatimah

d)

Abu Bakar, Fatimah

40.

40. Tema sambutan Maulidur Rasul untuk tahun 2022 ialah.....

a)

Negara Rahmah, Ummah Sejahtera

b)

Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti

c)

Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran

d)

Menyantuni Umat Membawa Rahmat.