wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKONOMI TINGKATAN 5: EKONOMI DAN KERAJAAN - SET 3

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

1. Antara berikut, yang manakah merupakan penunjuk ekonomi?

I. Keluaran Dalam Negara Kasar

II. Indeks harga pengguna

III. Kadar Pertukaran asing

IV. Imbangan pembayaran

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

2.

2. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang indeks harga pengguna?

a)

A. Perubahan kuantiti diminta akibat daripada perubahan harga barang itu sendiri

b)

B. Perubahan harga barang itu sendiri akibat daripada perubahan kuantiti ditawarkan

c)

C. Perubahan harga purata sekumpulan barang bagi sesuatu tahun berbanding dengan tahun dasar

d)

D. Perubahan harga purata sekumpulan barang bagi sesuatu tahun berbanding dengan tahun semasa

3.

3. Maklumat diberikan menunjukkan harga purata bagi kumpulan makanan dalam dua tahun yang berbeza.

------

JENIS BARANG = MAKANAN

HARGA TAHUN DASAR (RM) = RM3.50

HARGA TAHUN SEMASA (RM) = RM5.25

*Indeks Harga Tahun Dasar = 100

------

Hitungkan indeks harga pengguna tahun semasa.

a)

A. 93

b)

B. 94

c)

C. 100

d)

D. 150

4.

4. Maklumat yang diberikan berkaitan indeks harga pengguna (IHP) bagi negara Malaysia.

Pernyataan manakah yang benar berkaitan dengan indeks harga pengguna tersebut?

a)

A. Tahun 2012 adalah dijadikan sebagai tahun dasar

b)

B. Tingkat harga umum pada tahun 2013 telah meningkat sebanyak 7.1% berbanding tahun dasar

c)

C. Indeks harga pengguna telah menurun dari tahun 2010 hingga tahun 2014

d)

D. Peningkatan indeks harga pengguna menyebabkan kemelesetan ekonomi

5.

5. Apakah masalah ekonomi akan berlaku jika indeks harga pengguna semakin meningkat dari setahun ke setahun?

a)

A. Inflasi

b)

B. Deflasi

c)

C. Kemelesetan ekonomi

d)

D. Harga barang di pasaran semakin rendah

6.

6. Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang inflasi?

a)

A. Kenaikan pendapatan yang diterima oleh pekerja-pekerja dalam sesebuah ekonomi

b)

B. Kenaikan nilai eksport dalam sesebuah ekonomi menyebabkan imbangan pembayaran lebihan

c)

C. Kenaikan upah nominal akibat daripada kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan

d)

D. Kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan dalam sesebuah ekonomi

7.

7. Maklumat berikut menunjukkan keadaan sesebuah ekonomi.

------

Harga input yang digunakan dalam proses pengeluaran barang X meningkat sebanyak 3% menyebabkan harga barang X yang dijual di pasaran meningkat sebanyak 4%.

------

Apakah jenis inflasi yang berlaku di atas?

a)

A. Inflasi musim

b)

B. Inflasi diimport

c)

C. Inflasi tolakan kos

d)

D. Inflasi tarikan permintaan

8.

8. Pernyataan manakah yang menerangkan inflasi tarikan permintaan?

a)

A. Permintaan masyarakat melebihi penawaran dalam pasaran

b)

B. Harga barang import meningkat setiap tahun

c)

C. Tingkat kos pengeluaran semakin meningkat

d)

D. Permintaan kuasa beli meningkat seiring dengan penawaran pasaran

9.

9. Manakah yang menunjukkan kesan inflasi?

a)

A. Pendapatan benar masyarakat meningkat

b)

B. Pengeluar akan meningkatkan guna tenaga

c)

C. Kos sara hidup rakyat berkurangan

d)

D. Permintaan barangan eksport bertambah di pasaran antarabangsa

10.

10. Apakah kesan yang akan berlaku jika kadar inflasi meningkat daripada 0.58% kepada 2.50%?

I. Peluang pekerjaan menurun

II. Kuasa beli masyarakat meningkat

III. Pendapatan benar masyarakat menurun

IV. Nilai wang yang dipegang oleh isi rumah merosot

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV