wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1 PENGENALAN ETIKA DAN PERADABAN

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah SATU kepentingan Etika & Peradaban dalam masyarakat?

a)

Membina masyarakat berkepentingan

b)

Memujuk hidup terus tenang

c)

Menjadikan diri semakin tertekan

d)

Kos hidup melambung tinggi

2.

"Prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan individu atau sesuatu kumpulan" = X. Apakah X?

a)

Adab

b)

Etika

c)

Fakta

d)

Situasi

3.

Ethics berasal dari perkataan dari negara____Z____ iaitu Ethos yang bermaksud karakter. Apakah negara Z?

a)

Latin

b)

Greek

c)

English

d)

Melayu

4.

Bagaimanakah tindakan di dalam gambar boleh menjadi tidak beretika?

a)

Apabila tiada lagi insan lain sanggup menerima kerja tersebut

b)

Apabila hasil kerja dihargai oleh orang lain

c)

Apabila menerima bukan mengikut hak dan cara yang betul

d)

Apabila mendapat upah atas usaha yang dilakukan

5.

Kamus Dewan: Tingkah laku serta tutur kata yang halus

Oxford Dictionary: A state of human society that is very developed and organized

Apakah istilah yang berkait dengan penjelasan yang diberi?

a)

Adab

b)

Etika

c)

Integriti

d)

Disiplin

6.

Apakah yang menjadi faktor UTAMA seseorang manusia itu beradab atau tidak dalam kehidupan?

a)

Pendidikan

b)

Pengaruh sekeliling

c)

Cuaca

d)

Aplikasi dalam kehidupan

7.

3 kategori pengamalan etika dan adab berdasarkan garis masa adalah

a)

Pra kolonial, kolonial, pasca kolonial

b)

Pra kolonial, pasca moden

c)

Kolonial, pasca moden, futuristik

d)

Pra kolonial, kolonial, futuristik

8.

"Etika telah terjelma dalam tingkah laku serta kehidupan seharian, sama ada formal atau tidak formal"

Pada zaman apa etika ini dipraktikkan?

a)

Era pra-kolonial

b)

Era Kolonial

c)

Era pasca kolonial

d)

Era futuristik

9.

"Etika dibawa dalam bentuk berpakaian, percakapan, pentadbiran, ketuanan dan lain-lain lagi."

Pada era apakah keadaan ini berlaku?

a)

Era pra kolonial

b)

Era kolonial

c)

Era pasca kolonial

d)

Era futuristik

10.

"Masyarakat telah menerima variasi dan percampuran versi etika secara langsung atau tidak langsung, bercampur dengan etika formal dan tidak formal."

Pada era apakah etika ini berlaku?

a)

Era futuristik

b)

Era pasca kolonial

c)

Era kolonial

d)

Era pra kolonial

11.

Antara contoh berikut, yang manakah menggambarkan situasi tidak beradab dalam kehidupan?

a)

Seorang remaja lelaki tidak membantu tayar motor pakcik yang rosak di tepi jalan

b)

Ibu bapa memberi kebebasan kepada anak anak selepas berusia 18 tahun

c)

Membuang sampah ke dalam tong sampah di luar rumah

d)

Meniup api lilin yang terbakar selepas selesai majlis hari jadi