wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

latihan katering sihat

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Saya bertanggungjawab memastikan tempat saya bekerja ada menjual/ menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat.

a)

Betul

b)

Salah

2.

Konsep Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh adalah seperti berikut:

a)

b)

c)

d)

3.

Sekiranya syarikat saya menerima tempahan katering untuk mesyuarat (bagi minum pagi atau minum petang), apakah contoh minuman yang sesuai untuk disediakan?

i - air kosong

ii - teh tarik

iii - teh/kopi o siap bancuh

iv - teh/ kopi o asing gula dan susu

a)

i dan ii

b)

I dan iii

c)

i dan iv

d)

iv sahaja

4.

Saranan penggunaan maksimum minyak masak untuk menggoreng (deep fry) ialah   (a)    kali ?

5.

Berikut merupakan cara penghidangan makanan yang sihat, KECUALI:

a)

Menghidang buah-buahan sebagai pemula hidangan (starter) bagi hidangan dome/ served

b)

Memastikan air kosong sentiasa tersedia

c)

Menghidangkan sekurang-kurangnya 10% sayur-sayuran daripada jumlah lauk-pauk yang dihidang/ dijual

d)

Menggunakan bekas makanan yang diperbuat daripada kertas atau plastik biodegradable

6.

Berikut adalah panduan penyediaan hidangan rendah garam KECUALI:

a)

Menggunakan makanan terproses dalam masakan.

b)

Menghad penggunaan sos dan serbuk perasa semasa menyediakan makanan.

c)

Elakkan menambah garam ke dalam masakan sekiranya menggunakan serbuk/ kiub/ pes perasa

d)

Membaca label untuk memastikan jumlah garam yang terkandung dalam makanan.

7.

Berikut adalah panduan penyediaan hidangan tinggi serat KECUALI:

a)

Memperbanyakkan hidangan berasaskan sayur-sayuran

b)

Menghidangkan puding sebagai pencuci mulut

c)

Menghidangkan makanan berasaskan bijirin penuh

d)

Menghidangkan buah-buahan sebagai starter/ pemula hidangan atau dessert/ pencuci mulut

8.

Pengambilan garam berlebihan akan meningkatkan risiko kejadian penyakit-penyakit seperti berikut KECUALI:

a)

Obesiti

b)

Kerosakan buah pinggang

c)

Strok

d)

Darah tinggi

9.

Panduan yang boleh digunakan untuk menyediakan hidangan rendah lemak ialah

i - kurangkan penggunaan minyak dan lemak

ii - tidak menggoreng semula makanan bergoreng

iii - buang kulit ayam dan lemak daging sebelum memasak

iv - gunakan santan cair atau susu rendah lemak

a)

semua di atas

b)

i sahaja

c)

i dan ii

d)

ii, iii dan iv

10.

Berikut adalah saranan kaedah masakan menggoreng (deep fry) yang baik, KECUALI:

a)

Menukar atau menggantikan minyak masak yang telah berwarna perang pekat

b)

Memastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan makanan yang hendak digoreng

c)

Menggantikan minyak kelapa sawit dengan minyak zaitun

d)

Menggunakan minyak kelapa sawit berbanding minyak jagung