NEW
Font size
WorksheetsF4 Biologi (Bab 8 - 11) Nov 2022
Total questions: 16
Worksheet time: 13mins
Yang manakah yang berlaku semasa penghembusan nafas manusia?
Sangkar rusuk bergerak ke bawah dan ke dalam
Diafragma mengecut dan mendatar
Isi padu rongga toraks bertambah
Tekanan udara rongga toraks berkurang
Apakah struktur yang dapat ditemui dalam sistem respirasi ikan?
Spirakel
Glotis
Alveolus
Lamela
Tentukan urutan yang betul bagi pengangkutan gas oksigen ke sel badan.
I - Oksigen bergabung dengan hemoglobin menjadi oksihemoglobin
II - Oksihemoglobin terurai dan membebaskan gas oksigen
III - Resapan gas oksigen melalui membran alveolus dari kawasan tekanan separa tinggi ke rendah
IV - Oksigen diangkut dari peparu ke sel badan
I > III > II > IV
III > I > IV > II
I > IV > III > II
III > IV > I > II
Apakah cara yang kebanyakan gas karbon dioksida diangkut dari sel badan ke peparu?
Bentuk terlarut dalam plasma darah
Bentuk karbaminohemoglobin
Bentuk ion bikarbonat
Bentuk gas berbuih
Di manakah protein mula dicernakan dalam badan kita?
Duodenum
Pankreas
Mulut
Perut
Berikan enzim pencernaan karbohidrat yang betul.
Pepsin, Tripsin, Erepsin
Amilase, Maltase
Lipase, Garam hempedu
Rennin, Laktosa
Apakah nama struktur sistem limfa yang membantu dalam penyerapan nutrien?
Lakteal
Vena subklavikel kiri
Duktus toraks
Duktus limfa kanan
Yang manakah bukan fungsi hati?
Pengawalan aras gula darah
Penyahtinjaan
Detoksifikasi
Pendeaminan
Jus manakah yang mengandungi kepekatan Vit. C yang tertinggi?
Kepekatan Vit. C = (isi padu asid askorbik) / (isi padu jus) x 1.0mgcm-3
Diberi isi padu 1% asid askorbik untuk larutkan warna DCPIP ialah 5mL.
Jus oren = 3.5mL
Jus nanas = 4.0mL
Jus limau = 4.5mL
Jus oren
Jus nanas
Jus limau
Apakah proses pertukaran gas dalam organisma unisel seperti Amoeba sp.?
Osmosis
Resapan berbantu
Resapan ringkas
Pengangkutan aktif
Apakah yang dapat ditemui dalam sistem peredaran terbuka?
Alveolus
Insang
Aorta
Hemolimfa
Antara leukosit yang berikut, yang manakah merupakan fagosit?
Neutrofil
Basofil
Limfosit
Eosinofil
Bahagian manakah yang dikenali sebagai perentak denyutan jantung?
Nodus atrioventrikel (AV)
Berkas His
Nodus sinoatrium (SA)
Gentian Purkinje
Nicholas merupakan pesakit yang mempunyai kumpulan darah O.
Jika anda hendak menderma darah kepadanya, apakah kumpulan darah yang seharusnya anda perlukan?
A
B
AB
O
Malangnya, anda telah dijangkiti COVID-19. Setelah anda telah sembuh, anda mendapati bahawa anda tidak akan dijangkiti sementara waktu.
Barisan pertahanan yang manakah yang terlibat dalam situasi ini?
Barisan pertahanan pertama
Barisan pertahanan kedua
Barisan pertahanan ketiga
Barisan pertahanan keempat
Kolostrum
Apakah jenis keimunan yang berkaitan dengan pernyataan di atas?
Keimunan pasif semula jadi
Keimunan aktif semula jadi
Keimunan pasif buatan
Keimunan aktif buatan
