wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Mastery EKO T4

Total questions: 125

Worksheet time: 2hrs 34mins

Name
Class
Date
1.

Rajah di atas menunjukkan konsep ekonomi. Apakah yang dilambangkan oleh A dan B?

a)

A= Perbelanjaan negara, B= Pendapatan negara

b)

A= Keperluan manusia, B= Kehendak manusia

c)

A= Kehendak manusia, B= Faktor pengeluaran

d)

A= Faktor pengeluaran, B= Kehendak manusia

2.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber ekonomi dalam kategori buruh mahir?

a)

Petani

b)

Siswazah

c)

Tapak kilang

d)

Pengurus kilang

3.

Mengapakah usahawan penting dalam aktiviti ekonomi?

a)

Menjimatkan pendapatan bersih

b)

Meningkatkan pendapatan individu

c)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat

d)

Menggabungkan faktor-faktor pengeluaran

4.

Rajah di atas menunjukkan unit-unit ekonomi.

Apakah Y?

a)

Encik Ramesh

b)

Syarikat Mahasuri Jaya

c)

Kementerian Pertanian Malaysia

d)

Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan

5.

Pernyataan di bawah menunjukkan suatu masalah ekonomi.

"Projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mencapai kebajikan rakyat yang maksimum."

Unit ekonomi yang manakah mengalami masalah ekonomi tersebut?

a)

Suri rumah tangga

b)

Syarikat Suria Sdn. Bhd.

c)

Kilang Elektronik Tee

d)

Kementerian Pertanian Malaysia

6.

Pernyataan yang manakah tepat menjelaskan sumber ekonomi buruh dalam ekonomi?

a)

Mobiliti geografi yang rendah

b)

Menerima ganjaran upah wang

c)

Berfikir secara kreatif dan inovatif

d)

Berusaha mencapai pengeluaran output yang paling maksimum

7.

Mengapakah pilihan terpaksa dilakukan?

a)

Kekurangan faktor pengeluaran

b)

Kehendak manusia yang terbatas

c)

Pengeluaran dilakukan oleh firma

d)

Semua barang melibatkan kos lepas

8.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud kos lepas bagi individu?

a)

bayaran untuk membeli suatu barang

b)

pilihan barang untuk memaksimumkan kepuasan

c)

perbelanjaan yang ditanggung untuk mendapatkan suatu barang

d)

barang yang tidak dipilih bagi mendapatkan barang yang terbaik

9.

Pernyataan manakah yang benar tentang usahawan?

I. Tiada mobiliti geografi

II. Kecekapan menyelaraskan sumber ekonomi

III. Sanggup menanggung risiko ketidakpastian

IV. Individu yang menyelaraskan sumber untuk menghasilkan keluaran

a)

I, II, dan III

b)

I, II, dan IV

c)

I, III, dan IV

d)

II, III, dan IV

10.

Pernyataan manakah yang menerangkan kos lepas?

a)

perbelanjaan kerajaan ke atas projek pembangunan

b)

penggunaan yang perlu diadakan walaupun pendapatan sifar

c)

input yang perlu dikorbankan untuk mengurangkan kos pengeluaran

d)

barang pengganti terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapat barang terbaik

11.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan permintaan berkesan?

a)

Anita mempunyai RM10 dan ingin membeli sebuah beg yang berharga RM15

b)

Suzana mempunyai RM20 dan ingin membeli sebuah buku yang berharga RM15

c)

Anita tidak mempunyai wang dan ingin membeli sebatang pen yang berharga RM3

d)

Encik Ali mempunyai RM50 dan tidak ingin membeli jam tangan yang berharga RM30

12.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang hukum permintaan?

I. Apabila harga naik, maka kuantiti diminta berkurang

II. Apabila harga naik, maka kuantiti diminta bertambah

III. Apabila harga jatuh, maka kuantiti diminta berkurang

IV. Apabila harga jatuh, maka kuantiti diminta bertambah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Maklumat di bawah berkaitan dengan dua barang.

" Apabila harga barang S turun, kuantiti diminta barang T akan bertambah."

Antara yang berikut, yang manakah mungkin merupakan barang S dan barang T?

a)

Gula dan beras

b)

Kopi dan teh

c)

Komputer peribadi dan kereta

d)

Telefon pintar dan alat pengecas

14.

Jadual di atas menunjukkan harga barang X dan kuantiti diminta barang Y.

Berdasarkan jadual di atas, yang manakah boleh mewakili barang X dan barang Y?

a)

X= Milo, Y= Gula

b)

X= Kasut, Y= Stoking

c)

X= Ayam, Y= Daging

d)

X= Kerusi, Y= Meja

15.

Rajah di atas menunjukkan pergerakan Y ke X di sepanjang keluk permintaan (DD).

Pergerakan dari Y ke X berlaku disebabkan

a)

kenaikan harga barang itu

b)

kejatuhan harga barang itu

c)

kenaikan harga barang penggenap

d)

kejatuhan harga barang penggenap

16.

Maklumat di bawah berkaitan dengan hubungan tiga jenis barang.

  • Barang A dan barang B adalah barang penggenap
  • Barang A dan barang C adalah barang pengganti

Jika harga barang A meningkat, apakah kesan terhadap permintaan barang B dan barang C?

a)

B= Menurun, C= Meningkat

b)

B= Menurun, C= Menurun

c)

B= Meningkat, C= Menurun

d)

B= Meningkat, C= Meningkat

17.

Rajah di atas menunjukkan keluk permintaan bagi sesuatu barang.

Peralihan keluk dari D0D0 ke D1D1 disebabkan oleh

a)

Cukai pendapatan meningkat

b)

Pendapatan pengguna meningkat

c)

Harga barang pengganti meningkat

d)

Jangkaan harga akan turun pada masa depan

18.

Peralihan keluk permintaan ke kanan disebabkan oleh peningkatan dalam

a)

Harga barang itu sendiri

b)

Harga barang pengganti

c)

Harga barang penggenap

d)

Harga barang pada masa depan

19.

Maklumat di bawah berkaitan dengan makanan segera X.

"Satu kajian saintifik menyatakan bahawa makanan segera mengandungi banyak bahan pengawit berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan. Secara tidak langsung permintaan terhadap makanan segera X telah berkurang."

Apakah faktor yang menjejaskan permintaan tersebut?

a)

Musim

b)

Cita rasa

c)

Pengiklanan

d)

Dasar kerajaan

20.

Antara yang berikut, yang manakah akan menyebabkan peningkatan dalam penawaran penghawa dingin?

I. Pemberian subsidi kepada pengeluar

II. Penurunan cukai pendapatan seseorang

III. Peningkatan pendapatan individu

IV. Peningkatan penyelidikan dan pembangunan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Apakah kesan kepada pasaran sesuatu barang jika permintaannya bertambah tetapi penawarannya adalah tetap?

I. Harga keseimbangan menurun

II. Kuantiti keseimbangan menurun

III. Harga keseimbangan meningkat

IV. Kuantiti keseimbangan meningkat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan suatu kejadian dalam ekonomi.

"Harga pasaran meningkat sehingga lebih tinggi daripada harga keseimbangan pasaran."

Apakah kesan kejadian di atas?

a)

Lebihan permintaan, harga cenderung untuk naik

b)

Lebihan permintaan, harga cenderung untuk jatuh

c)

Lebihan penawaran, harga cenderung untuk naik

d)

Lebihan penawaran, harga cenderung untuk jatuh

23.

Jadual di atas menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi durian.

Berdasarkan jadual di atas, apakah sifat keanjalan harga permintaan apabila harga durian berubah daripada RM2 kepada RM4?

a)

Anjal

b)

Anjal satu

c)

Anjal kosong

d)

Tak anjal

24.

Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu barang.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan barang X?

a)

Beras

b)

Rantai emas

c)

Kasut sukan

d)

Telefon pintar

25.

Apakah maksud permintaan?

a)

Kesanggupan dan keupayaan mengeluarkan sesuatu barang pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu

b)

Keinginan dan kesanggupan menjual sesuatu barang pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu

c)

Keinginan dan kemampuan membeli sesuatu barang pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu

d)

Keinginan dan kemampuan membeli sesuatu barang pada pelbagai tingkat harga dalam jangka masa tertentu

26.

Jadual menunjukkan harga dan kuantiti telur ayam yang diminta.

Apakah pekali keanjalan harga permintaan apabila harga telur ayam turun daripada 16 sen kepada 14 sen sebiji?

a)

0.4

b)

0.6

c)

1.6

d)

2.5

27.

Rajah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran barang X.

Antara yang berikut, yang manakah menjelaskan keadaan pasaran apabila tingkat harga barang X berada pada RM40?

a)

Mencapai harga keseimbangan

b)

Berlaku lebihan penawaran

c)

Berlaku lebihan permintaan

d)

Pasaran akan mencapai tingkat keseimbangan

28.

Yang manakah contoh jenama global?

a)

Apple

b)

Gemilang24

c)

Samsung

d)

McDonald

29.

Antara yang berikut, pilih pernyataan yang tepat menggambarkan masalah kekurangan dalam ekonomi.

a)

Puan Anis membeli baju kesukaan anaknya setelah menerima BSH sebanyak RM300

b)

Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan hasil yang diperoleh

c)

Cik Diyana dapat membeli semua barang dapur dengan pendapatan bulanannya

d)

Syarikat Jentera Hanafi Sdn Bhd mampu mengeluarkan semua keluarannya kerana mempunyai sumber modal yang banyak

30.

Mengapakah masih wujud masalah kekurangan walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa?

a)

Berlakunya bencana alam

b)

Wujudnya ketidakseimbangan pembangunan bandar dan desa

c)

Terdapat ketidakseimbangan antara kehendak masyarakat dengan sumber ekonomi

d)

Terdapat jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin

31.

Antara yang berikut, yang manakah melibatkan kos lepas?

a)

Menyedut udara segar

b)

Menikmati pemandangan di tepi laut

c)

Mendengar ceramah motivasi selama dua jam

d)

Menggunakan air hujan untuk menyiram pokok bunga

32.

Yang manakah antara di bawah bukan merupakan faktor-faktor pengeluaran?

a)

Jentera

b)

Barang pengguna

c)

Sumber galian

d)

Pengurus cawangan

33.

Sebahagian besar tanah pertanian di kawasan luar bandar negeri Perak kini bertukar menjadi kawasan perumahan.

Apakah kos lepas masyarakat tempatan mengenai pertukaran ini?

a)

Pengurangan pengeluaran barang pertanian

b)

Peningkatan taraf hidup masyarakat

c)

Pengurangan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar

d)

Peningkatan bilangan rumah untuk dijual

34.

Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

Titik kecekapan

b)

Titik ketidakcekapan

c)

Titik yang tidak akan dicapai

d)

Kombinasi output maksimum

35.

Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

Tingkat keluaran adalah cekap dan berpotensi dalam ekonomi

b)

Tingkat keluaran maksimum dalam keadaan guna tenaga penuh

c)

Tingkat keluaran sebenar yang dapat dikeluarkan dengan penggunaan sumber ekonomi yang berkualiti

d)

Tingkat keluaran yang dapat dikeluarkan melalui penggunaan sumber ekonomi yang tidak terbatas

36.

Antara yang berikut, yang manakah diandaikan tetap apabila melukis suatu keluk kemungkinan pengeluaran?

a)

Tingkat harga umum dalam negara tersebut

b)

Jumlah import dan eksport

c)

Tingkat upah buruh

d)

Jumlah faktor pengeluaran yang digunakan

37.

Masalah untuk siapa barang dikeluarkan akan diselesaikan melalui

a)

Agihan pendapatan dalam masyarakat

b)

Kuasa permintaan dan penawaran

c)

Permintaan masyarakat

d)

Mekanisme harga

38.

Sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem ekonomi pasaran bebas kerana

a)

Pilihan pengguna bebas

b)

Mengutamakan keuntungan yang maksimum

c)

Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan

d)

Campur tangan kerajaan mengurangkan pembaziran sumber ekonomi

39.

Masalah bagaimanakah barang hendak dikeluarkan akan diselesaikan dalam sistem ekonomi kapitalis melalui?

a)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang memenuhi keperluan masyarakat

b)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang memenuhi pilihan pengguna

c)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang mematuhi peraturan kerajaan

d)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos

40.

Seorang penganggur telah menerima tawaran kerja di sebuah syarikat swasta. Kos lepas bagi keputusan tersebut adalah


a)

Latihan yang perlu dihadiri

b)

Masa lapang untuk aktiviti hiburan

c)

Perbelanjaan pengangkutan untuk pergi ke tempat kerja

d)

Pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaan tersebut

41.
Kekurangan wujud kerana kehendak manusia tidak terhad manakala sumber ekonomi
a)
terhad
b)
tidak terhad
c)
bersifat boleh diperbaharui
d)
bersifat tidak boleh diperbaharui
42.
Seorang pemilik kapal mengupah tiga orang pekerja untuk menangkap ikan di laut dan menjualkan hasil di pasar tempatan. Faktor pengeluaran yang terlibat ialah
a)
usahawan, modal dan buruh
b)
tanah, usahawan dan buruh
c)
modal, usahawan dan tanah
d)
tanah, buruh, modal dan usahawan
43.

Pilih pernyataan yang berkaitan dengan masalah “Bagaimana hendak dikeluarkan”.

a)

Pemilihan jenis barang yang akan dikeluarkan

b)

Penentuan cara pengeluaran barang dan perkhidmatan

c)

Pemilihan pengeluar yang menghasilkan barang

d)

Penentuan sasaran pengguna barang yang dikeluarkan

44.

Apakah faktor yang mendorong kerajaan untuk campur tangan dalam sistem ekonomi campuran?

a)

Mengelakkan pembaziran sumber

b)

Menjamin pulangan keuntungan yang tinggi

c)

Melaksanakan projek pembangunan yang berisiko tinggi

d)

Memastikan kebajikan rakyat terjamin

45.

Pilih Betul atau Salah bagi pernyataan yang berikut.

Kehendak individu adalah tidak terhad berbanding dengan sumber ekonomi yang sedia ada.

a)

Betul

b)

Salah

46.

Pilih Betul atau Salah bagi pernyataan yang berikut.

Matlamat pilihan isi rumah adalah untuk mencapai kesejahteraan masyarakat.

a)

Betul

b)

Salah

47.

Pernyataan manakah yang menggambarkan sumber ekonomi tersebut?

a)

Membantu meningkatkan tingkat kecekapan pengeluaran

b)

Tidak mempunyai kos lepas

c)

Mempunyai penawaran yang tidak terhad

48.

Nyatakan sistem ekonomi yang diamalkan oleh Malaysia?

a)

Sistem ekonomi pasaran bebas

b)

Sistem ekonomi Islam

c)

Sistem ekonomi campuran

49.

Persaingan secara bebas antara pengeluar untuk mencari keuntungan tanpa kawalan daripada kerajaan menggambarkan ciri sistem ekonomi?

a)

Sistem ekonomi kapitalis

b)

Sistem ekonomi sosialis

c)

Sistem ekonomi campuran

50.

1. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan

permintaan berkesan ?

a)

Wan Ain mempunyai RM20 dan ingin membeli sebuah buku yang berharga RM15

b)

Anita mempunyai RM10 dan ingin membeli sebuah beg yang

berharga RM15

c)

Amsyar tidak mempunyai wang dan ingin membeli sebatang pen yang berharga RM3

d)

Encik Aqil mempunyai RM50 dan tidak ingin membeli jam tangan yang berharga RM30

51.

Antara yang berikut,yang manakah akan menyebabkan

peningkatan dalam penawaran penghawa dingin ?

a)

Peningkatan kos upah buruh

b)

Penurunan cukai pendapatan perseorangan

c)

Peningkatan pendapatan individu

d)

Kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan

52.

Isi rumah menghadapi masalah kekurangan

a)

pilihan

b)

pendapatan

c)

sumber hasil

d)

faktor pengeluaran

53.

Rajah di atas menunjukkan keluk penawaran bagi Firma A, B dan C bagi sesuatu barang.

Sekiranya jumlah penawaran pasaran pada tingkat harga RM30 ialah 82 unit, berapakah nilai X?

a)

30 unit

b)

32 unit

c)

64 unit

d)

100 unit

54.

Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah ekonomi.

"Aimi menggunakan wang saku untuk membeli sepinggan nasi goreng di Restoran Ramli. Aimi tidak memesan air minuman kerana tidak ada wang saku yang mencukupi."

Apakah kos lepas yang dihadapi oleh Aimi?

a)

Wang saku

b)

Air minuman

c)

Restoran Ramli

d)

Nasi Ayam Goreng

55.

Kemampuan membayar sesuatu barang atau perkhidmatan.

a)

Wang

b)

Kuasa beli

c)

Kekayaan

d)

Keupayaan membayar

56.

Hal atau faktor lain tidak berubah.

a)

Faktor pengeluaran

b)

Ceteris paribus

c)

Cetaris paribu

d)

Faktor tetap

57.

Keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli barang atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu.

a)

Kehendak

b)

Citarasa

c)

Permintaan

d)

Penawaran

58.

Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti diminta terhadap barang tersebut.

a)

Hukum kehendak

b)

Hukum penawaran

c)

Hukum permintaan

d)

Hukum pengeluaran

59.

Hubungan antara harga barang dengan kuantiti diminta

a)

Negatif

b)

Positif

c)

Malar

d)

Berkadar langsung

60.

Ciri-ciri keluk permintaan pasaran

a)

Mencerun ke bawah dari kiri ke kanan

b)

Gabungan beberapa keluk permintaan individu

c)

Lebih curam daripada keluk permintaan individu

d)

Menjumlahkan secara menegak kuantiti diminta semua individu di pasaran

61.

Faktor utama yang mempengaruhi permintaan

a)

Harga barang

b)

Gaji sebulan

c)

Kemampuan

d)

Simpanan bank

62.

Barang pengganti

a)

Kopi dan gula

b)

Kereta dan minyak petrol

c)

Buku dan pen

d)

Ayam dan daging

63.

Barang penggenap

a)

Kopi dan milo

b)

Mesin pencetak dan dakwat

c)

Pen dan pensil

d)

Sempoa dan kalkulator

64.

Faktor perubahan cita rasa

a)

Iklan

b)

Fesyen

c)

Kesedaran kesihatan

d)

Peperangan

65.

Meningkatkan permintaan sesuatu barang

a)

Kenaikan harga barang

b)

Kenaikan pendapatan

c)

Kenaikan kos pengeluaran

d)

Kenaikan inflasi

66.

Peningkatan permintaan terhadap limau mandarin pada Tahun Baru Cina.

a)

Faktor musim

b)

Faktor harga

c)

Faktor pendapatan

d)

Faktor peperangan

67.

"Kerajaan menaikkan harga gula bermula 1 Jun 2020."

a)

Permintaan milo meningkat pada masa sekarang

b)

Permintaan gula meningkat pada masa depan

c)

Permintaan gula meningkat pada masa sekarang

d)

Permintaan kopi menurun pada masa sekarang

68.

Penurunan pendapatan boleh guna disebabkan

a)

Cukai pendapatan meningkat

b)

Bantuan BSH bertambah

c)

Bantuan Prihatin Nasional diagihkan

d)

Peningkatan subsidi kerajaan

69.

Faktor perubahan permintaan

a)

Harga barang pengganti berubah

b)

Perubahan pendapatan individu

c)

Perubahan harga barang

d)

Perubahan kadar cukai pendapatan

70.

Kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu dikeluarkan oleh pengeluar atau firma pada suatu tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu.

a)

Penawaran

b)

Penjualan

c)

Pengeluaran

d)

Perniagaan

71.

Hukum penawaran

a)

Harga meningkat, kuantiti ditawar menurun

b)

Harga meningkat, kuantiti ditawar meningkat

c)

Harga menurun, kuantiti ditawar menurun

d)

Harga menurun, kuantiti ditawar meningkat

72.

Hubungan antara harga barang dengan kuantiti ditawarkan

a)

Tidak langsung

b)

Negatif

c)

Tidak berubah

d)

Positif

73.

Faktor penentu penawaran yang utama

a)

Harga barang itu sendiri

b)

Saiz firma

c)

Keuntungan firma

d)

Kecekapan pengeluaran firma

74.

Faktor pengeluaran

a)

Tanah

b)

Buruh

c)

Usahawan

d)

Model

75.

"Cuaca kemarau dijangka akan berterusan sehingga bulan Jun."

a)

Penawaran air bertambah

b)

Penawaran sayur berkurang

c)

Penawaran penghawa dingin tetap

d)

Penawaran kipas sifar

76.

Insentif cukai kepada pengeluar yang melabur dalam industri baharu atau aktiviti pengeluar yang digalakkan oleh kerajaan.

a)

Peningkatan teknologi

b)

Taraf perintis

c)

Subsidi

d)

Pelaburan asing

77.

Perubahan kuantiti ditawarkan.

a)

Harga faktor pengeluaran menurun

b)

Harga barang itu menurun

c)

Cuaca yang tidak menentu

d)

Subsidi pengeluaran ditingkatkan

78.

Pasaran terbahagi kepada

a)

Pasaran saham

b)

Pasaran tetap

c)

Pasaran langsung

d)

Pasaran tidak langsung

79.

Keseimbangan pasaran

a)

Kuantiti diminta = kuantiti dikeluarkan

b)

Keluk permintaan berselari dengan keluk penawaran

c)

Keluk penawaran bersilang dengan keluk permintaan

d)

Kuantiti ditawar melebihi kuantiti diminta

80.

Ketidakseimbangan pasaran berlaku apabila

a)

Jumlah diminta sama dengan jumlah ditawar

b)

Jumlah dikeluarkan melebihi jumlah ditawar

c)

Kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawar

d)

Kuantiti ditawar melebihi kuantiti diminta

81.

Pertambahan permintaan menyebabkan

a)

Keluk permintaan beralih ke atas

b)

Keluk permintaan beralih ke kiri

c)

Keluk permintaan beralih ke bawah

d)

Keluk permintaan beralih ke kanan

82.

Pada keluk keseimbangan pasaran, apakah yang ditunjukkan oleh titik E?

a)

Tingkat harga keseimbangan

b)

Kuantiti keseimbangan

c)

Titik persilangan antara keluk permintaan dan keluk penawaran

d)

Berlaku ketidakseimbangan pasaran

83.

Sebelum penciptaan wang, apakah sistem yang digunakan manusia?

a)

Sistem Barter

b)

Sistem Kira-kira

c)

Sistem Pertukaran

d)

Sistem Wang

84.

Wang merupakan

a)

Komoditi

b)

Diterima umum

c)

Alat perantaraan pertukaran

d)

Sistem barter

85.

Jenis-jenis wang kecuali

a)

Duit syiling

b)

Wang kertas

c)

Deposit semasa

d)

Pokok deduit

86.

Yang manakah bukan kelemahan sistem barter

a)

Barang tidak tahan lama

b)

Masalah membawa barang

c)

Masalah kehendak serentak

d)

Masalah sistem wang

87.

Yang manakah fungsi wang?

a)

Alat perantaraan pertukaran

b)

Alat ukuran nilai

c)

Alat penyimpan nilai

d)

Alat bayaran tertunda

88.

Nyatakan mata wang negara Malaysia

a)

Ringgit

b)

Dolar

c)

Rupiah

d)

Baht

89.

Apakah maksud kuasa beli wang?

a)

Kemampuan wang membeli barang

b)

Kuasa wang kepada manusia

c)

Keupayaan wang dalam memberi kebahagian

d)

Kekuatan wang ke atas manusia

90.

Yang manakah bukan fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan?

a)

Mentadbir akaun negara.

b)

Mengurus hutang negara.

c)

Memberi nasihat pelaburan.

d)

Menjaga rizab berkanun.

91.

Yang manakah contoh bank perdagangan?

a)

Bank Negara Malaysia.

b)

Maybank

c)

RHB Bank

d)

Bank Simpanan Nasional

92.

Apakah kelebihan akaun simpanan?

a)

Boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

b)

Pemegang akaun menerima faedah yang tinggi.

c)

Tiada kemudahan ATM.

d)

Tidak boleh memindahkan wang.

93.

Pilih jenis-jenis deposit yang ditawarkan oleh bank perdagangan.

a)

Akaun simpanan.

b)

Akaun simpanan tetap.

c)

Akaun semasa

d)

Akaun syarikat.

94.

Yang manakah bukan pinjaman yang disediakan oleh bank perdagangan?

a)

Overdraf

b)

Pinjaman peribadi

c)

Pinjaman tanpa had

d)

Pinjaman kad kredit

95.

Siapakah yang boleh menggunakan kemudahan cek?

a)

Pemegang akaun semasa

b)

Pemegang akaun pelaburan

c)

Pemegang akaun sementara

d)

Pemegang akaun aktif

96.

Contoh penggunaan Kad ATM.

a)

Membuat pengeluaran wang.

b)

Perkhidmatan telefon mudah alih.

c)

Membeli barang secara kredit.

d)

Membuat bayaran

97.

Anda ingin membuat simpanan di bank perdagangan. Prinsip perbankan Islam yang manakah patut anda pilih?

a)

Wadiah

b)

Mudharabah

c)

Bai Bithaman Ajil

d)

Takjiri

98.

Contoh aktiviti sektor utama.

a)

Penternakan

b)

Perhutanan

c)

Pendidikan

d)

Pengangkutan

99.

Contoh aktiviti sektor kedua.

a)

Perkilangan

b)

Pembalakan

c)

Pembinaan

d)

Insurans

100.

Contoh pekerjaan sektor ketiga.

a)

Guru

b)

Pembalak

c)

Doktor

d)

Jurutera

101.

Apakah faktor utama pemilihan pekerjaan?

a)

Upah

b)

Faedah sampingan

c)

Jaminan kerja

d)

Lokasi tempat kerja

102.

Pilih pendapatan yang diterima oleh faktor produktif.

a)

Sewa

b)

Upah

c)

Faedah

d)

Bayaran pindahan

103.

Apakah nama lain faedah dalam Islam

a)

Riba

b)

Untung

c)

Pulangan

d)

Dividen

104.

Pilih rumus yang tepat.

a)

Untung = Jumlah hasil - Jumlah kos

b)

Untung = Jumlah hasil + Jumlah kos

c)

Untung = Jumlah pinjaman - Jumlah kos

d)

Untung = Jumlah bayaran - Jumlah kos

105.

Yang manakah bukan contoh bayaran pindahan?

a)

Pelajar menerima wang saku

b)

Pelajar miskin menerima KWAPM

c)

Pesara kerajaan menerima pencen

d)

Sewa dibayar kepada pemilik rumah

106.

Pilih item potongan wajib.

a)

Zakat

b)

Cukai pendapatan syarikat

c)

PERKESO

d)

KWSP

107.

Caruman KWSP disimpan dalam akaun berikut:

a)

Akaun 1

b)

Akaun 2

c)

Akaun 3

d)

Akaun 4

108.

Berapakah kadar caruman PERKESO bagi majikan?

a)

1.74%

b)

1.75%

c)

1.76%

d)

1.77%

109.

Mengapakah kerajaan mengenakan cukai pendapatan?

a)

Mengurangkan jurang pendapatan

b)

Membebankan rakyat

c)

Membayar gaji pekerja asing

d)

Menambah pendapatan ahli politik

110.

Pilih item pelepasan cukai

a)

Individu dan saudara tanggungan

b)

Individu kurang upaya

c)

Yuran pendidikan

d)

Anak kurang upaya

111.

Siapakah yang wajib membayar zakat?

a)

Orang Islam

b)

Orang gila

c)

Orang mati

d)

Sami

112.

Keperluan asas termasuklah..

a)

Makanan

b)

Pakaian

c)

Tempat tinggal

d)

Kenderaan

113.

Pilih yang BUKAN kehendak

a)

Telefon pintar iPhone

b)

Kereta Toyota Vios

c)

Apartmen mewah

d)

Nasi kosong berlauk telur goreng

114.

Yang manakah BUKAN barang tahan lama?

a)

Kereta

b)

Perabot

c)

Televisyen

d)

Makanan

115.

Pendapatan individu digunakan untuk

a)

Membeli barang tahan lama

b)

Membeli barang tidak tahan lama

c)

Membayar perkhidmatan

d)

Dibuang ke dalam sungai Kolapis

116.

Yang manakah tidak mempengaruhi corak perbelanjaan isi rumah?

a)

Pendapatan

b)

Harga

c)

Barang pengganti

d)

Bencana alam di planet Marikh

117.

Contoh aktiviti e-dagang ialah

a)

Shopee

b)

Zalora

c)

Lazada

d)

Pasar Beluran

118.

Apakah kelebihan membayar secara tunai?

a)

Diterima secara meluas

b)

Risiko kehilangan

c)

Terdedah kepada inflasi

d)

Sukar membeli barang yang mahal

119.

Yang manakah sesuai menggunakan bayaran secara kredit?

a)

Membeli kereta mainan bernilai RM 25

b)

Membeli kereta bernilai RM25 ribu

c)

Makan di kantin sekolah

d)

Membeli sebotol air mineral

120.

Mengapakah seseorang individu perlu membuat belanjawan peribadi?

a)

dapat menyimpan

b)

berbelanja sesuka hati

c)

dapat menunjuk-nunjuk kekayaan

d)

menjadi kedekut

121.

Pilih kesan buruk berbelanja lebih daripada pendapatan.

a)

Dapat membeli iPhone 12

b)

Dapat menunjuk kemewahan

c)

Berhutang

d)

Tiada simpanan

122.

Pilih strategi menyimpan yang betul.

a)

Tanam harta di dalam tanah

b)

Letak duit di bawah bantal

c)

Menyimpan di bank perdagangan

d)

Membeli polisi insurans

123.

Pelaburan peribadi manakah yang bebas risiko?

a)

Simpanan tetap

b)

Unit amanah

c)

Saham syarikat

d)

FOREX

124.

Pilih pelaburan yang paling rendah tahap kecairan.

a)

Simpanan tetap

b)

Unit amanah

c)

FOREX

d)

Hartanah

125.

Apakah kegiatan ekonomi yang tergolong dalam sektor primer ?

a)

Pertanian

b)

Pengangkutan

c)

Pembinaan