wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KONSEP TAMADUN ISLAM

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Prof, Syed Muhammad Naquib al-Attas, berpendapat bahawa, tamadun ialah ;

a)

kawasan tanah yang didiami orang secara tetap dalam keadaan berkembang subur lagi makmur

b)

Meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam semua bidang

c)

keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya.

d)

Pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota, berasaskan kepada akidah, syarak dan akhlak

2.

Pengertian Tamadun Islam yang komprehensif ialah pencapaian manusia dalam bidang _______dan ________ yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi dan sebagainya. berasaskan kepada _____, syarak dan _____ yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah

(a)  

3.

Apakah istilah yang sama maksud dengan 'tamadun'

a)

Hadanah

b)

Hadharah

c)

Huduri

d)

Hadari

4.

Berikut adalah beberapa istilah yang mempunyai pengertian yang sama dengan tamadun iaitu ;

i. Umran

ii. Hadarah

iii. Mulkiyyah

iv. Madaniyyah

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i, ii dan iii

d)

i, ii dan iv

5.

Antara berikut, yang manakah benar mengenai perbezaan Tamadun Islam dengan tamadun lain ;

a)

Tamadun islam berumberkan al-quran dan sunnah manakala tamadun lain bersumberkan kitab suci

b)

Asas tamadun islam ialah etika dan akhlak manakala asas tamadun lain adalah logik akal

c)

Tamadun islam dan tamadun lain menekankan keseimbangan kesopanan, materialistik dan spiritual

d)

Teras tamadun islam ialah aqidah, syariat dan akhlak manakala tamadun lain berteraskan nafsu semata

6.

Tamadun Islam bersumberkan ;

i. al-Quran

ii. al-Sunnah

iii. al-jamik

iv. al-Qias

a)

i, ii dan iv

b)

i dan ii

c)

i, ii dan iii

d)

i, ii, iii dan iv

7.

Pengertian al-ijma' ialah ________________________

a)

Penjelasan kepada segala hukum-hakan yang terkandung dalam wahyu tak langsung

b)

Usaha mujtahid menyamakan sesuatu hukum bagi sesuatu masalah dengan sesuatu persoalan baru atas alasan atau sebab yang sama

c)

Menyamakan sesuatu yang tidak memiliki nas hukum dengan sesuatu yang ada nas hukum berdasarkan berdasarkan kesamaan illah

d)

Kesepakatan ulamak yang bertaraf mujtahid terhadap sesuatu hukum bagi sesuatu perkara pada satu-satu zaman

8.

Tamadun Islam berbeza daripada tamadun barat kerana tamadun islam _______________

a)

diresapi oleh idea-idea berasaskan rasionalisme semata-mata

b)

menolak wahyu sebagai sumber ilmu

c)

tidak memisahkan antara ilmu wahyu dengan ilmu intelek

d)

tidak berdasarkan kepada tauhid

9.

Salah satu sumber tamadun islam ialah pemikiran, pengalaman dan tamadun lain. apakah maksud pemikiran yang boleh dijadikan sebagai sumber tamadun islam tersebut.

a)

kekuatan hukum-hakam yang bersifat legal atau sah dan mengikat persoalan yang melalui proses yang benar

b)

kemampuan akal dalam mencetuskan idea bernas yang mendatangkan manfaat kepada peradaban manusia serta tidak bercanggah dengan konsep tauhid

c)

idea-idea bernas yang memberikan manfaat kepada peradaban manusia walaupun bercanggah dengan asas syariat

d)

pembinaan tamadun manusia secara fizikal dalam kehidupan manusia secara menyeluruh

10.

Sumbangan tamadun islam dalam perkembangan ilmu meliputi __________

a)

melahirkan budaya amar ma'ruf nahi munkar

b)

imej islam dipandang hebat oleh dunia barat

c)

wujud perpustakaan yang menjadi gedung ilmu

d)

kehidupan bermasyarakat dan bernegara mematuhi syariat