wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Dasar Luar Malaysia (Bahagian A)

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah yang berikut mempengaruhi dasar luar Malaysia?

a)

Kepimpinan politik serantau

b)

Wawasan pemimpin Malaysia

c)

Kedudukan ekonomi Malaysia

d)

Ideologi negara-negara serantau

2.

Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik negara tersebut.

Hubungan tersebut membantu Malaysia dari aspek

a)

pemindahan teknologi

b)

keselamatan dan keamanan

c)

kekuatan ketenteraan negara

d)

penyediaan guna tenaga pakar

3.

* Dasar luar yang berkecuali

* Dasar berbaik-baik dengan semua negara

Apakah ketetapan Malaysia berhubung dengan dasar luar dalam pernyataan di atas?

a)

Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain

b)

Sebarang pertikaian diselesaikan secara ketenteraan

c)

Mengadakan kerjasama bilateral dengan negara serantau

d)

Memberikan keutamaan terhadap kerjasama ekonomi dan kebudayaan

4.

Yang manakah faktor penentu dasar luar Malaysia?

a)

Matlamat antarabangsa

b)

Ideologi yang sama

c)

Sokongan kuasa besar

d)

Kedudukan geostrategik

5.

Yang manakah faktor penentu penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

a)

PBB mengutamakan hak asasi manusia

b)

PBB menerima semua negara tanpa mengira ideologi

c)

PBB melaksanakan kerjasama multilateral dalam perdagangan bebas

d)

PBB mengambil sikap berkecuali dalam hal ehwal dalaman negara lain

6.

Yang manakah objektif dasar luar Malaysia?

a)

Menjamin kedaulatan negara jiran

b)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

c)

Membantu penyelesaian masalah negara lain

d)

Menjamin kestabilan politik peringkat global

7.

Kepentingan nasional merupakan penentu dasar luar Malaysia.

Yang manakah faktor yang mempengaruhi penentuan dasar luar tersebut?

a)

Hubungan serantau

b)

Aspek sosiobudaya

c)

Keselamatan negara

d)

Hubungan perdagangan

8.

Kedudukan geostrategik negara menjadi satu daripada faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia kerana Malaysia mahu

a)

Mengelakkan pergantungan kuasa luar

b)

Menjamin keselamatan dari ancaman luar

c)

Mengelakkan keadaan rantau Asia Tenggara yang bermasalah

d)

Memastikan hubungan perdagangan antarabangsa berjalan lancar

9.

* Dasar luar yang aktif pada peringkat serantau dan antarabangsa.

* Dasar luar yang dinamik dan berkembang.

Ciri dasar luar Malaysia di atas dipengaruhi oleh perubahan

a)

Ideologi politik pemerintah

b)

Lokasi pentadbiran kerajaan pusat

c)

Status ekonomi negara

d)

Kepimpinan negara

10.

Kaedah:

* Rundingan

* Bertolak ansur

* Cara diplomasi

* Orang perantaraan

Pernyataan di atas merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh Malaysia untuk

a)

Menarik pelabur asing agar melabur secara massa ke Malaysia

b)

Mendapatkan hak melabur ekslusif di negara-negara berpotensi

c)

Menyelesaikan isu yang melibatkan pihak yang bertelagah

d)

Membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan di penjara di negara asing