Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Info Siber

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud buli siber?

a)

Perkara-perkara bertulis atau dalam bentuk gambar yang dipaparkan di alam siber bagi tujuan menghina atau memperlekehkan orang lain.

b)

Berkongsi maklumat secara berlebihan.

c)

Berkongsi maklumat palsu.

d)

Menghendap orang lain di alam siber.

2.

 

Mesej yang mengganggu, menghina dan mengancam atau berunsur ugutan merupakan pembulian siber. Betul atau Salah?

a)
Betul
b)
Salah
3.

Manakah antara perbuatan berikut BUKAN perbuatan buli siber?

a)

Komen yang menakutkan seseorang

b)

Membeli-belah online di Shopee

c)

Komen yang mengancam

d)

Komen yang memalukan

4.
Yang manakah merupakan kesan terhadap buli siber?
a)
Tekanan perasaan
b)
Muflis
c)
Gembira
d)
Peramah
5.
Apakah cara yang boleh dilakukan terhadap anak-anak bagi mengelakkan menjadi mangsa buli siber?
a)
Jangan memberikan telefon bimbit kepada anak-anak
b)
Menapis kawan anak-anak dalam FB/Instagram
c)
Didik anak tentang keselamatan internet dan etika melayari internet
d)
Meletakkan password pada setiap peranti di rumah
6.

Golongan manakah yang kerap menjadi mangsa buli siber?

a)

Kanak-kanak

b)

Remaja

c)

Orang Dewasa

d)

Semua golongan

7.

Berikut merupakan maklumat peribadi yang perlu dilindungi & dirahsiakn

a)

Jenama kereta

b)

Nama penuh

c)

Hobi

d)

Alamat

e)

Maklumat akaun bank

8.

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek berikut kecuali

a)

Keselamatan

b)

Tanggungjawab

c)

Kecuaian

d)

Keselamatan

9.

Berikut merupakan contoh media sosial kecuali

a)
b)
c)
d)
10.

Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain adalah salah satu tujuan Klik Dengan Bijak

a)

Betul

b)

Salah

11.

Semasa berkongsi sesuatu di media sosial, kita perlu fikir sebelum kongsi kerana

a)

Memastikan fakta tersebut betul atau tidak

b)

Memastikan sesuatu info itu boleh menjatuhkan reputasi orang lain

c)

Memastikan perkara yang dikongsi berfaedah atau tidak

12.

Jika anda adalah mangsa buli siber, apakah yang anda perlu lakukan

a)

Laporkan kepada guru, penjaga atau orang dewasa yang boleh dipercayai

b)

Membalas kata-kata pembuli tersebut dengan kata-kata kesat

c)

Abaikan pembuli siber itu

d)

Padam atau hentikan langganan

13.

Berikut adalah tip yang berguna jika seseorang yang baru mengenali anda di media sosial mahu berjumpa kecuali

a)

Boleh bertemu walau baru sahaja berkenalan

b)

Sila ambil masa dan fikir dahulu

c)

Bertemulah di tempat awam yang terbuka.

d)

Bila bertemu, ajaklah kawan rapat seorang dua sebagai peneman.

14.

Tip berkongsi info, gambar & video di laman sosial

a)

Kongsi gambar anda yang keseorangan di rumah

b)

Menghantar video memalukan sahabat

c)

Pastikan anda tidak mendedahkan terlalu banyak info mengenai diri anda atau keluarga anda.

d)

Setkan akaun anda sebagai peribadi kepada orang yang tidak dikenali

15.

Berikut merupakan cara menyimpan akaun dengan selamat

a)

Berikan kata laluan kepada sesiapa sahaja

b)

Tukar kata laluan sekerap mungkin- 3 bulan sekali

c)

Gunakan kata laluan yang sama untuk setiap akaun

d)

Cipta kata laluan menggunakan huruf besar & kecil

e)

Pastikan kata laluan anda mempunyai lebih daripada 8 aksara

16.

Utamakan privasi laman web anda bermaksud? Pilih SATU jawapan.

a)

Ketetapan privasi membenarkan anda memilih siapa yang boleh melihatnya dan siapa yang tidak.

b)

Memulaukan individu tertentu daripada sesuatu kumpulan Internet dengan sengaja.

c)

Jika ugutannya melarat dan anda rasa takut, laporkan kepada pihak polis

d)

Kesemua jawapan

17.

Siapakah yang dimaksudkan dengan PENGGODAM?

a)

Seorang yang mencipta dan mengubah suai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan komputer, pentadbiran, dan urusan-urusan yang berkaitan dengan keselamatan

b)

Seorang yang sedang melayari laman sosial di internet

c)

Seorang penjenayah yang melakukan kes rompakan bersenjata

18.

Adakah BULI SIBER boleh mendorong seseorang untuk membunuh diri, kemurungan dan depresi?

a)

TIDAK

b)

YA

19.

B menghadiri majlis ulang tahun A dan mengambil gambar A memotong kek, selepas itu B menghantar gambar tersebut kepada A melalui whatsapp, adakah perbuatan tersebut dikira sebagai BULI SIBER?

a)

TIDAK

b)

YA

20.

 

Berikut merupakan ciri-ciri PEMBULI SIBER KECUALI..

a)

Memuat naik komen atau gambar yang positif dan senonoh

b)

Mesej berbaur ancaman, gangguan dan ugutan

c)

Menyalahgunakan kata laluan atau nama online orang lain

d)

Memulaukan individu tersebut dari sesuatu kumpulan internet dengan sengaja