wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Konsep Syariah B1

Total questions: 11

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Syariah Islam boleh didefinisikan sebagai berikut, KECUALI...

a)

Semua hukum yang dicipta oleh Allah SWT untuk hambaNya.

b)

Semua hukum yang diperundangkan melalui al-Quran dan al-Hadith.

c)

Hukum-hukum yang berkaitan dengan akidah, ibadat, akhlak, muamalat, munakahat, jinayat dan sistem-sistem kehidupan dalam pelbagai aspek.

d)

Segala hukum yang berkaitan dengan pegangan akidah, iktikad, pemikiran Ahli Sunnah wal Jamaah dan yang sealiran dengannya.

2.

Prinsip-prinsip Syariah Islam adalah...

a)

Mudah diamalkan, beransur-ansur & saksama.

b)

Beransur-ansur, adil & mudah

c)

Berperingkat, sama rata & tidak susah

d)

Senang, mudah difahami & adil

3.

Antara prinsip Syariah Islam adalah memberi kemudahan. Maka, disyariatkan _____ jika terdapat kesulitan (masyaqqah).

a)

murunah

b)

hadanah

c)

rukhsah

d)

ibadah

4.

Sebahagian hukum dalam Syariah Islam diturunkan secara beransur-ansur bagi memudahkan manusia menerima hukum tesebut dan ______.

a)

mensucikannya.

b)

mendalaminya.

c)

memahaminya.

d)

mengamalkannya.

5.

Contoh hukum yang diturunkan secara berperingkat adalah...

a)

Pengharaman zina

b)

Kewajipan menuntut ilmu

c)

Kewajipan membayar hutang

d)

Pengharaman arak

6.

Syariah Islam menegakkan keadilan secara menyeluruh kepada semua manusia dalam aspek berikut, KECUALI...

a)

Keadilan sejagat

b)

Keadilan undang-undang

c)

Keadilan kewangan

d)

Keadilan sosial

7.

Syariah Islam adalah bersih daripada sebarang bentuk kezaliman dan kelemahan. Ini menunjukkan keistimewaan Syariah Islam dari segi...

a)

Alamiyyah

b)

Rabbaniyyah

c)

Syumul

d)

Kekal

8.

-Rahmat kepada seluruh alam

-Petunjuk kepada seluruh umat manusia

-Peraturan untuk manusia sejagat pada setiap masa dan tempat

Ciri-ciri di atas menunjukkan keistimewaan Syariah Islam yang bersifat...

a)

Mempunyai balasan duniawi dan ukhrawi

b)

Syumul

c)

Rabbaniyyah

d)

'Alamiyyah & 'Umumiyyah

9.

Turutan maslahah dalam Maqasid Syariah adalah seperti berikut...

i- Dharuriyyah

ii- Tahsiniyyah

iii- Syar'iyyah

iv- Hajiyyah

a)

i, iii dan iv

b)

i, iv dan ii

c)

iii, iv dan i

d)

iii, i dan ii

10.

Maqasid Syariah bertujuan untuk menjaga _______ dan menolak _______ bagi manusia menjalani kehidupan.

a)

kemudahan, kesusahan

b)

keseimbangan, kesulitan

c)

kemaslahatan, kemudharatan

d)

kebahagiaan, penderitaan

11.

Hierarki Prinsip Maqasid Syariah adalah seperti berikut...

i- Memelihara Akal

ii- Memelihara Nyawa

iii- Memelihara Agama

iv- Memelihara Harta

v- Memelihara Keturunan

a)

ii, i, iii, iv dan v

b)

ii, iii, iv, v dan i

c)

iii, ii, i, v dan iv

d)

iii, i, ii, iv dan v