WorksheetsKisah Rasul-Rasul Bab 19
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
Apakah jawapan orang Efesus yang percaya kepada Yesus tentang penerimaan Roh Allah?
Mereka belum pernah mendengar bahawa ada Roh Allah.
Mereka sudah menerima Roh Allah setelah dibaptis.
Apakah baptisan Yohanes yang diterangkan oleh Paulus?
Yohanes membaptis orang untuk menyatakan mereka sudah bertaubat daripada dosa dan dia memberitahu orang Israel supaya percaya kepada orang yang akan datang kemudian iaitu Yesus.
Yohanes membaptis mereka yang percaya kepada Yesus.
Berapa orang yang telah menerima Roh Allah selepas dibaptis oleh Paulus?
Kira-kira 12 orang
Kira-kira 14 orang
Apakah antara mukjizat yang dilakukan oleh Allah melalui Paulus?
Sapu tangan dan kain yang pernah dipakai oleh Paulus dibawa kepada orang sakit dah mengusir roh jahat daripada mereka.
Menggunakan nama Yesus untuk menyembuhkan mereka yang sakit.
Bagaimana beberapa orang Yahudi cuba mengusir roh jahat?
Cuba mengusir roh jahat dengan menggunakan nama Tuhan Yesus.
Membawa orang sakit itu bertemu dengan Paulus.
Apakah tindakan orang yang dirasuki itu ketika cuba disembuhkan oleh anak-anak ketua imam Yahudi?
Dia menyerang mereka dengan ganas dan mengalahkan mereka. Dia mencederakan dan mengoyakkan pakaian mereka sehingga mereka lari dari rumahnya.
Dia diam dan takut mendengar nama Yesus.
Siapakah yang diutus oleh Paulus ke Makedonia terlebih dahulu sementara dia tinggal lama di wilayah Asia?
Timotius dan Erastus.
Apolos dan Barnabas.
Apakah sebab rusuhan besar berlaku di Efesus?
Kerana ajaran Yesus
Kerana orang bukan Yahudi mula menerima Yesus.
Apakah kenyataan yang dibuat oleh Demetrius untuk menghasut orang tentang ajaran yang disampaikan oleh Paulus?
Perniagaan miliknya akan mendapat nama buruk dan orang tidak akan menghormati kuil Dewi Artemis dan kebesarannya akan lenyap.
Orang Yahudi akan ditindas oleh orang bukan Yahudi.
Siapakah yang berjaya menenteramkan orang ramai?
Setiausaha kota
Paulus
