wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEP TOPIK 4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara usaha yang dilakukan Kerajaan dalam membina kesatuan di Malaysia ialah mewujudkan sekolah aliran kebangsaan. Apakah maksud sekolah aliran kebangsaan?

a)

Satu sistem pendidikan aliran nasional negara yang dihuni oleh kaum Melayu sahaja.

b)

Satu sistem pendidikan aliran nasional negara yang dihuni oleh kaum berbilang bangsa.

c)

Dua sistem pendidikan aliran nasional negara yang dihuni oleh warganegara dan bukan warganegara.

d)

Tiga sistem pendidikan aliran nasional negara yang dihuni oleh kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

2.

Detik Perpaduan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat. Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan adalah seperti berikut:

i. Pergaulan di pasar

ii. Mengadakan majlis perkahwinan

iii. Menonton filem di pawagam

iv. Menghadiri tempat ibadat

a)

i, ii dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, ii dan iv

d)

i, iii dan iv

3.

Apakah maksud kesepaduan nasional?

a)

Penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang sama lalu menjadi satu entiti fizikal.

b)

Penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza lalu menjadi dua entiti fizikal. 

c)

Penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza lalu menjadi dua entiti fizikal.

d)

Penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza lalu menjadi satu entiti fizikal.

4.

Berikut adalah tujuan utama kewujudan kesepaduan sosial diasaskan oleh kerajaan KECUALI?

a)

Menjamin semua bangsa di Malaysia berada dalam keadaan aman dan harmoni. 

b)

Merupakan asas utama kepada keadaan yang stabil tanpa ada sebarang konflik dalam masyarakat di Malaysia.

c)

Sebagai formula penting untuk menguruskan masyarakat yang berbilang kaum dan agama khususnya di Malaysia.

d)

Sebagai asas penubuhan parti-parti politik mengikut kaum untuk bertanding dalam pilihanraya dan menjadi pemerintah.

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah Penyertaan – Ketakterlibatan?

a)

Ia merujuk kepada kewujudan atau ketidakhadiran nilai-nilai yang dikongsi dan perasaan identiti yang sama.

b)

Dimensi ini merujuk kepada tahap kesaksamaan dan peluang dalam kalangan warga dalam ekonomi khasnya pasaran.

c)

Ia berfokus kepada penyertaan dalam politik dalam kalangan rakyat sama ada di tahap pusat atau lokal dalam kerajaan.

d)

Dimensi ini merujuk kepada kebimbangan akan perbezaan atau toleransi dalam kepelbagaian dalam kalangan masyarakat.

6.

Antara langkah-langkah yang dicadangkan dalam menghadapi defisit sosial ialah:

i. Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Politik Federalisme. 

ii. Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Bahasa. 

iii. Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Etnisiti. 

iv. Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Agama

a)

i, ii dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, ii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah etos menurut Kamus Dewan?

a)

Sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era dan lain-lain

b)

Sifat ciri sesuatu agama, bangsa, budaya dan lain-lain.

c)

Sifat ciri sesuatu kaum, budaya, parti politik dan lain-lain

d)

Sifat ciri sesuatu parti politik, agama, cara hidup dan lain-lain.

8.

Usaha proses penyatupaduan oleh kerajaan ialah apabila terbinanya satu model integrasi kesepaduan nasional yang dinamakan sebagai Indeks Perpaduan Nasional 2018 (IPNas). Apakah model utama yang menjadi asas dalam menentukan indeks perpaduan?

a)

Perpaduan, kesetiaan dan penyatupaduan.

b)

Perpaduan, pemulihan dan penyatupaduan

c)

Perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan

d)

Perpaduan, kemerdekaan dan penyatupaduan

9.

Konstruk Tahap Keetnikan mempunyai 3 komponen iaitu:

a)

Keetnikan, kemodenan dan kestabilan

b)

Material, Kemodenan dan kestabilan

c)

Material, tuntutan sosial dan tindakan gantian.

d)

Hubungan etnik antara individu, hubungan etnik dalam komuniti dan tahap keaktifan penyertaan dalam institusi.

10.

Yang manakah antara berikut adalah contoh proses integrasi melibatkan kesepaduan dari atas ke bawah?

a)

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang bersifat kelompok dan strategik.

b)

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai pengagih habuan pembangunan

c)

Pelaksanaan ‘Street Wedding’ iaitu majlis perkahwinan rakyat.

d)

Ahli politik dalam satu kawasan parlimen yang turun membantu pengundi di dalam parlimennya.