Font size
WorksheetsMasyarakat Maju Tanpa Rasuah
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Berdasarkan gambar yang diberi, apakah perbuatan yang dilakukan?
Memberi sedekah
Menunaikan zakat
Membayar kutu
Memberi rasuah
Apa itu rasuah?
Suatu pemberian yang diberikan kepada seseorang untuk membenarkan sesuatu yang salah atau membatalkan sesuatu yang benar.
Perbuatan yang mengharamkan yang salah dan mengharuskan yang samar.
Perbuatan yang menggalakkan yang benar.
Perbuatan yang mengelakkan kemiskinan masyarakat.
Antara yang berikut, manakah Hadis yang mengharamkan Rasuah?
لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِى الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا
وَإِنَّ فَضْلَ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ
إِذَا أَعْطَى اللهُ أَحَدَكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ
Yang manakah contoh yang betul menunjukkan situasi rasuah.
Ali memberikan sepasang baju kepada ayahnya tanda kasih sayangnya.
Pak Abu membeli kereta dan mendapat rebate sebanyak RM9000.
Sofia sangat rajin bekerja dan dia dinaikkan pangkat pada bulan berikutnya.
Maria memandu dengan had laju yang berlebihan dan dia disaman akibat tindakannya itu. Untuk menyelesaikan kes tersebut, Maria menyogok pegawai polis tersebut sebanyak RM 1000.
Apakah akibat kepada negara jika Rasuah dibiarkan berleluasa?
Berlaku peningkatan jumlah banduan dalam penjara.
Ekonomi negara akan bertambah maju.
Ramai pelabur yang akan datang melabur ke negara kita.
Negara tidak akan maju kerana berlaku banyak penipuan.
Pilih pernyataan yang BETUL tentang perbuatan Rasuah.
Dato Sri Hajah Reena memberikan duit kepada orang miskin dan anak-anak yatim.
Tan Sri Zafran memberi hadiah mewah kepada YB Dato Afif kerana telah membantunya mendapatkan Projek Mega.
Datin Sri Farzana berjaya mencari dana untuk membantu persatuan ibu-ibu tunggal.
Professor Aniq berjaya menemui vaksin COVID-19 dengan cepat selepas menerima dana sumbangan.
Apakah perbuatan Rasuah yang mungkin boleh berlaku dalam kalangan murid-murid sekolah?
Asma belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran.
Atasha akan belanja makan di kantin sekolah sekiranya dia dipilih menjadi ketua kelas.
Hazimah dipilih menjadi ketua pelajar selepas melalui temuduga di Bilik Kaunseling.
Farid mendapat hadiah selepas membantu guru mengangkat barang-barang.
Apakah usaha yang boleh dibuat agar amalan Rasuah dalam kalangan masyarakat dapat dihentikan?
Meminta polis dan tentera menembak mati si pesalah.
Memantapkan penyebaran ajaran agama dan nilai-nilai murni kepada masyarakat melalui media massa.
Memberi wang kepada mereka yang memerlukan supaya tidak berlaku rasuah.
Sentiasa bekerja untuk mengharapkan habuan yang berlipat kali ganda.
Sebagai seorang murid, apakah tindakan yang kamu akan lakukan sekiranya rakan kamu cuba memberi rasuah kepada kamu?
Menolak pemberian dan melaporkan kepada guru.
Menerima pemberian.
Bergaduh dengan rakan tersebut.
Viralkan di media sosial.
Di negara Malaysia, apakah badan yang bertanggungjawab untuk mencegah rasuah?
Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Kita mesti menjauhi rasuah kerana Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w ........................pemberi dan penerima rasuah.
memuji
menyukai
melaknat
mencaci
Ciri-ciri pengamal rasuah kecuali
tamak dengan harta
hidup mewah tanpa usaha setimpal
patuh dan taat perintah Allah dan Rasul
mendapat jawatan dengan mudah tanpa usaha
KESAN RASUAH ADALAH SEPERTI BERIKUT KECUALI
DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT
MENJATUHKAN MARUAH DIRI
MENIMBULKAN PERBALAHAN DAN PERMUSUHAN
HIDUP TIDAK DIBERKATI
PERKATAAN "RASUAH" DALAM JAWI YANG BETUL ADALAH
رشواه
رسواه
رﺻﻮاﻩ
رﺛﻮاﻩ
APAKAH PENGAJARAN DARIPADA HADIS LARANGAN RASUAH
KITA PERLU MENGAMALKAN RASUAH
RASUAH ADALAH PERBUATAN YANG SANGAT KEJI DAN BERDOSA
RASUAH ADALAH PERBUATAN YANG PERLU DILAKUKAN JIKA TERDESAK UNTUK DIBUAT
PEMBERIAN HADIAH PERLU DIBUAT UNTUK MENDAPAT PENGHARGAAN
