Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz bahasa 910/1 Sejarah dan Fonologi

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Filum mempunyai pengertian sebagai

a)

bahasa yang berusia melebihi 5000 tahun

b)

bahasa yang mempunyai hubungan kekerabatan

c)

bahasa yang berusia antara 2500 tahun hingga 5000 tahun

d)

bahasa yang mempunyai penyimpangan yang sedikit

2.

Tokoh yang menyokong hipotesis tentang kedatangan orang Melayu daripada luar Nusantara ialah

a)

C. A Mees

b)

R.H Geldren

c)

William Marsden

d)

John Crawfurd

3.

Salah satu Rumpun Oceanesia ialah

a)

Melanesia

b)

Austroasia

c)

Sumatera

d)

Hesperanesia

4.

Yang manakah TIDAK BENAR tentang bahasa Melayu kuno?

a)

berkembang pada era kerajaan Sriwijaya

b)

bahan buktinya tercatat pada batu bersurat dan manuskrip Melayu lama

c)

Pengaruh bahasa sanskrit yang ketara

d)

berkembang pada abad ke-7 hingga abad ke-14

5.

Pernyataan yang tidak benar tentang bahasa Melayu kuno ialah

a)

penggunaan bahasa dalam yang ketara dalam bahan bukti bahasa berkenaan

b)

pengaruh kosa kata Sanskrit meluas khususnya dalam konsep agama dan budaya

c)

kata kerja aktif tak transitif ditanda melalui imbuhan 'mar'

d)

konsonan letupan bibir bersuara menggantikan konsonan separuh vokal dua bibir bersuara

6.

Dihasilkan pada abad ke-9 dan menggunakan tulisan daripada utara India. Batu bersurat ini ialah

a)

Kota Kapur

b)

Kedukan Bukit

c)

Gandasuli

d)

Bangkahulu

7.

Ayat yang manakah menunjukkan ciri bahasa Melayu klasik iaitu penggunaan ayat pasif?

a)

maka tuan Puteri pun berdatang sembah

b)

Adapun keberangkatan tuanku di sana sudahlah patik tahu

c)

Kalakian dipelihara oleh merekalah akan anak itu seadanya

d)

Baginda menitahkan bendahara datang mengadap

8.

perkataan manakah yang mengandungi huruf Arab yang diubah dalam huruf Jawi pada zaman bahasa Melayu klasik?

a)

fikir

b)

dalam

c)

pulau

d)

tasik

9.

Pernyataan yang TIDAK berkaitan dengan perancangan taraf bahasa Melayu ialah

a)

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa baku

b)

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

c)

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pada tahun 1967

d)

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan pada tahun 1957

10.

Tokoh bahasa pada zaman bahasa Melayu moden pascamerdeka ialah

a)

Munsyi Abdullah

b)

Zainal Abidin bin Ahmad

c)

Raja Ali Haji

d)

Asmah Hj. Omar

11.

Antara yang berikut, perkataan yang manakah mengandungi ciri-ciri berikut?

1. Depan lidah diturunkan serendah-rendahnya pada huruf pertama bagi suku kata pertama.

2. Letupan bibir bersuara merupakan konsonan pada huruf awal suku kata kedua

a)

impak

b)

ambil

c)

untuk

d)

empat

12.

depan lidah berada dalam keadaan serendah-rendahnya, kemudian DIGELUNCURKAN ke belakang lidah yang berada dalam keadaan setinggi-tingginya.

Perkataan yang manakah mengandungi unsur pada pernyataan di atas?

a)

Ialah

b)

air

c)

aura

d)

aishah

13.

Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan sengauan lelangit keras bersuara pada suku kata akhir perkataan?

a)

hanya

b)

nyala

c)

ngaum

d)

belang

14.

apakah ciri yang membezakan konsonan awal pada dua perkataan berikut?

1. ceri

2. peri

a)

konsonan pinjaman ataun asli bahasa Melayu

b)

laluan udara sama ada ada sekatan ataupun tidak

c)

pita suara bergetar atau tidak

d)

cara udara dilepaskan

15.

semua yang berikut benar tentang bunyi konsonan KECUALI

a)

semasa menghasilkan bunyi konsonan, pita suara tidak digetarkan

b)

sesetengah bunyi konsonan bersuara, sesetengahnya tidak bersuara

c)

semua bunyi konsonan sengauan bahasa Melayu memerlukan getaran pita suara

d)

semasa menghasilkan bunyi konsonan, udra dari paru-paru mengalami halangan

16.

1. mua-mula bibir bawah dirapatkan ke gigi atas.

2. seterusnya belakang lidah diturunkan 1/2 dan bibir dalam keadaan bundar.

3. akhir sekali , hujung lidah dirapatkan ke gigi-gusi dan udara keluar melalui rongga hidung.

gabungan tiga cara penghasilan bunyi di atas akan menghasilkan kata

a)

van

b)

fon

c)

bun

d)

pin

17.

Perkataan yang mengandungi bunyi tambahan jenis pembibiran [labialisasi] ialah

a)

kuasa

b)

lawan

c)

biaya

d)

bayang

18.

Pilih perkataan yang mengandungi struktur suku kata yang terdiri daripada KVK + KV?

a)

tarikh

b)

mangga

c)

dengkur

d)

simpang

19.

Yang manakah pola yang TDAK ADA dalam 18 pola kesalarasan vokal bahasa Melayu?

a)

a-a

a-i

a-u

b)

u-a-

u-i

u-u

c)

e taling - a

e taling- e taling

e taling - o

d)

e taling a

e taling i

e taling u

20.

vokal depan separuh sempit terdapat pada frasa

a)

kaki tangan

b)

nasi lemak

c)

warna perang

d)

angkat kaki