Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPMC Set 4

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 1 menunjukkan susunan kaedah bantuan kecemasan kepada orang dewasa. Antara berikut, yang manakah menunjukkan kaedah pada X di Rajah 1?

a)

Tekanan dada sebanyak 30 kali diikuti dengan 2 kali hembusan mulut ke mulut

b)

Dengar bunyi hembusan nafas daripada mulut dan hidung mangsa

c)

Hubungi talian kecemasan 999

d)

Tekanan dada dilakukan pada kadar 100 – 120 tekanan per minit

2.

Suhu badan normal manusia ialah 36.9oC. Antara berikut yang manakah tidak menyebabkan suhu badan mengalami peningkatan?

a)

Bekerja di dalam bilik berhawa dingin

b)

Mendapat jangkitan bakteria atau virus

c)

Strok haba

d)

Senaman berat

3.

Jadual 1 menunjukkan carta bagi Jisim Indeks Badan (BMI).

Yasmin mempunyai jisim badan 60 kg dan ketinggian 160 cm.

Antara berikut, apakah kategori Jisim Indeks Badan (BMI) bagi Yasmin?

BMI = Jisim (kg) / Ketinggian2 (m2)

a)

Kurang jisim badan

b)

Jisim badan unggul

c)

Berlebihan jisim badan

d)

Obesiti

4.

Rajah 2 menunjukkan dua jenis kenderaan. Apakah kesan penggunaan kenderaan di dalam Rajah 2 dalam usaha melestarikan alam sekitar?

a)

Ekonomi negara terjejas

b)

Pengurangan gas rumah hijau

c)

Peningkatan gas rumah hijau

d)

Penggunaan bahan api fosil bertambah

5.

Antara berikut, yang manakah merupakan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan jejak kaki karbon?

a)

Memperkenalkan model baharu kenderaan bermotor

b)

Mengadakan pertandingan yang bertemakan Teknologi Hijau seperti reka bentuk produk mesra alam dan kereta solar

c)

Pembakaran terbuka

d)

Pertambahan kilang-kilang perindustrian

6.

Pernyataan di bawah menerangkan gejala bagi penyakit akibat mutasi yang dihidapi oleh seorang individu. Antara berikut, yang manakah benar bagi menerangkan penyakit ini?

a)

Perubahan kimia berlaku pada sesuatu gen

b)

Kehadiran satu kromosom X tambahan membentuk kromosom XXY

c)

Kehadiran satu kromosom tambahan pada pasangan autosom ke-21

d)

Kekurangan satu kromosom X

7.

Rajah 3 menunjukkan satu teknologi kejuruteraan genetik. Apakah produk yang dapat dihasilkan melalui teknologi di dalam Rajah 3?

a)

Insulin

b)

Pokok kelapa sawit

c)

Vitamin C

d)

Alkohol

8.

Antara berikut, manakah merupakan contoh variasi selanjar pada manusia?

a)

Jenis kumpulan darah

b)

Jantina

c)

Warna kulit

d)

Jenis cuping telinga

9.

Rajah 4 menunjukkan graf bagi pola pertumbuhan untuk satu jenis organisma. Apakah proses W?

a)

Respirasi

b)

Ekdisis

c)

Fotosintesis

d)

Pergerakan

10.

Rajah 5 menunjukkan seorang atlet melakukan senaman angkat berat.Antara berikut, yang manakah menunjukkan pergerakan otot biseps dan triseps semasa keadaan P dan keadaan Q?

a)

b)

c)

d)

11.

Rajah 6 menunjukkan seorang lelaki yang menghidapi suatu penyakit akibat ketidakseimbangan hormon. Antara berikut, kelenjar manakah yang menyebabkan penyakit ini?

a)

Kelenjar pituitari

b)

Pankreas

c)

Kelenjar adrenal

d)

Kelenjar tiroid

12.

Antara berikut, pasangan jenis dadah dan contoh dadah manakah yang benar?

a)

b)

c)

d)

13.

Rajah 7 menunjukkan susunan atom bagi unsur helium. Apakah zarah subatom X?

a)

Elektron

b)

Neutron

c)

Proton

d)

Nukleon

14.

Pasangan unsur yang manakah mempunyai sifat kimia yang sama?

a)

P dan Q

b)

Q dan R

c)

P dan S

d)

S dan T

15.

Rajah 9 menunjukkan dua jenis baja, P dan Q. Seorang petani ingin menggantikan penggunaan Baja P kepada Baja Q kerana ianya lebih murah. Namun begitu, beliau tidak pasti sama ada tanaman beliau dapat menyerap Baja Q dengan lebih baik berbanding Baja P. Apakah isotop yang sesuai digunakan oleh petani tersebut bagi mengkaji perbandingan antara kadar penyerapan Baja P dan Baja Q dalam tanamannya?

a)

Karbon-14

b)

Fosforus-32

c)

Natrium-24

d)

Kobalt-60

16.

Jadual 2 menunjukkan komposisi unsur dalam sejenis aloi. Antara berikut, yang manakah benar mengenai sifat serta kegunaan aloi tersebut?

a)

b)

c)

d)

17.

Rajah 10 menunjukkan penghasilan molekul polietena daripada molekul etena melalui proses X. Apakah proses X?

a)

Penyulingan

b)

Pemvulkanan

c)

Pengesteran

d)

Pempolimeran

18.

Rajah 11 menunjukkan seorang lelaki yang mengalami satu gejala kerana dijangkiti oleh bakteria. Antara ubat berikut, yang manakah dapat menyembuhkan gejala lelaki tersebut?

a)

Streptomisin

b)

Aspirin

c)

Parasetamol

d)

Haloperidol

19.

Antara berikut, yang manakah menerangkan fungsi bahan aktif dalam sesuatu produk?

a)

Melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan sesuatu produk

b)

Menyebabkan produk menjadi tidak stabil dan reaktif

c)

Komponen dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penyembuhan atau pencegahan penyakit

d)

Bahan yang diperoleh secara semula jadi tanpa diproses secara kimia

20.

Rajah 12 menunjukkan satu eksperimen bagi mengkaji keadaan jatuh bebas. Balang diletakkan dalam keadaan vakum sebelum eksperimen dimulakan. Selepas eksperimen dijalankan, didapati bahawa bulu ayam dan batu jatuh secara serentak di dasar balang. Mengapakah keadaan ini berlaku?

a)

Kedua-dua batu dan bulu ayam mempunyai saiz yang sama

b)

Graviti yang kecil menyebabkan bulu ayam dan batu jatuh serentak

c)

Batu lebih berat daripada bulu ayam

d)

Tiada rintangan udara

21.

Rajah 13 menunjukkan permainan blok Jenga. Pemain perlu menarik blok kayu di bahagian bawah susunan blok Jenga ini tanpa menyebabkan blok Jenga daripada runtuh. Mengapakah blok yang berada di bahagian atas Jenga tidak jatuh sekiranya blok ditengah ditarik dengan cepat?

a)

Inersia blok Jenga mengekalkan keadaan asalnya iaitu keadaan pegun

b)

Jisim blok jenga bertambah menyebabkan ia jatuh

c)

Kesan negatif inersia bertindak ke atas blok jenga

d)

Geseran antara blok Jenga berlaku

22.

Rajah 14 menunjukkan penghasilan sisa radioaktif daripada stesen jana kuasa nuklear. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan kesan buruk daripada sisa radioaktif yang terhasil daripada stesen jana kuasa nuklear?

a)

Membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit

b)

Pencemaran alam untuk jangka masa panjang

c)

Janin yang cacat

d)

Mutasi sel yang boleh menyebabkan kanser

23.

Rajah 15 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji salah satu faktor yang mempengaruhi pertumbuhan bakteria. Selepas 2 hari, keputusan eksperimen adalah seperti berikut.

5oC - Jernih

37oC - Keruh

70oC - Jernih

Mengapakah suhu yang terlalu rendah menyebabkan keadaan bubur nutrien kekal jernih?

a)

Mampu membunuh bakteria

b)

Merencatkan pertumbuhan bakteria

c)

Meningkatkan aktiviti bakteria

d)

Tiada cahaya yang membantu pertumbuhan bakteria

24.

Rajah 16 menunjukkan makanan P dan Q yang masing-masing dihasilkan tanpa mikroorganisma K dan dengan mikroorganisma K. Apakah mikroorganisma K?

a)

Alga

b)

Yis

c)

Kulat

d)

Protozoa

25.

Rajah 17 menunjukkan pertumbuhan akar bagi tumbuhan P dan tumbuhan Q dari spesies yang sama. Apakah yang menyebabkan pertumbuhan akar P berbeza daripada akar Q?

a)

Kekurangan nutrien boron

b)

Kekurangan nutrien fosforus

c)

Kekurangan nutrien nitrogen

d)

Kekurangan nutrien zink

26.

Rajah 18 menunjukkan satu fenomena alam semula jadi. Bagaimanakah fenomena ini membantu mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam alam sekitar?

a)

Tenaga yang terhasil mengoksidakan nitrogen dalam udara

b)

Menukarkan ion nitrit kepada ion nitrat

c)

Menukarkan ion nitrat dalam tanah kepada gas nitrogen

d)

Menguraikan protein haiwan dan tumbuhan kepada sebatian ammonium

27.

Rajah 19 menunjukkan graf perubahan kuantiti hasil tindak balas melawan masa. Antara berikut, yang manakah mewakili lengkung X dan Y?

a)

b)

c)

d)

28.

Rajah 20 menunjukkan eksperimen mengkaji kadar tindak balas kalsium karbonat dengan 5 ml larutan asid sulfurik cair. Antara set A, B, C dan D, yang manakah menghasilkan kadar tindak balas yang paling tinggi?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

29.

Rajah 21 menunjukkan proses Haber bagi menghasilkan ammonia. Antara berikut, yang manakah boleh menyebabkan kadar tindak balas bagi menghasilkan ammonia berkurangan?

a)

Suhu W ialah 400oC

b)

Suhu W ialah 500oC

c)

Bahan X ialah serbuk ferum

d)

Tekanan pada pemampat ialah 200 atm

30.

Rajah 22 menunjukkan kitar karbon. Antara yang berikut yang manakah menerangkan kepentingan kitar karbon?

a)

Proses Q mengurangkan kandungan karbon dioksida dalam udara.

b)

Proses P menambah kandungan wap air dalam udara

c)

Proses Q menambah kandungan oksigen dalam udara

d)

Proses R mengurangkan kandungan karbon dioksida dalam udara

31.

Rajah 23 menunjukkan contoh sebatian karbon. Antara berikut, yang manakah merupakan jenis sebatian karbon yang sama seperti bahan dalam Rajah 23?

a)

Petroleum

b)

Karbon dioksida

c)

Kalsium oksida

d)

Nilon

32.

Rajah 24 menunjukkan satu eksperimen makmal bagi menghasilkan Bahan J. Produk manakah yang boleh dihasilkan menggunakan Bahan J?

a)

Antiseptik

b)

Antibiotik

c)

Minyak wangi

d)

Bahan api

33.

Rajah 25 menunjukkan beberapa jenis makanan. Antara berikut, yang manakah benar mengenai jenis lemak yang boleh ditemui dalam makan pada Rajah 25?

a)

Bilangan atom hidrogen dalam molekul belum mencapai maksimum

b)

Keadaan cecair pada suhu bilik

c)

Kandungan kolesterol yang lebih tinggi

d)

Takat lebur yang rendah

34.

Rajah 26 menunjukkan keratan rentas sebiji buah kelapa sawit. Antara bahagian A, B, C, dan D, yang manakah menghasilkan kuantiti minyak sawit paling banyak?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

35.

Rajah 27 menunjukkan proses penyaduran kunci besi. Antara berikut, yang manakah merupakan katod dan larutan P?

a)

b)

c)

d)

36.

Rajah 28 menunjukkan satu sel kimia ringkas. Mengapakah mentol dalam sel kimia ringkas ini menyala?

a)

Jus lemon ialah elektrolit

b)

Mentol menghasilkan tenaga elektrik

c)

Plat kuprum adalah konduktor

d)

Plat plumbum menjadi ion.

37.

Rajah 29 menunjukkan dua sinar cahaya dari satu titik pada objek melalui kanta cembung yang nipis. Antara berikut, yang manakah benar mengenai jenis dan saiz imej yang terbentuk?

a)

b)

c)

d)

38.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan tentang prinsip Pascal?

a)

Tekanan yang dihasilkan oleh bendalir yang bergerak dengan kelajuan tinggi adalah lebih rendah

b)

Tekanan yang dipengaruhi oleh kedalaman bendalir di dalam suatu bekas

c)

Tekanan dipindahkan secara seragam dalam bendalir ke semua arah dalam sistem tertutup

d)

Tekanan yang dikenakan oleh objek dengan luas permukaan yang kecil adalah lebih rendah

39.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang halaju satelit untuk satelit kekal dalam orbit?

a)

Halaju satelit adalah sama bagi semua ketinggian orbit

b)

Semakin rendah orbit satelit, semakin rendah halaju satelit

c)

Semakin tinggi orbit satelit, semakin tinggi halaju satelit

d)

Semakin tinggi orbit satelit, semakin rendah halaju satelit

40.

Sistem Penentu Sejagat (GPS) merupakan salah satu sistem pandu arah satelit yang berfungsi sehingga ke hari ini. Antara yang berikut, yang manakah adalah format koordinat GPS bagi satu lokasi?

a)

Darjah desimal

b)

Darjah Celsius

c)

Darjah Fahrenheit

d)

Darjah, masa dan saat