NEW
Font size
WorksheetsKATEGORI GURU_TEKA PERIBAHASA BAHASA MELAYU & BAHASA ARAB
Total questions: 15
Worksheet time: 14mins
SOALAN: PADANKAN SITUASI DI BAWAH DENGAN PERIBAHASA YANG SESUAI.
Selaku bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail mengingatkan kepada Luqman Hakim Shamsudin, setiap keputusan yang dibuat perlu difikir sebaik-baiknya supaya tidak tersalah membuat sesuatu pilihan.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk mati di tengah - tengahnya
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
SOALAN: PADANKAN SITUASI DI BAWAH DENGAN PERIBAHASA YANG SESUAI.
Tindakan Ismail berhenti kerja sebelum ditawarkan pekerjaan baru membawa padah pada dirinya.
Buang yang keruh dan ambil yang jernih
Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Seperti lembu dicucuk hidung
SOALAN: PADANKAN SITUASI DI BAWAH DENGAN PERIBAHASA YANG SESUAI.
Persahabatan antara Halil dan juga Hamzah sangat akrab. Hal ini kerana mereka telah berkawan sejak di bangku sekolah hinggalah kedua-dua mereka sudah berumah tangga.
Bagai aur dengan tebing
Bagai isi dengan kuku
Air yang dicincang tidak akan putus
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
SOALAN: PADANKAN SITUASI DI BAWAH DENGAN PERIBAHASA YANG SESUAI.
Usaha yang dilakukan oleh Jailani selama ini mendatangkan hasil kerana projek perikanan yang dihasilkannya selama ini secara bertungkus lumus mendatangkan kejayaan kepadanya.
Belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam
Buang yang keruh ambil yang jernih
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
SOALAN: PADANKAN SITUASI DI BAWAH DENGAN PERIBAHASA YANG SESUAI.
Setelah setahun tidak bertegur sapa, akhirnya Ahmad dan abangnya Abu berbaik semula.
Bagai aur dengan tebing
Bagai isi dengan kuku
Bersatu teguh. bercerai roboh
Air yang dicincang tidak akan putus
SOALAN: BERIKAN MAKSUD PERIBAHASA DI BAWAH.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Orang lain yang bersusah payah berbuat kebajikan tetapi orang lain pula yang mendapat pengiktirafan dan pujian.
Seseorang yang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain atau orang yang selalu menurut kemahuan orang
Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal
SOALAN: BERIKAN MAKSUD PERIBAHASA DI BAWAH.
Belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam.
Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan sedikit demi sedikit lama-kelamaan berhasil juga.
Jika mempunyai cita-cita dan usaha, seseorang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya
Seseorang yang bodoh sekiranya rajin belajar, akhirnya akan pandai juga.
SOALAN: BERIKAN MAKSUD PERIBAHASA DI BAWAH.
Bagai aur dengan tebing
Persahabatan yang sangat akrab/ Orang atau masyarakat yang hidup saling bantu-membantu dan tolong-menolong.
Seseorang yang meninggalkan pekerjaan lamanya yang tidak baik dan memulakan penghidupan yang baru.
Kalau bersatu menjadi kuat tetapi sekiranya berpecah akan menjadi lemah.
SOALAN: BERIKAN MAKSUD PERIBAHASA DI BAWAH.
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Menggambarkan perangai orang yang tamak, walaupun sudah memiliki harta yang banyak namun masih ingin mendapatkan lebih banyak lagi, akhirnya apa yang dihajati itu tak tercapai bahkan apa yang telah miliki turut lesap.
Sekiranya orang-orang besar berselisih atau bergaduh, orang-orang di bawahnya yang akan mendapat kesusahan
Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan sedikit demi sedikit lama-kelamaan berhasil juga.
SOALAN: BERIKAN PERIBAHASA YANG SESUAI BAGI MAKSUD YANG DIBERI.
Sesuatu nasihat yang tidak dihiraukan sama sekali.
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk mati di tengah-tengah
SOALAN: BERIKAN MAKSUD PERIBAHASA ARAB DI BAWAH.
وَمَااللَّذَّةُ إِلاَّ بَعْدَ التَّعَبِ
Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
Tiada kenikmatan kecuali setelah kepayahan.
SOALAN: BERIKAN MAKSUD PERIBAHASA ARAB DI BAWAH.
خَيْرُ الأَصْحَابِ مَنْ يَدُلُّكَ عَلىَ الخَيْرِ
Sebaik-baik teman itu ialah yang menunjukkan kamu kepada kebaikan.
Sebaik-baik teman duduk pada setiap waktu adalah buku
SOALAN: BERIKAN MAKSUD PERIBAHASA ARAB DI BAWAH.
اُطْلُبُوا العِلْمَ مِنَ المَهْدِ إِلىَ اللَّحْدِ
Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
Ilmu tanpa amalan bagaikan pohon yang tidak berbuah
الوَقْتُ أَثْمَنُ مِنَ الذَّهَبِ
العَقْلُ السَّلِيْمُ فيِ الجِسْمِ السَّلِيْمِ
لَوْلاَ العِلْمُ لَكَانَ النَّاسُ كَالبَهَائِمِ
اُطْلُبُوا العِلْمَ مِنَ المَهْدِ إِلىَ اللَّحْدِ
