NEW
Font size
WorksheetsZILA 2018
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Pasukan bola baling sekolah kami menang ________ dalam perlawanan
akhir peringkat daerah.
tipis
nipis
kecil
sedikit
Pak Mail tidak dapat mengemudikan perahunya yang ________ dipukul ombak.
terliang-liuk
terolang-aling
terkontang-kanting
terpontang-panting
Cikgu Osman __________ pelbagai kicauan burung melalui telefon pintar kepada murid-muridnya.
melagukan
merakamkan
membunyikan
memperdengarkan
Tumbesaran badan akan terjejas _________ mudah dijangkiti penyakit, _______________ badan kita kurang zat.
dan .. jika
serta... ketika
dengan... serta
sekiranya.. lalu
Air yang bertakung di atas tikar getah itu _________ sejat selepas terdedah kepada sinaran matahari yang terik.
masih
hendak
pernah
telah
Guru besar _____________ gong semasa majlis pelancaran Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah.
menghayun
mencanang
menumbuk
memalu
Menteri Besar mengiringi _________ Sultan Perak ke majlis perasmian masjid baharu itu.
keputeraan
pemasyhuran
keberangkatan
persemayaman
Sarah dan adiknya gemar mengumpul _________ jenis setem luar negara.
setengah
semua
seluruh
sekalian
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
sudah jatuh ditimpa tangga.
hilang di mata di hati jangan.
sudah terhantuk baru tengadah.
harapkan pagar, pagar makan padi.
Beberapa ekor ayam mencakar tanah untuk mencari makanan di belakang rumah nenek.
Pilih perkataan sinonim bagi mencakar.
menggores
mengorek
menyisir
mengais
Budak lelaki itu kelihatan gagap ketika menjawab soalan yang diajukan oleh guru.
Pilih perkataan antonim bagi gagap.
bijak
petah
cepat
lantang
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Pengusaha pasar raya itu sentiasa memberikan layanan mesra kepada para pelanggannya.
Bagaimanakah pengusaha pasar raya itu menarik hati para pelanggannya?
Bilakah pengusaha pasar raya itu membuat para pelanggannya berasa
puas hati'?
Siapakah yang melayan para pelanggannya yang mesra di pasar raya itu?
Mengapakah pengusaha pasar raya itu melayan para pelanggannya?
Pilih ayat yang betul.
Rumahnya sangat besar kecuali tidak dicat dengan sempurna.
Encik Hisham selalu pergi dalam hutan untuk mencari rotan.
Jurutera itu meninjau-ninjau tapak pusat latihan pertanian itu.
Padang yang luas memudahkan semua murid-murid bergerak bebas.
Pilih ayat yang betul.
Ibu berpesan kepada adik agar tidak bising kerana berada di dalam kelas.
Manakala memakai kasut, abang meminta wang saku daripada ibu.
Adik berasa gembira semenjak hari ini dia mula bersekolah tadika.
Kakak mengelap badan adik lalu memakaikannya pakaian.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Cerita rakyat merupakan salah satu cabang sastera tradisional yang perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak.
Salah satu cabang cerita rakyat daripada sastera tradisional perlu diketahui
dan dihayati oleh kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu menghayati dan mengetahui sastera tradisional sebagai
salah satu cabang cerita rakyat.
Kanak-kanak perlu mengetahui dan menghayati cerita rakyat sebagai satu
daripada cabang sastera tradisional.
Cerita rakyat dan tradisional perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak
sebagai salah satu cabang sastera.
