WorksheetsZILA 2019
Total questions: 17
Worksheet time: 9mins
Petugas kaunter : Boleh saya bantu kamu?
Pemuda : Jika _________ ingin mengirim bungkusan ini, _________ bayaran yang dikenakan?
saya ... berapakah
mereka ... apakah
kami ... di manakah
awak ... bagaimanakah
Amirul asyik memerhatikan cahaya _________ yang berterbangan berhampiran khemahnya pada waktu malam.
rama-rama
kupu-kupu
riang-riang
kunang-kunang
Jelas kelihatan ikan-ikan berenang di dalam sungai kerana airnya jernih ________.
agak
amat
terlalu
paling
Swee Lan gagal menghantar e-mel kerana ________ Internet di kawasan itu kurang baik.
tercapaikan
mencapai
capaian
dicapai
Pemuda itu merupakan jurutera yang berpengalaman ____________ dalam bidang kejuruteraan elektrik.
kukuh
tinggi
jauh
luas
Kapal peronda itu ________ bot nelayan asing yang menceroboh kawasan perairan Malaysia.
menunda
membawa
memandu
menolak
Pendengar berasa terhibur dengan celoteh _______ radio itu setiap pagi.
juruacara
jurucakap
juruhebah
jurubahasa
Filem P. Ramlee __________ mendapat sambutan walaupun telah ditayangkan berulang kali.
harus
masih
sudah
hendak
Pilih peribahasa yang sesuai.
Usahlah bersikap seperti __________ hanya bercakap banyak tetapi sebenarnya tidak mempunyai ilmu.
tin kosong
mulut murai
bertih digoreng
mulut tempayan
Pilih peribahasa yang sesuai.
Suzana merupakan anak tunggal Encik Said. Dia diberikan sepenuh kasih sayang ibarat _____________.
bulan jatuh ke riba
cincin dengan permata
air dicencang tiada putus
menatang minyak yang penuh
Berdasarkan situasi bagi rangkai kata bergaris dalam ayat di atas, apakah yang akan dilakukan oleh Puteri Sofea selepas itu?
bersantap
beradu
bersiram
berkenan
Hang Tuah adalah antara pahlawan Melayu yang terbilang pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Pilih perkataan sinonim bagi terbilang.
terpuji
tertangkas
termasyhur
teristimewa
Penebangan hutan yang berleluasa akan menyebabkan haiwan liar semakin pupus.
Pilih perkataan antonim bagi pupus.
hilang
kekal
kukuh
lenyap
Pilih jawapan yang sesuat bagi ayat tanya yang diberikan.
Siapakah yang memimpin orang tua itu untuk menyeberang jalan?
Sazlan dan orang tua itu berpimpinan tangan untuk menyeberang jalan.
Sazlan telah dipimpin oleh orang tua itu untuk menyeberang jalan.
Ya, orang tua itu menyeberang jalan sambil dipimpin oleh Sazlan.
Sazlan yang memimpin orang tua itu untuk menyeberang jalan.
Pilih ayat yang betul.
Rumah yang baru dibeli oleh Amin terletak antara pejabat pos dan sekolah.
Murid akan didenda jika sekiranya lambat memulangkan buku
yang dipinjam.
Berita terkini tentang keadaan banjir yang melanda negara disiarkan dari
semasa ke semasa.
Farid sanggup berkorban demi untuk menyara adik-adiknya yang
masih kecil.
Pilih ayat yang betul.
I Sebagai ketua kelas itu, Zainab berharap agar sikap bekerjasama dan saling hormat-menghormati patut diamalkan.
II Bunga yang kekuningan seperti emas itu mencantikkan kawasan peranginan tersebut.
lII Daun pegaga mempunyai pelbagai khasiat dan boleh dijadikan ulam.
IV Tiap hari dia akan bangun awal dan mengemas biliknya.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
"Saya berharap agar murid-murid sentiasa menjaga nama baik sekolah dengan belajar bersungguh-sungguh, " kata Cikgu Badrul dalam ucapannya.
Cikgu Badrul yang menyampaikan ucapannya berharap agar murid-murid
dapat mengharumkan nama sekolah melalui kesungguhan belajar.
Semasa berucap, Cikgu Badrul mendesak murid-murid supaya memelihara
nama baik sekolah dengan belajar bersungguh-sungguh.
Dalam ucapannya, Cikgu Badrul mengharapkan murid-murid sentiasa
menjaga nama baik sekolah dengan belajar bersungguh-sungguh.
Cikgu Badrul berharap agar murid-murid yang menjaga nama baik sekolah
dapat belajar bersungguh-sungguh.
