wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Maths RIddle

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah nilai yang kamu dapat jika kamu mendarabkan semua nombor yang berada di 'keypad' (papan kekunci) nombor telefon bimbit anda?

a)

5040

b)

0

c)

362 880

d)

40 320

2.

Sepasang ibu bapa mempunyai 4 orang anak perempuan. Setiap daripada anak perempuan itu mempunyai seorang adik lelaki. Berapakah jumlah ahli keluarga mereka?

a)

11

b)

9

c)

7

d)

5

3.

Bapa Amir berumur 31 tahun ketika Amir berumur 8 tahun. Sekarang umur bapa Amir dua kali lebih tua daripada Amir. Berapakan umur Amir sekarang?

a)

23

b)

32

c)

28

d)

46

4.

Terdapat 12 orang pelajar di dalam dewan. 6 orang daripadanya memakai stoking. 3 orang memakai kasut dan 4 orang pula memakai kedua-duanya stoking dan kasut. Berapa ramaikah yang berkaki ayam tanpa stoking atau kasut?

a)

4

b)

3

c)

6

d)

5

5.

Dalam satu perlumbaan basikal, seorang peserta yang menamatkan perlumbaan dengan berada kedudukan dua di hadapan peserta yang terakhir, juga berada satu tempat di hadapan peserta yang kelima. Berapakah jumlah kesemua peserta basikal tersebut?

a)

7

b)

6

c)

8

d)

5

6.

Jika 3 orang lelaki boleh memakan 3 biji 'burger' dalam masa 3 minit, berapa biji 'burger' kah yang akan dimakan oleh 10 orang lelaki dalam masa 10 minit?

a)

30

b)

27

c)

10

d)

90

7.

Qaira berumur 6 tahun. Umur adiknya pula separuh daripada umurnya. Jadi apabila Qaira berumur 50 tahun, berapakah umur adiknya?

a)

25

b)

36

c)

47

d)

48

8.

Saya ada 6 biji telur ayam.

Saya pecahkan 2 biji

Saya gorengkan 2 biji

dan saya makan 2 biji

Berapa biji telurkah yang tinggal?

a)

2

b)

6

c)

0

d)

4

9.

Ada berapa bentuk kon yang terdapat dalam bentuk silinder?

a)

0

b)

1

c)

2

d)

3

10.

Azim naik dari tingkat 1 ke tingkat 6.

Kemudian dia turun ke tingkat 3, lalu naik semula ke tingkat 5.

Selepas itu dia turun kembali ke tingkat 2.

( jarak antara satu tingkat ke satu tingkat = 6m)

Berapakah jumlah jarak yang telah Azim lalui?

a)

84m

b)

72m

c)

78m

d)

66m