WorksheetsCTU101- AKHLAK
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah yang dimaksudkan dengan AKHLAK?
Perbuatan baik dan buruk yang dilakukan oleh manusia
Perbuatan baik dan buruk yang dilakukan oleh haiwan
Suatu keadaan hati yang mencetuskan tindakan tanpa pertimbangan fikiran terlebih dahulu
Suatu keadaan hati yang bersih dan murni di dalam jiwa dan dada manusia
Akhlak memerlukan latihan dan praktis bermula dari hati yang bersih membawa kepada tindakan anggota badan. Apabila sudah terbiasa, ia pasti akan berlaku ...
setiap kali disuruh
dengan difikirkan terlebih dahulu
secara slow motion dan lambat sekali
secara tiba-tiba dan spontan
Akhlak terbahagi kepada dua. Apakah akhlak yang baik?
Mazmumah
Mazmudah
Mahmudah
Mamduhah
Akhlak terbahagi kepada dua. Apakah akhlak yang buruk?
Mazinnah
Mazmumah
Mazmudah
Mahmudah
Apakah yang dimaksudkan dengan MORAL?
Tingkahlaku yang ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat
Tingkahlaku yang ditentukan oleh Akhlak sama ada baik atau jahat
Tingkahlaku yang ditentukan oleh etika yang baik
Tingkahlaku yang tidak ditentukan oleh mana-mana nilai atau sistem
Apakah yang dimaksudkan dengan ETIKA?
Nilai-nilai yang dibincangkan oleh cendekiawan tentang perbuatan manusia
Nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkahlaku manusia.
Nilai-nilai yang menentukan sama ada seseorang manusia itu baik atau buruk
Nilai-nilai yang menjadi panduan hakim dalam menentukan sikap seseorang
Apakah ciri-ciri ETIKA yang membezakannya dengan AKHLAK?
Etika hanya menilai tindakan zahir sahaja, tetapi akhlak menilai tindakan zahir dan batin
Etika hanya menilai tindakan zahir sahaja, tetapi akhlak hanya menilai tindakan batin sahaja
Etika menilai tindakan zahir dan batin, sedangkan akhlak menilai tindakan zahir sahaja
Etika menilai tindakan batin sahaja, tetapi akhlak menilai tindakan zahir dan batin
Konsep PEMBALASAN merupakan salah satu perkara utama yang membezakan AKHLAK dan ETIKA. Apakah maksud sebenar perkara ini?
Ilmu etika dan moral tiada konsep pembalasan di akhirat
Etika yang baik pasti akan dibalas dengan pahala.
Moral yang baik tidak mempunyai manfaat di dunia
Moral buruk yang terlepas dari undang-undang akan terlepas dari sebarang hukuman
Apakah ciri-ciri ETIKA yang membezakannya dengan AKHLAK?
Nilai etika ditentukan oleh jin dan syaitan, sedangkan nilai akhlak ditentukan oleh malaikat
Nilai etika ditentukan oleh Allah, sedangkan nilai akhlak ditentukan oleh manusia
Nilai etika ditentukan oleh akal fikiran, tetapi nilai akhlak sudah sedia diketahui akal manusia
Nilai etika ditentukan oleh manusia, sedangkan nilai akhlak ditentukan oleh Allah
"Merangkumi hubungan manusia dengan Allah, sesama manusia dan dengan makhluk lain"
Kenyataan ini merujuk kepada ciri-ciri...?
Moral
Etika
Akhlak
Silaturahim
Apakah yang perlu dilakukan manusia agar hubungannya dengan Allah dapat dipelihara dengan baik?
Sentiasa mensyukuri nikmat dan rezeki yang diperoleh dengan menambahkan amal
Menturuti segala perintah Allah dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas kerana-Nya
Bersabar dengan apa sahaja ketetapan dan ujian dari Allah yang menimpa diri
Sentiasa berusaha mengelakkan sebarang perkara yang dimurkai oleh Allah khususnya maksiat
Selain akhlak sesama manusia yang lain, seorang Muslim juga perlu menjaga akhlak dengan dirinya sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan perkara ini?
Muslim perlu mengutamakan hak jasad/badan dirinya dengan bersukan & menjaga kesihatan
Muslim hanya perlu mengutamakan dirinya sendiri, tidak perlu menghiraukan orang lain
Muslim perlu tunaikan tanggungjawab pada dirinya dengan menjaga akal, hati, nafsu, roh dan jasadnya
Muslim tidak boleh mencela, mengutuk, memarahi, memfitnah, mengecam dirinya sendiri
Apakah akhlak yang mulia yang perlu ada bagi setiap pelajar Muslim?
Memberi respons sinis apabila ditegur guru
Memberikan fokus ketika sesi pembelajaran
Menghormati dan mentaati arahan guru
Mengutuk guru di belakangnya
Sebagai seorang anak, apakah tindakan yang menunjukkan seseorang itu tidak berakhlak mulia dengan ibu bapa?
Membiarkan kerja rumah dilakukan oleh ibu bapa sahaja
Membantah dan melawan cakap ibu bapa dengan suara yang kuat
Berbincang dengan ibu bapa dengan cara yang baik dan berhemah
Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa sama ada masih hidup atau telah meninggal
Apakah adab yang perlu diamalkan sesama rakan, kenalan dan taulan?
Sering bertanya khabar dan saling tolong menolong ke arah kebaikan
Membawang dengan kawan-kawan dan membuang masa bersama-sama
Memulaukan rakan sekelas yang kita tidak suka
Sering meminta diskaun "harga member" dengan rakan yang berniaga
Apakah yang dimaksudkan dengan berakhlak dengan haiwan bukan ternakan?
Mempunyai perasaan kasihan kepada haiwan di zoo
Memelihara haiwan eksotik di dalam rumah
Menjaga habitat mereka supaya mereka tidak pupus
Menjaga perasaan mereka agar mereka tidak kecil hati
Bagaimanakah Islam mengajarkan Muslimin untuk berakhlak dengan haiwan ternakan?
Bersumpah dan berjanji untuk tidak akan makan mereka
Menjaga adab-adab penyembelihan yang digariskan Islam
Setiap Muslim wajib memelihara haiwan ternakan agar kebajikan mereka terpelihara
Bertegur sapa dan menjaga silaturahim dengan haiwan ternakan
Akhlak seorang Muslim hanya terhad kepada aspek ADAB sahaja. Aspek AKIDAH & SYARIAH tiada kaitan dengan Akhlak.
Betul
Salah
Rasulullah SAW adalah ikutan dan role model yang paling agung untuk dicontohi oleh setiap Muslim, malah manusia secara keseluruhannya. Rasulullah diiktiraf oleh Allah di dalam al-Quran sebagai...?
Ustazun Karamah
Uswatun Hasanah
Usratun Hasanah
Usrati Jannati
Apabila ditanyakan apakah ciri-ciri dan sifat akhlak yang sentiasa dipraktikkan oleh Rasulullah SAW, maka Ummul Mukminin Aisyah RA menyebutkan bahawa akhlak baginda adalah...?
al-Sunnah
al-Quran
al-Hadith
Mahmudah
