Font size
WorksheetsPengukuhan Peribahasa
Total questions: 60
Worksheet time: 39mins
Padankan peribahasa dengan makna yang tepat.
besar kapal besarlah gelombang
Semakin tinggi kedudukan atau jawatan semakin besar pula tanggungjawabnya.
bayang-bayang sepanjang tubuh, selimut sepanjang badan
Sesuatu yang dikerjakan hendaknya berpadanan dengan kekuatan diri.
sudah terhantuk baru terngadah
sudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat.
seperti katak di bawah tempurung
Orang yang cetek pengetahuan dan / atau pengalamannya
jauh perjalanan luas pemandangan
jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat
Apabila saya dilantik menjadi naib ketua pasukan bola sepak, saya pula yang mengajar para pelajar menengah satu yang baru sahaja menyertai aktiviti kokurikulum saya. Saya melakukan ini supaya ilmu yang ada pada saya dapat saya gunakan dan kongsi kepada orang lain.
Apa gunanya kemenyan sebesar tungku kalau tidak dibakar
Kalau ada kemahuan, di situ ada jalan
Hendak seribu daya, tidak hendak seribu upaya
Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu
Saya kurang mahir dalam sukan bola sepak tetapi akhirnya terpilih untuk mewakili sekolah kerana saya berlatih setiap hari. Seperti pesan ibu, saya harus belajar dan berlatih supaya akhirnya, saya akan mahir juga.
Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
Kalau ada kemahuan, di situ ada jalan
Hendak seribu daya, tidak hendak seribu upaya
Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu
Pada mulanya, Mariam enggan memaafkan Aisha atas kesilapan yang dilakukannya. Namun, setelah dipujuk dengan kata-kata yang lembut, Mariam akhirnya memaafkannya.
Seperti embun di hujung rumput
Kalau ada kemahuan, di situ ada jalan
Batu pun empuk, jangankan hati manusia
Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu
Kita perlu mengisikan masa terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah agar masa tidak disia-siakan. Masa 24 jam itu haruslah kita memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.
Seperti embun di hujung rumput
pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
Batu pun empuk, jangankan hati manusia
masa itu emas
Ali tidak mungkin mendapat hasil yang baik kalau menjual pakaian sejuk dan jaket tebal pada musim panas di Singapura.
berbuat di alang tahun, belajar di luar musim
pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
Batu pun empuk, jangankan hati manusia
masa itu emas
Apabila Aliyah berasa khuatir dan takut kerana tidak dapat mengimbangi tugasan dengan baik, dia sangat berbesar hati kerana dapat menerima nasihat yang tepat daripada kedua-dua ibu dan ayahnya. Akhirnya perasaan takutnya hilang,
sudah terhantuk baru terngadah
umpama orang mengantuk disorongkan bantal
bayang-bayang sepanjang tubuh, selimut sepanjang badan
seperti katak di bawah tempurung
Setelah berbincang dan memberikan pendapat untuk menghasilkan kelas T, para pelajar bersetuju untuk sama-sama memberikan pendapat secara bergilir selepas kelas terakhir pada hari itu.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Hati hendak semua jadi
bayang-bayang sepanjang tubuh, selimut sepanjang badan
seperti katak di bawah tempurung
Apabila Farid melihat kesan-kesan kurang baik akibat keasyikannya bermain permainan komputernya, barulah dia sedar bahawa dia harus menghadapi realiti kehidupan.
sudah terhantuk baru terngadah
umpama orang mengantuk disorongkan bantal
bayang-bayang sepanjang tubuh, selimut sepanjang badan
seperti katak di bawah tempurung
Sikap Lim yang sering mengikut kata rakan-rakannya tanpa soal menyebabkan dia sering dibuli oleh rakan-rakannya.
sudah terhantuk baru terngadah
Seperti kerbau dicucuk hidung
bayang-bayang sepanjang tubuh, selimut sepanjang badan
seperti katak di bawah tempurung
Aku hidup dalam keluarga yang agak besar. Walaupun perhubungan kami lima beradik rapat, namun kadang kala terjadi juga perselisihan faham. Namun, kami cepat meminta maaf agar hubungan keluarga tidak terjejas.
Air dicencang tidak akan putus
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Seperti embun di hujung rumput
Hati hendak semua jadi
Latifah ingin melancong ke Thailand. Oleh itu, dia hendaklah mematuhi peraturan negara itu agar dapat menyumbang kepada keamanan negara.
sudah terhantuk baru terngadah
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
bayang-bayang sepanjang tubuh, selimut sepanjang badan
Seperti kerbau dicucuk hidung
Farah harus yakin dengan keputusan juri. Meskipun dia dahulunya juara pesilat antarabangsa, kini, tempatnya sudah diambil oleh pesilat yang lain.
sudah terhantuk baru terngadah
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Seperti embun di hujung rumput
Hati hendak semua jadi
Latifah ingin melancong ke Thailand. Oleh itu, dia hendaklah mematuhi peraturan negara itu agar dapat menyumbang kepada keamanan negara. Ini kerana, di mana bumi dipijak, di situ langit (a) .
Sebagai seorang ketua pelajar, Adnan perlu bersabar dalam menjalankan perbincangan kerana rakan-rakan sekelas mempunyai pendapat dan keinginan yang berbeza, umpama Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak (a) .
Kita perlu berhati-hati dalam tutur kata dan perbuatan agar tidak menyinggung atau menyakiti orang lain. Siapalah tahu penderitaan atau kesedihan orang lain yang ditanggungnya jika dia tidak menunjukkannya kepada orang lain kerana luka di tangan nampak (a) , luka di hati siapa yang tahu.
Nyatakan maksud peribahasa berikut :
Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.
Cita-cita yang tidak kesampaian.
Kemewahan hidup yang dikecapi kerana kejayaan dalam perniagaaan.
Orang yang hidup dalam kesenangan.
Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.
Berikan maksud peribahasa di bawah :
Air beriak tanda tak dalam
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
Banyak bercakap tanda banyak ilmu.
Banyak bercakap menentukan kecerdikan seseorang.
Kurang bercakap menandakan sesorang yang pemalu
Apakah maksud peribahasa ini?
Alang-alang berminyak biar licin
Membuat sesuatu mestilah bersungguh-sungguh
Membuat sesuatu mestilah mengambil masa
Membuat sesuatu mestilah perlahan-lahan
Membuat sesuatu mestilah cepat
Apakah maksud peribahasa ini ?
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Buat sesuatu biar berpada-pada.
Kita patut berbuat baik kepada semua orang.
Kalau sudah berbuat sesuatu, biarlah memperoleh hasil.
Perbuatan yang sia-sia.
Berikan maksud peribahasa berikut :
Bagai air mencari jenisnya
berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti.
jemu untuk belajar
usaha dengan tidak mengenal jerih payah
mudah mengalah
Apakah maksud peribahasa berikut?
Bagai ayam disambar helang.
Orang yang mempunyai semangat kuat.
Orang yang berkuasa.
Mati tanpa sakit.
Orang yang gelojoh.
Peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" bermaksud
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti.
Kalau sudah berbuat sesuatu, biarlah memperoleh hasil.
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap
Berikan peribahasa yang sesuai bagi penyataan di atas.
Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak.
Biar alah sabung, asalkan menang sorak.
Biar putih tulang jangan putih mata.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Jika berkehendakkan sesuatu, akan berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan akan diberikan
Apakah peribahasa yang sesuai untuk penyataan di atas?
Alang-alang berminyak biar licin.
Air beriak tanda tak dalam.
Hendak seribu daya, hendak seribu dalih.
Bagai ayam disambar helang.
Pilih peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa yang berikut :
carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
air dicencang tak akan putus
gunting dalam lipatan
haruan pulang ke lubuk
gunting dalam lipatan
Pilih 3 peribahasa yang mempunyai makna yang sama.
api dalam sekam
gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
duri dalam daging
Pilih 2 peribahasa yang bermaksud "persahabatan yang sangat akrab"
bagai bulan dipagar bintang
bagai isi dengan kuku
bagai cincin dan permata
bagai dakwat dengan kertas
