wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Pengukuhan 2

Total questions: 65

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

Fauziah benar-benar berasa kecewa kerana majikannya terus mengenakan tindakan disiplin terhadapnya hanya disebabkan kesilapan kecil yang dilakukannya sedangkan selama ini dia menjadi orang hadapan syarikat. Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan Fauziah ialah_________________

a)

air yang tenang, jangan disangka tiada buaya

b)

kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi

c)

jauhari juga yang mengenal manikam

d)

bumi mana yang tidak ditimpa hujan

2.

Adik menangis ________kerana perutnya sakit.

a)

terpinga-pinga

b)

terketar-ketar

c)

teresak-esak

d)

terjerit-jerit

3.

I Lorong yang sempit itu menyukarkan kenderaan untuk berselisih.

II Pendapatnya tentang perkara itu menggambarkan pemikiran yang sempit.

III Setelah kehilangan isterinya, kehidupan Iqbal semakin sempit.

IV Pandangannya menjadi sempit akibat terlibat dalam kemalangan.

a)

A I dan II

b)

B III dan IV

c)

C I, II dan III

d)

D II, III dan IV

4.

Ravi _________ apabila Cikgu Maria menyuruhnya menyiapkan latihan Sains dengan segera.

a)

hiruk-pikuk

b)

lintang-pukang

c)

kelam-kabut

d)

lalu-lalang

5.

Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di kebun mereka pada petang itu.

a)

daun

b)

pokok

c)

batang

d)

pelepah

6.

Keadaan jalan di bandar raya Kuala Lumpur yang ................ menyebabkan ayah telah tersesat beberapa kali.

a)

berselang-seli

b)

berlalu-lalu

c)

berbelok-belok

d)

bersimpang-siur

7.

I Ayah membanting tulang untuk menyara kehidupan kami sekeluarga.

II Petani itu sedang sibuk membanting padi di tengah sawah.

III Ombak kuat itu membanting benteng yang dibina oleh penduduk kampung.

IV Gordon duduk di pangkin sambil membanting kakinya.

a)

A I dan II

b)

B III dan IV

c)

C I, II dan III

d)

D II, III dan IV

8.

Walaupun sudah tua tetapi perangai Pak Usop masih .......... .

a)

membudak

b)

budak-budak

c)

memperbudak

d)

kebudak-budakan

9.

Surat Pekeliling itu telah ditampalkan ________ papan kenyataan.

a)

di

b)

atas

c)

pada

d)

kepada

10.

Abang Zahin memasang .......... di dalam bilik untuk persiapan hari perkahwinan adiknya.

a)

kekisi

b)

tetupai

c)

kekuda

d)

lelangit

11.

I Berdasarkan perlembagaan negara kita, setiap individu bebas menyuarakan pendapat asalkan tidak menyentuh tentang sensitiviti masyarakat.

II Malaysia bebas daripada cengkaman penjajah pada tahun 1957.

III Kebanyakan pengguna jalan raya lebih suka menggunakan jalan bebas tol.

IV Fikirannya bebas setelah segala masalah keluarganya selesai.

a)

A I dan II

b)

B III dan IV

c)

C I, II dan III

d)

D II, III dan IV

12.

Baju Salmah ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.

a)

koyak-rabak

b)

comot-momot

c)

compang-camping

d)

kusut-masai

13.

Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

a)

gelap mata

b)

pisau cukur

c)

mata duitan

d)

tumbuk rusuk

14.

Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.

a)

lemah-longlai

b)

lemah-longlai

c)

pucat-lesi

d)

cirit- birit

15.

Semasa berjalan-jalan di bandar Seremban, Sufrie telah menemui dengan sahabat lamanya.

a)

telah ketemukan dengan

b)

telah bertemu dengan

c)

telah menemukan dengan

d)

telah menemui dengan

16.

Bantal itu diisi dengan________untuk dijual.

a)

bebenang

b)

lelabah

c)

kekabu

d)

dedaun

17.

Makanan itu telah________kerana terlalu lama disimpan di dalam peti sejuk.

a)

kaku

b)

beku

c)

pegun

d)

keras

18.

Ibu menutup bekas makanan itu___________ supaya tidak masuk angin.

a)

sipi-sipi

b)

rapat-rapat

c)

sedikit-sedikit

d)

banyak-banyak

19.

Seramai 42 orang para pelajar-pelajar di sekolah itu telah berjaya melanjutkan pelajaran.

a)

Seramai 42 orang pelajar-pelajar

b)

Seramai 42 para pelajar

c)

Seramai 42 orang pelajar

d)

Seramai 42 orang para pelajar-pelajar

20.

Adam bertukar-tukar sekolah kerana keluarganya selalu ber________.

a)

cerai-berai

b)

riuh-rendah

c)

porak-peranda

d)

pindah-randah

21.

Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Kamarul melarat dan disisihkan oleh masyarakat sekelilingnya.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan nasib Kamarul.

a)

Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu

b)

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul

c)

Seperti embun di hujung rumput

d)

Bagai layang-layang putus tali

22.

Buku laporan itu akan diserahkan oleh saya kepada guru kelas.

a)

Buku laporan itu saya menyerahkan

b)

Buku laporan itu akan saya serahkan

c)

Buku laporan itu saya akan serahkan

d)

Buku laporan itu akan diserahkan oleh saya

23.

Walaupun pelbagai halangan dilalui oleh Hawa, namun dia tetap berusaha mengharunginya dan tidak berputus asa. Akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya. Peribahasa-peribahasa di bawah membawa maksud yang sama seperti di atas KECUALI.

a)

genggam bara api biar jadi arang.

b)

sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

c)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

d)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

24.

Budi pekerti dan tingkah laku dapat melambangkan keperibadian seseorang.

a)

A Tingkah laku seseorang bergantung pada budi pekerti yang baik dan keperibadian yang elok.

b)

B Budi pekerti yang baik dan tingkah laku yang elok melambangkan keperibadian seseorang.

c)

C Keperibadian ialah faktor utama yang dapat membentuk budi pekerti dan tingkah laku seseorang.

d)

D Kita dapat mengenal tingkah laku dan keperibadian seseorang melalui budi pekertinya.

25.

Peribahasa tiada beban batu digalas bermaksud

a)

menolong orang yang tidak tahu membalas budi.

b)

sengaja mencari masalah yang menyusahkan diri sendiri.

c)

hanya beringat-ingat setelah mendapat sesuatu kemalangan.

d)

mencari keuntungan dengan berbuat baik antara dua orang yang berseteru

26.

Bagi memastikan pengunjung mendapat manfaat daripada pesta tersebut, pihak penganjur mengadakan pertunjukan masakan oleh tukang-tukang masak terkenal.

a)

A Bagi menentukan pengunjung mendapat keuntungan daripada pesta tersebut, pihak penganjur mengadakan pelbagai pertandingan masakan oleh tukang-tukang masak terkenal.

b)

B Pertunjukan masakan oleh tukang-tukang masak memastikan pelancong mendapat kebajikan daripada pesta tersebut.

c)

C Bagi memastikan peserta mendapat kebaikan daripada pesta tersebut, pihak penganjur mengadakan pertandingan masakan oleh tukang-tukang masak terkenal.

d)

D Pihak penganjur mengadakan pertunjukan masakan daripada tukang-tukang masak terkemuka supaya pengunjung mendapat faedah daripada pesta berkenaan.

27.

Semasa hidupnya susah dahulu banyak keinginannya yang tidak tercapai. Kini, setelah suaminya bergelar jutawan semua keinginan Salmah seperti pakaian dan barang kemas dengan mudah diperolehnya.

Peribahasa yang sesuai menggambarkan keadaan di atas ialah

a)

biduk lalu, kiambang bertaut.

b)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

c)

diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.

d)

ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

28.

I Mengapakah kamu tidak menelefon saya semalam?

II Banyak ibu bapa - ibu bapa yang menghadapi masalah anak.

III Beberapa orang pelajar-pelajar telah dipilih untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Jelai.

IV Peserta pidato dari negeri Johor telah berjaya muncul sebagai johan dalam pertandingan tersebut.

a)

A I dan II

b)

B II dan III

c)

C I dan IV

d)

D II, III dan IV

29.

Pelawat A : Ukiran seni bangunan Istana Seri Menanti ini masih lagi elok walaupun telah dihasilkan beratus-ratus tahun dahulu.


Pelawat B : Ya, malah rekaan seni binanya melambangkan ciri-ciri budaya masyarakat Minangkabau.


Peribahasa yang sesuai dengan dialog di atas ialah

a)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

b)

tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

c)

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

d)

rumah siap pahat berbunyi.

30.

I Pertandingan itu terpaksa menangguh kerana bekalan elektrik di kawasan itu telah terputus.

II Beberapa butir rumah tenggelam dalam banjir semalam.

III Pada pendapat saya, masalah tersebut akan dapat diatasi.

IV Bermain tenis merupakan hobinya pada masa senggang.

a)

A I dan III

b)

B III dan IV

c)

C I, II dan IV

d)

D I, II, III dan IV

31.

Para pembahas itu mempertahankan ----------- mereka dengan bukti-bukti yang relevan.

a)

pendapat

b)

pandangan

c)

hujah

d)

komen

32.

Pemandu-pemandu itu didenda dalam sekatan jalan raya kerana tidak patuh ---------- peraturan lampu isyarat.

a)

pada

b)

terhadap

c)

akan

d)

oleh

33.

Bantuan itu ----------nya dapat meringankan beban petani pada musim kemarau ini.

a)

seakan-akan

b)

semahu-mahu

c)

seboleh-boleh

d)

sekurang-kurang

34.

Para_______ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.

a)

hartawan

b)

dermawan

c)

bangsawan

d)

sukarelawan

35.

Antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini, hasil kerja Amirul yang paling menonjol.

a)

Di antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini

b)

Antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini

c)

Di antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini

d)

Antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini

36.

Kamil kurang disenangi oleh kawan-kawannya kerana dia suka membesarkan perkara yang kecil.

Peribahasa ini digambarkan.............

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti rumput di tepi jalan

c)

menanam tebu di tepi bibir

d)

laksana katak, sedikit hujan banyak bermain

37.

Emak sentiasa mengingatkan adik yang tinggi lampai itu supaya berjalan dengan ____________ badannya agar tidak bongkok sabut apabila tua kelak.

a)

mendirikan

b)

menegapkan

c)

menegakkan

d)

melempangkan

38.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

Kejayaan mereka memenangi pertandingan itu didorong oleh semangat yang tinggi untuk mengharumkan nama negara.

a)

Pertandingan itu dimenangi oleh mereka untuk menaikkan semangat yang tinggi demi mengharumkan nama negara.

b)

Demi mengharumkan nama negara telah mendorong mereka untuk memenangi pertandingan itu dengan jayanya.

c)

Semangat mereka yang berkobar-kobar untuk memenangi pertandingan itu telah mengharumkan nama negara dengan jayanya.

d)

Keinginan yang kuat untuk menaikkan nama negara telah mendorong mereka menjuarai kejohanan tersebut.

39.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

Kursus kepemimpinan pengawas itu bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang sifat-sifat sebagai pemimpin yang perlu ada dalam diri mereka.

a)

Sifat-sifat sebagai pemimpin yang wujud dalam diri pelajar membolehkan mereka mengikuti kursus kepemimpinan pengawas.

b)

Sifat-sifat sebagai pemimpin dapat dilatih sekiranya pelajar menjadi pengawas dalam sesuatu kursus kepemimpinan.

c)

Matlamat utama kursus kepemimpinan yang dihadiri oleh pengawas- pengawas itu adalah untuk melatih mereka memiliki sifat-sifat seorang pemimpin.

d)

Sebagai pemimpin pengawas, pelajar perlu mengikuti kursus kepemimpinan yang bertujuan untuk membentuk sifat-sifat pemimpin dalam diri mereka.

40.
Pilih ejaan yang betul
a)
impot
b)
imphort
c)
import
d)
empot
41.
Pilih ejaan yang betul
a)
faksimili
b)
faksimilli
c)
faksimile
d)
faksimille
42.
Pilih ejaan yang betul
a)
auto-matif
b)
automotif
c)
auto-motif
d)
automotive
43.
Pilih ejaan yang betul
a)
audiens
b)
audien
c)
audyens
d)
audean
44.
Pilih ejaan yang betul
a)
agreget
b)
agriget
c)
agregat
d)
agrigut
45.
Pilih ejaan yang betul
a)
arked
b)
aked
c)
arkid
d)
arkhed
46.
Pilih ejaan yang betul
a)
atlit
b)
atelit
c)
atlet
d)
atilit
47.
Pilih ejaan yang betul
a)
bufet
b)
buffet
c)
bafet
d)
baffet
48.

Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak_______ tikus.

a)

digerit

b)

digigit

c)

dikesip

d)

diketip

49.

Shafiq cuba mengubah kedudukan meja kayu itu_______ ruang tamu_______ ruang dapur rumahnya.

a)

dari......ke

b)

dari.....kepada

c)

daripada.....ke

d)

daripada.....kepada

50.

Kemunculan budaya K-Pop menyebabkan adat ketimuran semakin dilupakan oleh setengah-setengah generasi pada masa ini.

a)

ketimuran

b)

setengah-setengah

c)

pada

d)

Tiada kesalahan

51.

Masyarakat telah melakukan pelbagai cara untuk awet makanan supaya lebih tahan lama.

a)

pelbagai

b)

awet

c)

supaya

d)

Tiada kesalahan

52.

I Husin memikul baldi yang berisi air untuk dibawa pulang ke rumahnya kerana bekalan air terputus.

II Pihak ibu bapa diseru supaya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.

III Setiap rakyat hendaklah memikul hasrat kerajaan dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum.

IV Pasukan keselamatan memikul senjata semasa acara perbarisan sambutan Hari Pahlawan.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

53.

I Puan Salmiah suka memakai pakaian berwarna cerah ketika hadir ke majlis rasmi.

II Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca pada hari esok diramal cerah.

III Pelajar berdisiplin mempunyai masa depan yang cerah.

IV Ramai pelajar gemar berkawan dengan Hasan kerana hatinya yang cerah.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

54.

Halimah percaya benar bahawa anaknya tidak terbabit tuduhan jenayah kolar putih.

a)

sungguh percaya benar

b)

teramat percaya benar

c)

sangat percaya benar

d)

percaya benar

55.

Jawatankuasa Paralimpik Asia telah menganugerahkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai Atlet Para Terbaik Lelaki Asia.

a)

anugerahkan atlet paralimpik

b)

menganugerah atlet paralimpik

c)

menganugerahi atlet paralimpik

d)

menganugerahkan atlet paralimpik

56.

Pencemaran bahasa dapat dielakkan sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

a)

Bahasa Melayu yang digunakan dengan betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa.

b)

Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa semua pihak.

c)

Semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul sekiranya pencemaran bahasa dapat dielakkan.

d)

Sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, pencemaran bahasa dapat dielakkan.

57.

Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara agar keamanan dan kemakmuran tanah air dpat dikekalkan.

a)

Keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan dengan adanya prinsip teguh Rukun Negara.

b)

Rukun Negara merupakan pegangan teguh warganegara Malaysia untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran tabah air.

c)

Kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara sebagai warganegara Malaysia agar keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan.

d)

Jika kita berpegang pada prinsip Rukun Negara keamanan dan kemakmuran negara mungkin akan dapat dikekalkan.

58.

I Novel Salina karya Sasterawan Negara A. Smad Said telah dibaca oleh saya.

II Pak Abu menceritakan tentang pengalamannya menentang komunis.

III Layang-layang itu tersangkut di tiang telefon kerana diterbangkan angin.

IV Pekerja baharu kilang itu mempelajari cara pengendalian mesin daripada ketuanya.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

59.

I Encik Ayob gembira apabila anaknya bersuamikan dengan lelaki pilihannya.

II "Patik menjunjung kasih atas perkenan Tuanku menyempurnakan upacara ini," kata pengacara majlis.

III Pelajar saling bertukar pendapat berkaitan isu yang diberi oleh guru.

IV Jalan raya di Malaysia adalah antara yang paling baik di rantau Asia.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

60.

Ali benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

a)

ada hati

b)

bulat hati

c)

besar hati

d)

berat hati

61.

Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajaranya. Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah ......

a)

melepaskan batuk di tangga

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

alang-alang berdakwat biar hitam

d)

dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

62.

Beberapa buah kereta telah ____ oleh pokok yang tumbang itu selepas berlakunya hujan lebat.

a)

dihempap

b)

dihempas

c)

ditindih

d)

dihimpit

63.

Beliau mendapat________ daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.

a)

hadiah

b)

sumbangan

c)

cendermata

d)

anugerah

64.

Rakyat negara ini dapat tinggal bersama-sama dan berasa serasi di antara satu sama lain pada peringkat sekolah, sekali gus memupuk perpaduan nasional.

a)

bersama-sama

b)

di antara

c)

sekali gus

d)

Tiada kesalahan

65.

Hanny dan rakan-rakannya tetap meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu walaupun menghadapi berbagai rintangan.

a)

pendakian

b)

walaupun

c)

berbagai

d)

Tiada kesalahan