WorksheetsBM Y3 Quiz_2022
Total questions: 25
Worksheet time: 2hrs 5mins
"_________ akan melawat ke rumah warga emas esok," kata Cikgu Kamala kepada murid-muridnya.
Dia
Kami
Kita
Mereka
________ semua murid tahun tiga pergi ke dewan sekarang.
Tolong
Jangan
Minta
Sila
________ sungguh bau syampu yang baru dibeli itu.
Harum
Segar
Nyaman
Lembut
________ yang ditanam oleh Pak Kasim hidup subur.
Kayu-kayan
Sayur-mayur
Rempah-ratus
Rumput-rampai
Razif dan rakan-rakannya sedang ________ tentang aktiviti gotong-royong.
berkumpul
berbisik
berbincang
bertengkar
Murid-murid tekun _________ nasihat guru.
melihat
menjaga
mendengar
memerhati
Encik Yip memakai _________ ketika memetik cili di kebun.
tali leher
jam loceng
telefon bimbit
sarung tangan
Puan Kim menghidangkan kuih-kuih untuk _________nya.
kekisi
tetamu
kekura
tetupai
Pak Ajis memikul se_______ pisang pulang ke rumahnya.
ketul
tandan
kawan
rumpun
Hubungan penduduk kampung itu sangat erat. Mereka saling membantu.
Pilih peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.
bagai aur dengan tebing
bagai murai tercabut ekor
bagai kaca terhempas ke batu
bagai menatang minyak yang penuh
"Saya melawat nenek saya yang sakit," kata Airin kepada Mala.
Pilih perkataan sinonim bagi sakit.
uzur
sihat
lemah
penat
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Anak pokok ini perlu disiram pada setiap pagi dan petang.
Mengapakah anak pokok ini perlu disiram pagi dan petang?
Siapakah yang menyiram anak pokok ini?
Di manakah anak pokok ini ditanam?
Bilakah anak pokok ini perlu disiram?
Pak Akob menggali lubang di tepi rumahnya.
Pilih perkataan sinonim bagi menggali.
menguis
menimbus
mencakar
mengorek
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Ibu meminta Nadia membeli sekilo gula.
Sekilo gula dibeli oleh Nadia dan ibunya.
Ibu dan Nadia membeli sekilo gula.
Ibu Nadia membeli sekilo gula.
Nadia diminta oleh ibunya membeli sekilo gula.
Pilih ayat yang betul.
Nely ke sekolah dengan menunggang basikal.
Jemput buang sampah ke dalam tong sampah.
Wah, sakitnya kaki aku!
Di manakah kamu menangis?
Pilih ayat yang betul.
Peralatan elektrik banyak ke rumah kita.
Hadiah itu tidak untuk Fanly.
Emak membubuh baja pada pokok bunga ros.
Jangan bermain air semasa banjir tetapi boleh mengancam nyawa kita.
"Jordan, tolong letakkan buku-buku ini ________ atas meja saya," pinta Cikgu Sharmila.
di
ke
kepada
pada
Najihah menyiapkan latihan kerja rumahnya di pondok rehat sekolah __________ menunggu kakaknya untuk pulang ke rumah bersama-sama.
sejak
sehingga
selama
sementara
Encik Chua bekerja sebagai ____________ di Restoran Nasi Merah sejak tiga tahun yang lalu.
tukang kasut
tukang urut
tukang masak
tukang besi
Ibu menyediakan ____________ untuk dihidangkan kepada kami selepas makan malam.
titik peluh
pencuci mulut
khabar angin
naik darah
Jia Ming mengutip tin-tin kosong di tepi jalan __________ memasukkannya ke dalam beg plastik.
lalu
maka
tetapi
namun
Mei Mei tidak berani berjalan di lorong yang __________ itu seorang diri.
lurus
besar
gelap
cerah
"_________ datang ke majlis hari lahir anak saya esok petang," kata ayah kepada jiran kami.
Usah
Tolong
Jangan
Jemput
________, nyaman dan indah kawasan peranginan ini!
Eh
Oh
Wah
Amboi
Nelayan itu terus ___________ jala ke laut apabila tiba di tengah laut itu.
mencampakkan
membuangkan
menebarkan
membentangkan
