WorksheetsKUIZ 1 BAHASA KEBANGSAAN (20%) A (CLE)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga bahasa __________.
Austroasia
Tibet-cina
Austronesia
Melanesia
Antara kata majmuk yang berikut, yang manakah SALAH ejaannya?
Warga negara
Tanggungjawab
Alat tulis
Pejabat pos
Bahasa Melayu moden mempunyai ciri-ciri berikut kecuali
Peminjaman istilah-istilah Bahasa Inggeris dan Belanda
Penggunaan tulisan rumi
Pengaruh daripada penjajah Barat
Terkenal pada Zaman kesultanan Melayu Melaka
Yang manakah menunjukkan ayat pasif?
Saya menerima bungkusan itu daripada Halim
Emak memasak nasi di dapur
Rahul berjalan kaki ke sekolah
Kasut sekolah itu dicuci oleh kakak
Antara ayat berikut, ayat yang manakah merupakan ayat pasif?
I. Abang menunggang motorsikal ke pejabat.
II. Kakak menghidangkan air sirap kepada para tetamu.
III. Bas ekspres itu dipandu oleh seorang wanita.
IV. Rumah itu dicat oleh Pak Abu.
I dan II
II dan III
III dan IV
IV sahaja
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memerihalkan fungsi Bahasa Melayu di negara ini kecuali (Pilih 2 jawapan)
Bahasa ekonomi
Bahasa kebangsaan
Bahasa ilmu
Bahasa rasmi
Perkataan audit mengandungi fonem diftong ?
ai
oi
au
ut
Ekor, Enak, Enakmen
Berdasarkan perkataan di atas, huruf vokal pada suku kata pertama dikenali sebagai ?
e-taling
e-pepet/e shwa
vokal terbuka
konsonan
Ciri-ciri prosa tradisional meliputi perkara berikut
I. Mempunyai kisah dogeng
II. Watak utama mempunyai kesaktian
III. Jalan cerita melibatkan konflik dalam kehidupan masa kini
IV. Cerita rakyat yang melibatkan istana dan anak-anak raja yang dengan sifat luar biasa
I dan II
II dan III
I, II dan III
I, II dan IV
Pasukan A memberi _________ yang hebat dalam perlawanan itu
tentangan
setentang
bertentangan
menentang
Imbuhan yang ditambah serentak pada hadapan dan belakang kata dasar merujuk kepada imbuhan ?
Sisipan
Awalan
Akhiran
Apitan
Sebutan baku merujuk kepada
Sebutan mengikut ejaan
Sebutan mengikut bunyi
Ejaan mengikut sebutan
Ejaan mengikut bunyi
Diftong merupakan cantuman dua bunyi vokal yang berada dalam satu suku kata. Perkataan yang manakah menepati ciri diftong ini?
MilikMilik
Basuh
Ekonomi
Pantai
Perkataan yang manakah mengandungi imbuhan awalan?
Jalani
Pentadbiran
Pembaris
Pembarisan
Struktur suku kata yang manakah BETUL bagi perkataan ‘kalendar’?
KKKVVKK
KVKVKKVK
KVKVKVKK
“Sila beratur untuk memberi tiket.”
Ayat ini merupakan jenis ayat?
Penyata
Larangan
Perintah
Tanya
Antara berikut penyataan yang manakah BUKAN melambangkan identiti negara Malaysia?
Bahasa Kebangsaan
Kolej Antarabangsa Newton
Lagu Negaraku
Jalur Gemilang
‘Defenden teragak-agak ketika memberikan jawapan’
Laras bahasa petikan di atas ialah
Laras bahasa akademik
Laras bahasa undang-undang
Laras bahasa perniagaan
Laras bahasa ekonomi
Lambang bunyi vokal yang mempunyai dua bunyi dalam sistem ejaan Bahasa Melayu
standard ialah
/e/
/i/
/u/
/a/
Undang-undang yang wujud di Malaysia untuk melindungi bahasa Melayu daripada bahasa
lain di Malaysia ialah
I. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
II. Akta Bahasa Kebangsaan 1967
III. Akta Pendidikan 1996
IV. Akta Penyemakan Undang-Undang 1968
I dan IV
II dan IV
I, II dan III
Semua di atas
