wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kuiz ulangkaji kimia

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Keluli nirkarat lebih kuat berbanding besi tulen. Apakah kegunaan keluli nirkarat?

a)

Untuk membuat alatan pembedahan

b)

Untuk membuat rangka kereta

c)

Untuk membuat rangka kapal terbang

d)

Untuk membuat piala

2.

Antara berikut, yang manakah bukan komponen dalam kaca soda kapur?

a)

Pasir

b)

Boron oksida

c)

kalsium karbonat

d)

Natrium karbonat

3.

Dalam pembinaan reaktor nuklear, seramik digunakan untuk membuat dinding bahagian dalamnya kerana

a)

Seramik sangat lembut

b)

Seramik mudah dibentuk

c)

Seramik lengai terhadap bahan kimia

d)

Seramik tahan pada suhu yang tinggi

4.

Apakah kesan pengaloian emas tulen?

a)

Menjadi kurang keras

b)

Lebih mudah dibentuk

c)

Lebih mudah melebur

d)

Tidak terkakis

5.

Komunikasi digital memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan moden. Penghantaran data, suara dan imej secara berkesan dalam format digital memerlukan satu bahan yang sesuai. Apakah bahan itu?

a)

Kuprum

b)

Silikon

c)

Gentian optik

d)

Superkonduktor

6.

Antara yang berikut, yang manakah alkali lemah dan asid kuat?

a)

Kalium hidroksida dan asid nitrik

b)

Ammonia dan asid sulfurik

c)

Ammonia dan asid etanoik

d)

Natrium hidroksida dan asid etanoik

7.

Antara yang berikut, yang manakah garam terlarutkan?

a)

Kalium sulfat

b)

Argentum klorida

c)

Plumbum(II) karbonat

8.

Aida cuba menguji sabun serbuk dengan menggunakan kertas litmus merah dan mendapati tiada perubahan pada kertas litmus tersebut. Antara berikut, yang manakah menerangkan pemerhatian tersebut?

a)

Ion hidroksida tidak hadir

b)

Ion hidrogen tidak hadir

c)

Ion sabun tidak hadir

9.

Antara yang berikut, yang manakah asid lemah?

a)

CH3COOH

b)

HNO3

c)

HCl

d)

H2SO4

10.

Berapakah bilangan mol ion hydrogen dalam 250 cm3 asid sulfurik 2.0 mol dm-3 ?

a)

0.05 mol

b)

0.01 mol

c)

0.50 mol

d)

1.00 mol

11.

Tindak balas mana yang paling pantas?

a)

1 g serbuk batu kapur, 100 cm3 asid 1 mol dm-3 dan 30oC

b)

1 g pepejal batu kapur, 100 cm3 asid 1 mol dm-3 acid dan 40oC

c)

1 g serbuk batu kapur, 100 cm3 asid 1 mol dm-3 dan 40oC

12.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan tentang kelajuan tindak balas kimia?

a)

Tetap tidak kira apa pun suhu

b)

Tidak bergantung pada jumlah luas permukaan pepejal yang terlibat

c)

Tinggi antara gas kerana purata tenaga kinetik molekulnya besar.

d)

Tinggi antara ion dalam larutan akueus kerana tidak ada ikatan yang perlu dileraikan

13.

Kepingan marmar bertindak balas dengan asid hidroklorik untuk menghasilkan karbon dioksida. Persamaan untuk tindak balas adalah seperti berikut : CaCO3 + 2HCl → CaCl2 + H2O + CO2

Antara berikut, yang manakah akan menurunkan kadar tindak balas ini?

a)

Menggunakan asid hidroklorik yang lebih cair

b)

Menggunakan kepingan marmar bersaiz lebih kecil

c)

Menggunakan isipadu asid hidroklorik yang lebih besar

d)

Menggunakan kepingan marmar yang mempunyai luas permukaan yang lebih besar

14.

Antara berikut, apakah yang diperlukan agar tindak balas berlaku?

a)

Perlanggaran

b)

Tenaga yang mencukupi

c)

Perlanggaran dengan tenaga yang mencukupi

15.

Persamaan berikut mewakili tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik

CaCO3(s) + 2 HCl(aq) → CaCl2(s) + H2O(l) + CO2(g)

Antara faktor berikut, yang manakah boleh meningkatkan kadar tindak balas ini?

a)

Meningkatkan saiz kalsium karbonat

b)

Meningkatkan suhu campuran

c)

Mengurangkan isipadu asid hidroklorik

d)

Mengurangkan kepekatan asid hidroklorik

16.

Antara berikut, yang manakah sebatian ion?

a)

NaCl

b)

NH3

c)

HCl

d)

CO2

17.

Antara berikut, yang manakah sifat sebatian ion?

a)

Tidak larut dalam air

b)

Larut dalam pelarut organik

c)

Takat lebur dan takat didih yang tinggi

d)

Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal

18.
a)

Anion

b)

Elektron

c)

Neutron

19.

Antara berikut, yang manakah rajah susunan elektron bagi pembentukan sebatian ion?

a)

b)

c)

d)

20.

Rajah 7 menunjukkan keadaan rambut kerinting semasa basah dah kering.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan keadaan tersebut?

a)

Ikatan kovalen pada molekul protein rambut diputuskan dengan kehadiran molekul air.

b)

Molekul protein pada rambut membentuk ikatan hidrogen dengan molekul air semasa rambut basah.

c)

Molekul protein pada rambut menyerap air semasa basah, menyebabkan saiz molekulnya bertambah.

d)

Elektron pada molekul protein dinyahsetempatkan membentuk lautan elektron menyebabkan rambut kelihatan lurus semasa basah.