NEW
Font size
Worksheets[Tingkatan 4 Kimia] Bab 5 - Ikatan Kimia
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Antara berikut, yang manakah tidak benar berkaitan ikatan kimia?
Ikatan ion dan ikatan kovalen adalah dua jenis ikatan kimia
Ikatan yang melibatkan semua elektron dalam sesuatu atom
Ikatan yang terbentuk kerana atom ingin mencapai kestabilan
Ikatan yang terbentuk apabila berlaku pemindahan atau perkongsian elektron
Antara berikut, yang manakah sebatian ion?
NaCl
NH3
HCl
CO2
Antara berikut, yang manakah sifat sebatian ion?
Tidak larut dalam air
Larut dalam pelarut organik
Takat lebur dan takat didih yang tinggi
Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal
Antara berikut, yang manakah sifat sebatian itu?
Larut dalam air
Larut dalam pelarut organik
Takat lebur dan takat didih yang tinggi
Boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan leburan
Antara berikut, yang manakah benar tentang molekul berlian?
Takat lebur dan takat didih tinggi
Boleh mengkonduksikan elektrik
Terbentuk daripada perkongsian elektron atom logam
Wujud daya tarikan van der Waals antara molekulnya
Apakah maksud ikatan logam?
Ikatan yang terbentuk melalui perkongsian elektron
Ikatan yang terbentuk antara atom hidrogen dengan atom fluorin, oksigen atau nitrogen
Ikatan yang terbentuk apabila atom logam memindahkan elektron kepada atom bukan logam
Ikatan yang terbentuk apabila terdapat daya tarikan elektrostatik antara lautan elektron dengan ion logam bercas positif
Apakah X dalam rajah pembentukan ikatan logam?
Cation
Anion
Elektron
Neutron
Antara berikut, yang manakah persamaan antara ikatan ion dan ikatan kovalen?
Hasil ialah molekul neutral
Melibatkan elektron valens sahaja
Wujud daya tarikan elektrostatik dalam sebatian
Berlaku antara atom logam dan atom bukan logam
Antara berikut, yang manakah paling tepat menerangkan sebab gas adi tidak membentuk sebatian?
Gas adi tidak reaktif
Gas adi wujud sebagai monoatom
Gas adi telah mencapai susunan elektron duplet atau oktet
Gas adi mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah
Antara berikut, yang manakah menunjukkan ikatan ion yang ada dalam ammonium klorida?
A
B
C
D
Antara berikut, yang manakah rajah susunan elektron bagi pembentukan sebatian ion?
Berapakah bilangan maksimum ikatan hidrogen yang boleh dibentuk oleh molekul air?
1
2
3
4
Antara berikut, apakah X dan Y?
X - Ikatan ion
Y - Ikatan kovalen
X - Ikatan ion
Y - Ikatan datif
X - Ikatan kovalen
Y - Ikatan datif
X - Ikatan datif
Y - Ikatan kovalen
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan keadaan tersebut?
Ikatan kovalen pada molekul protein rambut diputuskan dengan kehadiran molekul air.
Molekul protein pada rambut membentuk ikatan hidrogen dengan molekul air semasa rambut basah.
Molekul protein pada rambut menyerap air semasa basah, menyebabkan saiz molekulnya bertambah.
Elektron pada molekul protein dinyahsetempatkan membentuk lautan elektron menyebabkan rambut kelihatan lurus semasa basah.
Haikal cuba memadam tulisan di atas papan putih menggunakan pelarut X. Apakah X?
Kloroform
Propanon
Etanol
Air
Apakah jisim molekul relatif bagi sebatian yang terbentuk antara atom X dan Y?
19
30
39
62
Antara berikut, yang manakah P dan Q?
P = Ammonia
Q = Natrium Klorida
P = Silikon Dioksida
Q = Naftalena
P = Oksigen
Q = Grafit
P = Karbon Dioksida
Q = Magnesium Oksida
Rajah 1 menunjukkan pemerhatian bagi eksperimen untuk mengkaji kekonduksian elektrik sebatian X.
Antara pasangan atom berikut, yang manakah boleh membentuk sebatian untuk menggantikan X supaya dapat memberi pemerhatian yang berbeza?
Rajah 2 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur. U, V, W, X, Y dan Z bukan simbol sebenar unsur.
Antara pasangan unsur berikut, yang manakah boleh membentuk sebatian yang
mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi dan nisbah unsur 1 : 2?
U, V
W, Z
X, Z
Y, V
Rajah 3 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur. U, V, W, X, Y dan Z bukan simbol sebenar unsur.
Antara pasangan unsur berikut, yang manakah boleh membentuk sebatian yang mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi tetapi tidak mengkonduksikan elektrik dalam apa-apa keadaan?
U, Z
V, Z
Y, W
X, W
Berapakah bilangan elektron valens bagi atom tersebut?
1
2
6
7
Ikatan datif adalah sejenis ikatan kovalen. Di manakah ikatan datif boleh dijumpai?
Urea
Nitrogen
Ammonia
Ion ammonium
Apakah jenis ikatan kimia yang terlibat dalam pembentukan sebatian antara Magnesium dan Oksigen?
Ikatan ion
Ikatan datif
Ikatan logam
Ikatan kovalen
Unsur Q bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk satu sebatian dengan formula, QO2. Apakah susunan elektron yang betul bagi Q?
[Nombor proton: O=8]
2.1
2.2
2.3
2.4
Apakah bahan X yang membolehkan mentol menyala apabila suis dihidupkan?
I Etanol
II Larutan gula
III Larutan kalium klorida
IV Larutan natrium hidroksida
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah sifat tetraklorometana?
Tidak meruap
Tidak larut dalam pelarut organik
Mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah
Mengkonduksi elektrik dalam semua keadaan
Elektron valens atom logam dinyahsetempatkan membentuk lautan elektron. Daya elektrostatik antara lautan elektron dan ion logam bercas positif membentuk ikatan logam.
Antara atom berikut manakah mempunyai ikatan logam?
Magnesium
Karbon
Oksigen
Helium
Pernyataan manakah yang betul?
Jisim atom relatif berkurang dari unsur X, Y dan Z
Unsur X, Y dan Z menunjukkan sifat kimia yang sama
Unsur X, Y dan Z larut dalam air untuk menghasilkan larutan berasid
Pepejal hitam terbentuk apabila unsur X, Y dan Z bertindak balas dengan oksigen
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang suatu pembentukan sebatian?
Unsur-unsur yamg membentuk sebatian adalah reaktif secara kimia
Unsur-unsur yang terlibat menjadi kurang stabil selepas sebatian terbentuk
Sebatian yang dibentuk biasanya mempunyai daya tarikan elektrostatik yang lemah di antara zarah-zarahnya
Sebatian yang dibentuk merupakan gabungan melebihi dua jenis unsur melalui ikatan kimia yang tertentu
Antara ion berikut, yang manakah mengandungi satu elektron lebih daripada atom asal?
Ion klorida
Ion aluminium
Ion oksida
Ion kuprum (II)
Antara zarah berikut, yang manakah merupakan kation?
P
Q
R
S
Antara bahan berikut, yang manakah mempunyai zarah yang diikat oleh daya elektrostatik yang kuat?
Air
Naftelena
Tetraklorometana
Natrium Iodida
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang sebatian ion?
I Hanya larut dalam air mendidih
II Tidak larut dalam pelarut organik
III Mengalirkan elektrik dalam keadaan pepejal
IV Mempunyai takat lebur dan didih yang tinggi
I dan II
I dan III
II dan III
II dan IV
Antara sebatian berikut, yang manakah zarah-zarah ditarik bersama oleh daya van der Waals?
Ferum
Iodin
Kuprum (II) oksida
Natrium karbonat
Ion oksida dan atom oksigen berbeza dari segi...
Nombor proton
Bilangan neutron
Bilangan elektron
Nombor nukleon
Apakah ciri bagi sebatian terbentuk tersebut?
Sebatian kovalen
Larut dalam air
Mengalirkan elektrik
Mempunyai takat lebur yang tinggi
Apakah susunan elektron bagi nitrogen?
2.3
2.5
2.6
2.7
Ion fluorida dan ion oksida adalah sama dari segi...
Nombor proton
Bilangan neutron
Bilangan elektron
Nombor nukleon
Apakah jenis ikatan yang akan terbentuk apabila lithium bertindak balas dengan oksigen?
Ikatan ionik
Ikatan datif
Ikatan Hidrogen
Ikatan Kovalen
Berapakah bilangan pasangan elektron yang dikongsi oleh atom dalam molekul tetraklorometana, CCl4?
1
2
3
4
P bertindak balas dengan Q untuk membentuk sebatian kovalen PQ2.
Antara berikut, yang manakah susunan elektron yang mungkin bagi atom P dan atom Q?
P = 2.1
Q = 2.6
P = 2.4
Q = 2.6
P = 2.8.4
Q = 2.8.7
P = 2.8.1
Q = 2.8.6
Antara contoh berikut, yang manakah melibatkan ikatan hidrogen?
I Helai rambut lembap melekit
II Kekonduksian elektrik dalam logam
III Pembentukan wasap putih ammonium klorida
IV Membalikkan kertas dengan jari yang lembap
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah yang dimaksudkan dengan bon datif?
Ikatan yang terbentuk antara atom hidrogen dan atom sangat elektronegatif
Ikatan kovalen di mana sepasang elektron dikongsi daripada hanya satu atom
Ikatan yang terbentuk oleh daya tarikan elektrostatik antara lautan elektron dan ion logam
Ikatan yang terbentuk daripada perkongsian elektron antara atom bukan logam
Bahan Y larut dalam air dan boleh dielektrolisis dalam keadaan lebur Apakah bahan Y?
Iodin
Kalsium karbonat
Kalium klorida
Naftelena
Sebatian X terdiri daripada 3 atom yang diikat dengan ikatan kovalen. Pasangan unsur yang manakah akan mempunyai atom untuk membentuk sebatian X?
Aluminium dan klorin
Magnesium dan klorin
Hidrogen dan nitrogen
Hidrogen dan sulfur
Berapakah pasangan elektron yang dikongsi oleh atom-atom dalam sebatian ini?
6
7
12
14
W = 2.4; X = 2.8.1; Y = 2.8.2; Z = 2.8.7
Antara pasangan atom berikut, yang manakah membentuk sebatian melalui perkongsian elektron?
W dan Y
W dan Z
X dan Y
X dan Z
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan mengapa sebatian ion mempunyai takat lebur yang tinggi?
Terdapat ion-ion yang bebas bergerak dalam sebatian itu
Ikatan kovalen antara atom-atom adalah kuat
Daya elektrostatik antara ion-ion adalah kuat
Lebih tenaga diperlukan untuk mengatasi daya tarikan antara molekul
Takat lebur etanol, metana dan aseton masing-masing ialah -114 °C , -182 °C dan -95 °C . Mengapakah sebatian ini mempunyai takat lebur sedemikian?
Mereka terdiri daripada unsur bukan logam
Mereka mempunyai ikatan kovalen yang lemah
Mereka mempunyai daya tarikan elektrostatik yang lemah
Mereka mempunyai daya tarikan antara molekul yang lemah
Antara yang berikut, bahan manakah mempunyai kekonduksian elektrik yang baik di dalam keadaan leburan dan larutan akueus?
I Gas klorin
II Pepejal kuprum
III Natrium klorida
IV Ammonium klorida
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
