wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TOPIK 9 : REKA BENTUK KURIKULUM MALAYSIA

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

1. Apakah Definisi Reka Bentuk dan Model Kurikulum menurut Tyler 1949

a)

Suatu alternatif prosedur dalam merangka (designing), menerapkan (implementation) dan menilai (evaluation suatu kurikulum)

b)

Suatu prosedur hanya untuk merangka sistem kurikulum di sekolah demi mencapai objektif sesuatu organisasi

c)

Prosedur berkenaan menilai kokurikulum di sekolah sendiri untuk ditambah baik berdasarkan kurikulum yang diingini FPK

d)

Kerangka untuk menunjukkan sesuatu kokurikulum itu bersistem dan berjaya pada masa hadapan

2.

2. Yang manakah pernyataan yang benar berkenaan model kurikulum Hilda Tiba (1962)?

a)

Menggunakan kurikulum yang bersifat menekan

b)

Bentuk bahan direka oleh pelajar sendiri

c)

Menekankan proses pemikiran induktif dalam pdp

d)

Prinsip menentukan susunan pengajaran

3.

3. Berdasarkan rajah orientasi reka bentuk

kurikulum, apakah yang dimaksudkan dengan

kurikulum eklektik?

a)

isu kurikulum yang berbentuk permasalahan

sosial

b)

kurikulum untuk pembinaan insan

c)

gabungan kurikulum yang berorientasikan

murid, akademik dan masyarakat

d)

fokus kepada-pengatahuan bagi

pembangunan intelek

4.

4. Merujuk kepada pola reka bentuk kurikulum,

kurikulum sebagai objektif bermaksud..

a)

keberhasilan pembelajaran yang

mengimbangkan aspek intelek, rohani, emosi

dan jasmani

b)

perancangan awal kurikulum berpandukan

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

(DSKP)

c)

aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas

d)

ditentukan mengikut keperluan murid, masyarakat, pandangan pakar dalam sesuatu bidang berdasarkan falsafah dan matlamat pendidikan

5.

5. -Dipelopori Dewey, Mac Donald, Saylor & Alexender

-Golongan Dominan vs Penyanggah

-Berbagai jurusan/program

-Teori kurikulum lengkap

Yang manakah menepati teori kurikulum di atas ?

a)

Teori disiplin mental

b)

Teori fungsi

c)

Teori saintifik

d)

Teori berasas sekolah

6.

6. Berdasarkan teori mandasari konseptual, apakah tujuan konsep ini diorganisasikan?

a)

Untuk menghasilkan kurikulum yang mempunyai struktur menegak dan mendatar

b)

Mendedahkan hubungan penting dan seterusnya menghasilkan kurikulum tersusun sehingga pelajar dapat menguasai konsep ilmu pengetahuan dengan mudah

c)

Memberi perubahan kepada masyarakat menjadi orang yang berpengetahuan

d)

Untuk memberi pendedahan awal kepada sesiapa yang mempelajari berkenaan kurikulum

7.

7. Berdasarkan prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum, yang manakah merupakan dimensi mendatar ?

a)

Kesinambungan

b)

Skop

c)

Urutan

d)

Imbangan

8.

8. -Pengalaman pembelajaran dihubungkait antara satu sama lain

-Elemen merentas kurikulum : bahasa, ilmu,kemahiran,nilai,keusahawanan

Berdasarkan pernyataan di atas, Prinsip Reka Bentuk Kurikulum yang menepati keterangan di atas adalah...

a)

imbangan

b)

Urutan

c)

Integrasi

d)

Skop

9.

9. Berikut merupakan ciri-ciri Modul Kokurikulum Rasional Tyler kecuali:

a)

Perkembangan mendatar pengalaman kurikulum yang menyentuh.

b)

Setiap rancangan pengalaman pembelajaran sebaiknya melibatkan pelajar

c)

Penyusunan pengalaman pembelajaran adalah secara dimensi menegak dan dimensi mendatar.

d)

Setiap pengalaman belajar harus memuaskan pelajar.

10.

10. Bagaimanakah aturan reka bentuk Prinsip Operasi Kurikulum Kebangsaan yang tepat?

a)

Perancangan kurikulum , Pelaksanaan kurikulum , Reka bentuk semula , Maklum balas

b)

Perancangan Kurikulum , Pelaksanaan Kurikulum , Menilai keberkesanan kurikulum yang dilaksana, Maklum balas , Penambahbaikan

c)

Penilaian kurikulum , Pelaksanaan kurikulum , Perancangan kurikulum , Penambahbaikan

d)

Menilai keberkesanan kurikulum yang dilaksana , Reka bentuk semula , Pelaksanaan kurikulum , Perancangan kurikulum

11.

11. Berikut merupakan prinsip kurikulum Stenhouse (1975), kecuali

a)

Prinsip pemilihan kandungan (apa yang diajar dan dipelajari?)

b)

Prinsip pembentukan strategi pengajaran (bagaimana patut diajar dan dipelajari?)

c)

Prinsip menentukan susunan pengajaran

d)

Prinsip pembaharuan sesuatu perkara

12.

12. Bagaimanakah anda mengaplikasikan pembelajaran reka bentuk kurikulum ini dalam profesion perguruan anda di sekolah?

a)

Mendapatkan benchmark sendiri untuk setiap subjek/bidang supaya kurikulum yang ditawar tidak ketinggalan di peringkat negara dan antarabangsa

b)

Meletakkan empat komponen penting dalam pembelajaran seperti objektif, kandungan, kaedah, dan penilaian

c)

Kedua-dua sekali