wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UASA ; PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 @ SAIR 2022/2023

Total questions: 50

Worksheet time: 51mins

Name
Class
Date
1.

Q 1 ; HAFAZAN SURAH AL-DHUHA.

Surah al-Dhuha mengandungi berapa ayat ?

a)

Sebelas

b)

Sembilan

c)

Sepuluh

d)

Dua Belas

2.

Q 2 ; HAFAZAN SURAH AL-DHUHA.

Surah al-Dhuha merupakan surah yang ke 93 dan diturunkan di ...... ?

a)

Madinah

b)

Mekah

c)

Taif

d)

Baitul maqdis

3.

Q 3 ; HAFAZAN SURAH AL-DHUHA.

Sambung ayat berikut .......?

مَا وَدَّعَكَ ......... وَمَا قَلَى (3)

a)

تَقْهَرْ

b)

رَبُّكَ

c)

خَيْرٌ

d)

فَتَرْضَى

4.

Q 4 ; HAFAZAN AL-DHUHA.

وَاَمَّا السَّائِلَ فَلاَ تّنْهَرْ

Merupakan ayat yang ke berapa dari surah al-Dhuha ?

a)

Lapan

b)

Sembilan

c)

Sepuluh

d)

Tujuh

5.

Q 1 ; KEFAHAMAN SURAH AL-MAUN

Surah al-Maun diturunkan di Mekah dan mengandungi berapa ayat .....?

a)

Lapan

b)

Sembilan

c)

Tujuh

d)

Enam

6.

Q 2 ; KEFAHAMAN SURAH AL-MAUN.

al-Maun bermaksud Allah akan memberikan balasan kepada orang yang tidak memberikan .................. kepada orang yang berhak menerimanya ?

a)

Pertolongan

b)

Amanah

c)

Kedudukan

d)

Tanggung jawab

7.

Q 3 ; KEFAHAMAN SURAH AL-MAUN.

Antara berikut manakah yang tidak terkandung dalam perbincangan surah al-Maun ?

a)

Menindas dan berlaku zalim

b)

Tidak menggalakkan bersedekah

c)

Tidak mengasihi anak yatim

d)

Tidak bersyukur atas nikmat yang diberikan Allah

8.

Q 1 ; TAJWID - MAD SILAH TOWILAH.

Antara berikut manakah ayat yang mengandungi hukum Mad Silah Towilah ?

a)

مِنْ عِلْمِهِ إلَّا

b)

فَمَا لَهُ مِنْ قُوَّةٍ

c)

فَوَسَطْنَ بِهِ جَمْعًا

d)

فَأَثَرْنَ بِهِ نَقْعًا

9.

Q 2 ; TAJWID - MAD WAJIB MUTTASIL.

Mad Wajib mutassil boleh dibaca dengan berapa harakat ...?

a)

Empat

b)

Lima

c)

Enam

d)

Dua

10.

Q 1 ; HADIS - RASUAH

Antara berikut manakah perbuatan yang boleh dikaitkan dengan rasuah ?

a)

Abu memberikan hadiah kepada Ayob bagi membolehkannya terpilih sebagai pemenang dalam satu pertandingan

b)

Timah menerima sumbangan kerana musibah yang berlaku padanya.

c)

Adi dan Aju berkongsi keuntungan hasil dari perniagaan.

d)

Salim menerima komisyen hasil dari jualan yang dilakukannya.

11.

Q 2 ; HADIS - RASUAH.

Antara berikut manakah yang bukan merupakan kesan buruk dari perbuatan rasuah ?

a)

Mendapat dosa

b)

Menindas orang lain

c)

Mencemarkan imej negara

d)

Mendapat keuntungan yang membanggakan

12.

Q 3 ; HADIS - RASUAH.

Kenapa rasuah boleh berlaku dalam masyarakat ?

a)

Lemah iman

b)

Tiada jati diri

c)

Sifat malas dan tamak

d)

Mendidik diri untuk reza dan bersyukur

13.

Q  1 : AKIDAH – KHURAFAT.

 

Khurafat ialah cerita khayalan, adat istiadat dan apa jua kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.

 

Antara berikut manakah bukan contoh amalan khurafat ?

a)

Ramalan bintang dan angka

b)

Adat memuja pantai

c)

Memuja Kubur

d)

Solat meminta hujan

14.

Q 2 : AKIDAH – KHURAFAT.

 

Apakah hukum melakukan khurafat dan kesan kepada akidah umat Islam.

a)

Haram / Dosa besar

b)

Harus / Dosa kecil

c)

Makruh / Dosa Besar

d)

Sunat / Pahala digandakan

15.

Q 3 : AKIDAH – KHURAFAT.

 

Manakah antara berikut merupakan ciri-ciri khurafat ?

a)

Menyalahi syariat Allah

b)

Mengaitkan dengan perkara ghaib

c)

Berdoa meminta sesuatu dari Allah

d)

Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis

16.

Q 4 : AKIDAH – KHURAFAT.

 

Antara berikut manakah yang bukan merupakan kesan melakukan amalan khurafat ?

a)

Melemahkan iman

b)

Mudah berputus asa

c)

Membazirkan masa dan wang

d)

Jiwa sentiasa tenang dan tenteram

17.

Q 1 : AKIDAH – QODAK DAN QODAR.

 

Qodak bermaksud …………… Allah terhadap makhluqnya sejak azali.

a)

Ketentuan

b)

Kehendak

c)

Kebenaran

d)

Harapan

18.

Q 2 : AKIDAH – QODAK DAN QODAR.

 

Qodar pula bermaksud …………… sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah.

a)

Pelaksanaan

b)

Kehendak

c)

Kebenaran

d)

Harapan

19.

Q 3 : AKIDAH – QODAK DAN QODAR.

 

Untuk mencapai sesuatu, Allah memerintahkan manusia agar terus berusaha, …............. dan ……………………?

a)

Berdoa / Bertwakkal

b)

Berzikir / Berpuasa

c)

Berdoa / Solat

d)

Berzikir / Solat

20.

Q 4 : AKIDAH – QODAK DAN QODAR.

 

Beriman kepada Qodak dan Qodar adalah merupakan rukun yang ke ………… dalam Rukun Iman.

a)

Enam

b)

Lima

c)

Tiga

d)

Empat

21.

Q 5 : AKIDAH – QODAK DAN QODAR.

Berikut adalah ciri-ciri orang yang beriman dengan Qodak dan Qodar ?

a)

Tenang

b)

Sabar

c)

Berfikiran positif

d)

Sombong dan bongkak

22.

Q 1 : IBADAH – SOLAT ORANG SAKIT.

 

· SOLAT SECARA DUDUK

· SOLAT BERBARING

· SOLAT DENGAN ISYARAT MATA

Kenyataan di atas merujuk kepada ……..?

a)

Rukhsah solat

b)

Jamak dan Taqdim

c)

Solat jenazah

d)

Solat ketika perang

23.

Q 2 : IBADAH – SOLAT ORANG SAKIT.

 

Antara berikut adalah merupakan tata cara solat ketika sakit kecuali……?

a)

Solat tanpa wuduk kerana cuaca sejuk

b)

Solat secara duduk

c)

Solat berbaring mengiring

d)

Solat berbaring terlentang

24.

Q 3 : IBADAH – SOLAT ORANG SAKIT.

 

Antara berikut manakah kepentingan menuaikan solat ketika sakit untuk individu ?

a)

Menimbulkan keinsafan dalam diri akan kelemahan manusia

b)

Meningkatkan ketakwaan dan keimanan

c)

Menarik  minat orang bukan Islam terhadap Islam

d)

Menghargai nikmat kesihatan dan berusaha memanfaatkannya untuk beribadah

25.

Q 4 : IBADAH – SOLAT ORANG SAKIT.

 

Rukhsah solat bagi pesakit secara duduk di atas kerusi, Takbiratul ihram, Bacaan Fatihah dan Iktidal mesti dilakukan dalam keadaan badan …….?

a)

Tegak

b)

Duduk

c)

Condong

d)

Rukuk

26.

Q 1 : IBADAH – SOLAT JENAZAH.

 

Berapakah bilangan takbir dalam solat jenazah ?

a)

3

b)

4

c)

5

d)

2

27.

Q 2 : IBADAH – SOLAT JENAZAH.

 

Apakah hukum melaksanakan solat jenazah ?

a)

Fardu Kifayah

b)

Fardu Ain

c)

Wajib

d)

Harus

28.

Q 3 : IBADAH – SOLAT JENAZAH.

 

Antara berikut manakah susunan yang betul bagi tata cara pengurusan jenazah Islam ?

a)

Kafan, solat, mandi dan pengkebumian

b)

Mandi, kafan, solat dan pengkebumian

c)

Mandi, solat, kafan dan pengkebumian

d)

Solat, mandi, kafan dan pengkebumian

29.

Q 4 : IBADAH – SOLAT JENAZAH.

 

Apakah bacaan dalam Takbir kedua dalam solat jenazah ?

a)

Fatihah

b)

Doa keampunan

c)

Selawat

d)

Doa Iftitah

30.

Q 5 : IBADAH – SOLAT JENAZAH.

 

· KEPALA DISEBELAH KIRI IMAM

· BADAN DISEBELAH KANAN IMAM

· IMAM BERDIRI DI BAHAGIAN KEPALA

Pernyataan di atas merujuk kepada kedudukan jenazah bagi ………?

a)

Kanak-kanak perempuan

b)

Khunsa

c)

Perempuan

d)

Lelaki

31.

Q 1 : ADAB – KEMUDAHAN AWAM.

 

Antara berikut manakah yang termasuk dalam contoh kemudahan awam ?

a)

Masjid

b)

Taman permainan

c)

Tandas awam

d)

Kantin

32.

Q 2 : ADAB – KEMUDAHAN AWAM.

 

Menjaga harta benda dan kemudahan awam adalah satu ……………….. yang dituntut dalam agama Islam.

a)

Amalan

b)

Sifat

c)

Kenangan

d)

Harapan

33.

Q 3 : ADAB – KEMUDAHAN AWAM.

 

Perbuatan melakukan kerosakkan harta benda dan kemudahan awam ialah sifat yang negatif dan terkeji yang dipanggil ………?

a)

Sosialisme

b)

Patriotisme

c)

Vandalisme

d)

Pragmatik

34.

Q 4 : ADAB – KEMUDAHAN AWAM.

 

Harta benda dan kemudahan awam perlu …………………….bersama menggunakannya.

a)

Diambil

b)

Dikongsi

c)

Dimonopoli

d)

Dirosakkan

35.

Q 5 : ADAB – KEMUDAHAN AWAM.

 

Antara berikut manakah yang bukan merupakan adab dalam menggunakan kemudahan awam …?

a)

Menggunakan dengan penuh tanggung jawab

b)

Berdisplin dalam menggunakannya

c)

Tidak menyalahgunakannya

d)

Menconteng dan merosakkan kemudahan yang disediakan

36.

Q 1 : SIRAH – JIHAD.

 

Pernyataan manakah yang menerangkan tentang maksud jihad dalam Islam ….?

a)

Seorang muslim mencurahkan tenaga dalam melakukan sesuatu

b)

Seorang muslim menguruskan pengurusan jenazah muslim yang meninggal

c)

Seorang muslim menguruskan urusan rumah tangga dengan baik

d)

Seorang muslim menyediakan makanan dan minuman untuk tetamu

37.

Q 2 : SIRAH – JIHAD.

 

Antara berikut manakah yang tidak termasuk dalam konsep jihad menurut Islam …?

a)

Mempertahankan kesucian agama Islam

b)

Mencegah kemungkaran

c)

Melakukan kebaikan

d)

Melayan tetamu dengan sopan dan berhemah

38.

Q 3 : SIRAH – JIHAD.

 

· Belajar dengan bersungguh-sungguh

· Memberi manfaat kepada orang lain

· Tekun dan berdisplin untuk kecemerlangan

 

Penyataan di atas merujuk kepada jihad ….. ?

a)

Jihad harta

b)

Jihad kebaikkan

c)

Jihad jiwa raga

d)

Jihad ilmu

39.

Q 4 : SIRAH – JIHAD.

 

Bagaimanakah cara seorang muslim boleh melakukan Jihad dalam membuat kebaikkan …..?

a)

Menggunakan lisan

b)

Menggunakan harta benda

c)

Menggunakan tenaga

d)

Mencemuh dan mengeji orang lain yang tidak melakukan kebaikkan

40.

Q 5 : SIRAH – JIHAD.

 

Antara berikut manakah yang bukan merupakan aspek dalam jihad melawan hafa nafsu …?

a)

Belajar ilmu agama

b)

Beramal dengan penuh istiqomah

c)

Menyampaikan ilmu kepada orang lain

d)

Bermusuh dan berseteru dalam masyarakat

41.

Q 1 : JAWI – TEKS JAWI RINGKAS

ساءين دان تكنولوجي مماجوكن ماس دان دنيا

a)

Saintifik dan teknologi pemaju masa hadapan

b)

Sains dan teknologi memajukan masa dan dunia

c)

Sains dan teknologi memajukan emas dan dunia

42.

Q 2 : JAWI – TEKS JAWI RINGKAS

 

ممتزبيك ...... تاهون 1280 هجرة........ داساسكن اوليه....... خط رقعة

· Susun perkataan di atas menjadi teks yang sempurna ?

a)

تاهون 1280 هجرة ممتزبيك داساسكن اوليه خط رقعة  

b)

خط رقعة داساسكن اوليه ممتزبيك تاهون 1280 هجرة  

c)

داساسكن اوليه ممتزبيك خط رقعة تاهون 1280 هجرة

43.

Q 3 : JAWI – JAWI KE RUMI

 

TUKAR PERKATAAN JAWI BERIKUT KEPADA TULISAN RUMI

كاريا كبوداياءن

(a)  

44.

Q 4 : JAWI – JAWI KE RUMI

 

TUKAR PERKATAAN JAWI BERIKUT KEPADA TULISAN RUMI

كسوستراءن ملايو

(a)  

45.

Q 5 : JAWI – JAWI KE RUMI

 

TUKAR PERKATAAN JAWI BERIKUT KEPADA TULISAN RUMI

كسنين دان بودايا

(a)  

46.

Q 6 : JAWI – RUMI KE JAWI

 

TUKAR PERKATAAN RUMI BERIKUT KEPADA TULISAN JAWI

" MUZIUM "

a)

موزيوم

b)

موزيك

c)

مونومن

47.

 

Q 7 : JAWI – RUMI KE JAWI

 

TUKAR PERKATAAN RUMI BERIKUT KEPADA TULISAN JAWI

" TARANNUM "

a)

ترنم

b)

تربينا

c)

تراديسي

48.

Q 8 : JAWI – PERKATAAN PINJAMAN BAHASA ARAB

 

Anatara berikut manakah perkataan serapan Bahasa Arab ?

a)

طاعة

b)

كاريا

c)

سني

49.

Q 9 : JAWI – PERKATAAN PINJAMAN BAHASA INGGERIS

 

Antara berikut manakah bukan perkataan serapan Bahasa Inggeris ?

a)

سيكتور

b)

روبوت

c)

معلومت

50.

Q 10 : JAWI – PERKATAAN BERIMBUHAN

 

Antara berikut manakah bukan perkataan imbuhan apitan ?

a)

كسوستراءن

b)

كرياتيف

c)

منجاديكن