WorksheetsSOALAN TATABAHASA SET 1
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Name
Class
Date
1.
1. ______________ itu sedang membaiki kereta di bengkel.
a)
Pemandu
b)
Mekanik
c)
Penunggang
d)
Pekedai
2.
2. Ibu menyimpan baju-baju lama di dalam _________.
a)
dapur
b)
pondok
c)
stor
d)
almari
3.
3. Mereka makan malam di sebuah __________ pada hari Ahad yang lalu.
a)
rumah
b)
restoran
c)
gerai
d)
kantin
4.
4. Murid itu membeli makanan di _____________ yang terletak di tepi jalan itu.
a)
gerai
b)
kedai
c)
restoran
d)
pasar
5.
5. Semasa berjalan-jalan di taman bunga, Kok Wai terjumpa segugus ________________.
a)
rantai
b)
anggur
c)
kunci
d)
besi
6.
1. “____________ akan memerintah kerajaan ini dengan adil dan saksama ,” titah sultan yang baru menaiki takhta itu.
a)
Kita
b)
Beta
c)
Baginda
d)
Saya
7.
2. “____________ harus menjayakan Kempen Alam Sekitar yang sudah bermula itu,” kata ketua kelas kepada kawan-kawannya.
a)
Kita
b)
Beta
c)
Kami
d)
Saya
8.
3. “____________ akan menjunjung segala perintah tuanku,” kata hulubalang ketika menerima titah sultan.
a)
Kita
b)
Beta
c)
Saya
d)
Patik
9.
4. “Sampaikan salam ____________ kepada keluarga di kampung,” kata ibu dan aku kepada Fairuz
a)
kami
b)
kita
c)
mereka
d)
saya
10.
5. “Ibu, izinkan __________ untuk melawat adik Fadil yang baru lahir di rumahnya,” kata Ina dan adiknya.
a)
kami
b)
awak
c)
saya
d)
mereka
11.
1. Mariam singgah di rumah Zaini untuk _________buku cerita yang dipinjamnya.
a)
melemparkan
b)
memulangkan
c)
membalingkan
d)
meminjamkan
12.
2. Pengemis itu ______________ di kaki lima.
a)
bergantung
b)
berbaris
c)
berbaring
d)
berkebun
13.
3. Luka pada kaki Zizi __________ dengan ubat supaya cepat sembuh.
a)
disapu
b)
dituang
c)
dihukum
d)
dibungkus
14.
4. Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, ayah ___________ dengan berhati-hati dan mematuhi had laju yang ditetapkan.
a)
memandu
b)
menaiki
c)
menunggang
d)
membonceng
15.
5. Wang sumbangan itu akan _______________ kepada Rumah Anak-anak Yatim Sinar Harapan.
a)
dibahagikan
b)
dimasukkan
c)
diedarkan
d)
didermakan
16.
1. Eng Han membeli sejambak bunga mawar _________ untuk isterinya.
a)
lesu
b)
segar
c)
layu
d)
subur
17.
2 Air kopi yang dibancuh oleh kakak itu sungguh ___________.
a)
masam
b)
pahit
c)
payau
d)
kelat
18.
3. Nazrul murid yang malas belajar. Setiap hari, dia datang __________ ke sekolah.
a)
lembab
b)
cepat
c)
pantas
d)
lewat
19.
4. Ramai penoreh getah mengeluh kerana sudah seminggu hujan turun dengan __________.
a)
lebat
b)
cepat
c)
deras
d)
laju
20.
5. Puan Mariam membuang bantal dan tilam buruk yang sudah berbau__________ itu.
a)
hapak
b)
hancing
c)
harum
d)
hangit
21.
1. Saya akan menyertai aktiviti perkhemahan ini _________ saya diizinkan oleh bapa.
a)
agar
b)
jika
c)
apabila
d)
sejak
22.
2. Adik Meng Huat cerdik _________ malas membuat kerja sekolah.
a)
lalu
b)
tetapi
c)
kecuali
d)
kerana
23.
3. Orang awam tidak dibenarkan memasuki kawasan itu ________ kakitangan hospital sahaja.
a)
apabila
b)
dan
c)
kecuali
d)
demi
24.
4. Kakak menyapu sampah __________ menunggu rakannya tiba.
a)
sementara
b)
kalau
c)
agar
d)
malahan
25.
5. Emak mengutip beberapa kaki cendawan __________ ayah membaja tanamannya.
a)
atau
b)
manakala
c)
kerana
d)
jika
26.
1. Ismi bermain congkak __________ Bainun.
a)
dengan
b)
demi
c)
dari
d)
daripada
27.
2. Roslin mengucapkan terima kasih __________ Xiah Wai atas kerjasama yang diberikan.
a)
dengan
b)
kepada
c)
oleh
d)
daripada
28.
3. Jacinta sangat suka __________ bunga orkid.
a)
dengan
b)
akan
c)
di
d)
demi
29.
4. Dia pulang ke kampung __________ menjenguk ibunya yang sakit.
a)
untuk
b)
akan
c)
di
d)
demi
30.
5. Pemenang peraduan mengarang puisi itu akan menerima hadiah __________ Pegawai Pendidikan Daerah.
a)
untuk
b)
daripada
c)
dari
d)
demi
100 %
