wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan & Pengajaran (Part 2)

Total questions: 15

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

[Masyarakat Zaman Neolitik tinggal berhampiran sungai dan gua]

Bagaimanakah cara masyarakat Zaman Neolitik berhubung antara satu sama lain?

a)

Berdagang secara tukar barang

b)

Melalui sistem tulisan

c)

Pesanan menggunakan haiwan seperti burung

d)

Menggunakan laut

2.

Apakah sebab manusia Zaman Paleolitik sering hidup berpindah-randah?

a)

Mencari makanan

b)

Mencari alatan batu

c)

Lari daripada ancaman

d)

Berlindung daripada binatang buas

3.

1. Menjalankan kegiatan tukar barang

2. Menghasilkan alatan logam daripada besi dan gangsa

Manakah zaman yang memenuhi maklumat di atas?

a)

Zaman Neolitik

b)

Zaman Pertengahan

c)

Zaman Logam

d)

Zaman Paleolitik

4.

Masyarakat zaman prasejarah menyembah setiap benda seperti batu dan pokok.

Mereka mempercayai bahawa setiap benda mempunyai kuasa.

Pernyataan di atas menunjukkan bahawa masyarakat zaman prasejarah mengamalkan.......

a)

amalan animisme

b)

adat pengebumian

c)

amalan pembalasan

d)

Kehidupan selepas mati

5.

Posisi rangka manusia Zaman Paleolitik membuktikan bahawa telah wujud ........

a)

amalan menggunakan alat batu sebagai alat utama

b)

upacara pengebumian dalam kehidupan mereka

c)

adat dan kebudayaan hindu buddha dalam masyarakat prasejarah

d)

adat mengebumikan mayat dengan membaca mantera dalam masyarakat

6.

*Penciptaan kertas

*Sistem kalendar 365 hari

Sumbangan di atas dapat dikaitkan dengan tamadun apa?

a)

Indus

b)

Huang He

c)

Mesir Purba

d)

Mesopotamia

7.

Tamadun Indus adalah mashyur dengan perancangan bandarayanya, Apakah sebabnya yang membolehkan tamadun ini membina bandar terancang?

I. Kepakaran ilmu geometri   

II. Kepakaran ilmu astronomi   

III. Kepakaran ilmu matematik   

IV. Kepakaran teknologi pembakaran batu bata

a)

I, II, & III

b)

I, II, & IV

c)

I, III, & IV

d)

II, III, & IV

8.

Semasa Dinasti Shang, bandar Anyang dikelilingi dengan binaan tembok yang tinggi.

Apa tujuan pembinaan tembok tersebut?

a)

Mengawal jumlah penduduk

b)

Menghalang serangan musuh

c)

Memudahkan urusan pentadbiran

d)

Mengelakkan kemusnahan disebabkan banjir

9.

Antara berikut, pilih pernyataan yang menjelaskan sebab tamadun awal terbentuk di kawasan lembah sungai.

I. Kesuburan tanah   

II. Sumber bekalan air   

III. Bebas daripada serangan musuh  

IV. Menjalankan upacara keagamaan   

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

10.

Antara berikut, yang manakah sumbangan karya The Art of War kepada masyarakat Tamadun Huang He?

a)

Membincangkan teknik peperangan

b)

Memperkenalkan strategi perniagaan

c)

Menyenaraikan ciri-ciri pembesar setia

d)

Membicarakan tentang peperiksaan awam

11.

Istilah Arab iaitu mudun, madain dan madana ada berhubung kait dengan tamadun. Antara berikut, apakah maksud madana?

I. Peradaban   

II. Tinggi budi bahasa   

III. Pembukaan bandar   

IV. Pembangunan lahiriah

a)

I & II

b)

II & III

c)

III & IV

d)

I & IV

12.

Para sarjana bersetuju bahawa sistem tulisan memainkan fungsi penting dalam kemajuan sesuatu tamadun. Antara pilihan berikut, apakah sistem tulisan tamadun awal?

I. Tulisan jawi   

II. Tulisan hieroglif   

III. Tulisan ideogram   

IV. Tulisan cuneiform

a)

I, II, & III

b)

I, II, & IV

c)

I, III & IV

d)

II, III & IV

13.

Dibawah menunjukkan suatu maklumat mengenai binaan dalam tamadun Rom. 

*Dibina oleh Maharaja Hadrian 

*Melindungi tamadun Rom daripada serangan musuh 

a)

Jalan Raya

b)

Akueduk

c)

Tembok Pertahanan

d)

Markas Tentera

14.

Antara berikut, pernyataan yang manakah menjelaskan sebab masyarakat tamadun China menghargai pendidikan dan sistem peperiksaan awam?

a)

Mengatasi buta huruf

b)

Meningkatkan tamadun bangsa

c)

Mengubah status sosial individu

d)

Melahirkan warganegara patriotik

15.

Di bawah menunjukkan beberapa dinasti dalam tamadun India.

*Dinasti Nanda

*Dinasti Maurya

*Dinasti X

Apakah Dinasti X

a)

Asoka

b)

Gupta

c)

Kalinga

d)

Magadha