wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JAN - KATA ADJEKTIF

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Sampah sarap di dalam longkang itu berbau _____ .

a)

hapak

b)

hanyir

c)

busuk

d)

hangus

2.

Minyak masak itu berbau _____ kerana disimpan terlalu lama.

a)

lembik

b)

empuk

c)

hapak

d)

tengik

3.

Kakak tidak suka akan daging lembu kerana baunya yang _____ .

a)

haring

b)

hamis

c)

tengik

d)

hapak

4.

Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau _____ ikan air tawar.

a)

hapak

b)

hanyir

c)

tengik

d)

hancing

5.

Nasi yang _____ itu telah dibuang oleh emak ke dalam tong sampah.

a)

busuk

b)

basi

c)

hangit

d)

lembik

6.

Jean itu berbau _____ kerana sudah lama tidak dibasuh.

a)

hapak

b)

hamis

c)

tengik

d)

busuk

7.

Langsir itu berbau _____ kerana terkena air kencing kucing.

a)

hangus

b)

busuk

c)

kancing

d)

hancing

8.

Ayam yang digoreng oleh kakak telah _____ kerana api terlalu besar.

a)

hangus

b)

hangit

c)

hamis

d)

hapak

9.

Ibu memasak nasi _____ untuk adik kerana dia belum tumbuh gigi.

a)

lembik

b)

basi

c)

busuk

d)

hapak

10.

Biskut di dalam tin itu sudah _____ kerana penutupnya tidak ditutup dengan rapat.

a)

lemau

b)

lembik

c)

rangup

d)

empuk

11.

Ubi kayu itu mesti direbus hingga _____ .

a)

empuk

b)

lembut

c)

rangup

d)

lembik

12.

Sofa yang baru dibelinya itu sungguh _____ .

a)

lemau

b)

lemah

c)

lembut

d)

lembik

13.

Badannya _____ kerana sudah beberapa hari tidak makan.

a)

rangup

b)

lembik

c)

lemau

d)

lemah

14.

Kelopok yang baru digoreng oleh ibu itu memang _____ dan sedap dimakan.

a)

rangup

b)

lemah

c)

lembik

d)

lembut

15.

Abang saya berasa sedih kerana keputusan peperiksaannya sangat _____ .

a)

lemah

b)

baik

c)

cemerlang

d)

lembut