wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

1.0 PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA

Total questions: 30

Worksheet time: 5hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Empat elemen asas dalam perniagaan;

a) menyediakan barang dan perkhidmatan

b) ...?...

c) mendapatkan keuntungan

d) ...?...

Antara yang berikut, yang manakah jawapan yang betul bagi tempat kosong di atas?

a)

proses tambah nilai

b)

wujud pertukaran nilai

c)

memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

d)

memuaskan keperluan dan kemahuan pengguna

2.

Yang manakah benar tentang organisasi perniagaan?

P - matlamat; menjaga kepentingan dan kebajikan sosial

Q - matlamat; memaksimumkan keuntungan

R - modal; simpanan peribadi, pinjaman kewangan & keuntungan perniagaan

S - kewangan; kutipan yuran ahli & derma

T - cukai; dikenakan cukai

U - cukai; tidak dikenakan cukai

a)

P, S, U

b)

P, R, T

c)

Q, S, U

d)

Q, R, T

e)

P, S, T

3.

Antara yang berikut, yang manakah faktor pengeluaran yang betul?

a)

bahan mentah, modal, teknologi, usahawan.

b)

bahan mentah, modal, modal insan, teknologi, keusahawanan.

c)

bahan mentah, modal, tanah, keusahawanan.

d)

bahan mentah, modal insan, tanah, usahawan

4.

Sumber semula jadi yang digunakan dalam proses pengeluaran bagi menghasilkan sesuatu produk.

Nyatakan faktor pengeluaran berdasarkan pernyataan di atas.

a)

Teknologi

b)

Modal

c)

Modal insan

d)

Bahan mentah

e)

Keusahawanan

5.

Pembuat roti menguli tepung untuk dibakar ke dalam ketuhar.

Apakah faktor pengeluaran yang sesuai berdasarkan contoh di atas?

a)

Teknologi

b)

Modal

c)

Modal insan

d)

Bahan Mentah

e)

Keusahawanan

6.

Pilih proses perniagaan mengikut susunannya yang betul.

a)

input, output, proses tambah nilai, pemasaran, untung/rugi

b)

input, untung/rugi, proses tambah nilai, pemasaran, output

c)

input, proses tambah nilai, output, pemasaran, untung/rugi

d)

proses tambah nilai, input, output, pemasaran, untung/rugi

7.

Usaha mengagihkan barang siap atau produk akhir kepada pengguna sasaran dengan mengambil elemen-elemen campuran pemasaran.

Antara yang berikut, yang manakah proses perniagaan yang menerangkan pernyataan di atas?

a)

pemasaran

b)

output

c)

untung/rugi

d)

input

e)

proses tambah nilai

8.

Apakah proses ketiga dan keempat dalam proses perniagaan?

a)

untung/rugi

b)

output

c)

input

d)

proses tambah nilai

e)

pemasaran

9.

Perniagaan perlu memastikan proses perniagaan yang dijalankan tidak memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Yang manakah cabaran perniagaan bagi huraian di atas?

a)

perubahan struktur demografi

b)

peningkatan tanggungjawab sosial

c)

kepekaan terhadap isu alam sekitar

d)

cabaran globalisasi

10.

Pilih 4 cabaran perniagaan yang betul.

a) sumber semakin berkurangan

b) persaingan semakin sengit

c) penekanan kepada kualiti

d) perubahan cita rasa pengguna yang pelbagai

e) jaringan perniagaan

f) peningkatan kemajuan teknologi

g) cabaran globalisasi

a)

A, B, E, G

b)

B, C, D, F

c)

A, E, F, G

d)

A, B, D, F

e)

C, D, F, G

11.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan persekitaran umum?

a)

persekitaran ekonomi

b)

persekitaran masyarakat

c)

persekitaran pesaing

d)

persekitaran kerajaan

e)

persekitaran persaingan dan jaringan

12.

Perubahan penggunaan sains yang membolehkan manusia melakukan sesuatu yang baru, membentuk tugas atau prosedur kerja.

Yang manakah faktor persekitaran yang tepat dengan huraian di atas?

a)

persekitaran prasarana

b)

persekitaran teknologi

c)

persekitaran politik dan perundangan

d)

persekitaran ekonomi

e)

persekitaran antarabangsa

13.

Yang berikut merupakan persekitaran tugas kecuali

a)

pesaing

b)

masyarakat

c)

pelanggan

d)

prasarana

e)

pemodal

14.

Persekitaran tugas 'pembiaya' merujuk kepada

a)

Pihak yang membekalkan bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap

b)

Pihak yang menyediakan dana dan memberikan pinjamkan kepada perniagaan

c)

Pihak yang mentadbir sesebuah negara dan bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan

d)

Pihak yang membeli produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi perniagaan

15.

Yang manakah merupakan persekitaran umum?

a)

persekitaran prasarana

b)

persekitaran teknologi

c)

persekitaran pelanggan

d)

persekitaran sosiobudaya

e)

persekitaran pembiaya

16.

Berikan ciri-ciri perniagaan milikan tunggal yang tepat.

a)

modal;

disumbangkan oleh pemilik sendiri sahaja

b)

liabiliti;

tidak terhad

c)

milikan;

seorang peniaga berkeluarga

d)

keuntungan;

semua untung diterima pemilik dan ahli keluarga

17.

Senaraikan syarat perkongsian dalam perniagaan perkongsian.

a)

kuasa rakan kongsi

b)

gaji rakan kepada rakan kongsi

c)

umur rakan kongsi

d)

senarai nama rakan kongsi

18.

Apakah langkah kelima (5) penubuhan Syarikat Sdn. Bhd?

a)

mengisi borang 13A

b)

membuat permohonan carian nama

c)

menyerahkan semua dokumen yang terlibat

d)

membuat bayaran yuran pendaftaran perniagaan berasaskan jumlah modal sebenar

19.

Mengutamakan kepentingan ahli dan bukan keuntungan.

Berikut ialah kebaikan entiti perniagaan...

a)

Syarikat Sdn. Bhd.

b)

Koperasi

c)

Milikan tunggal

d)

Peruncitan

20.

Berikan kelemahan perniagaan milikan tunggal.

a)

Perniagaan tidak akan berkekalan sekiranya pemilik meninggal dunia

b)

Modal tidak terhad

c)

Tiada tanggungan risiko

d)

Kemahiran luas

21.

Huraikan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran.

a)

Barangan Pengguna;

aktiviti menghasilkan produk dengan memproses dan menggunakan sumber-sumber organisasi untuk memenuhi kehendak pelanggan.

b)

Ekstraktif;

melibatkan aktiviti pengeluaran bahan mentah daripada sumber semula jadi tanpa mengubah bentuk asalnya.

c)

Pembuatan;

melibatkan pengeluar barangan menjual keluarannya kepada pengeluar lain.

d)

Pemasangan;

aktiviti memasang komponen-komponen sesuatu produk bagi menghasilkan barang siap.

22.

Berikan contoh bagi aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan bagi aktiviti pemborongan.

a)

Lotus's

b)

Pemborong Tudung Naelofar

c)

Pasar Ikan Pandan

d)

Bundle Ilham

23.

Perbandingan manakah yang benar tentang aspek input berasaskan pengeluaran dan perkhidmatan.

a)

Pengeluaran;

barang yang nampak.

Perkhidmatan;

barang yang tidak nampak.

b)

Pengeluaran;

menggunakan peranan orang tengah dalam mendapatkan input.

Perkhidmatan;

lebih fokus kepada kemahiran dan kepakaran individu dalam menyampaikan perkhidmatan secara langsung.

c)

Pengeluaran;

menggunakan pelbagai peranan dalam mendapatkan input.

Perkhidmatan;

berfokus kepada kemahiran dan kepakaran pengguna dalam menyampaikan perkhidmatan secara langsung.

24.

Berikut merupakan tahap perniagaan kecuali

a)

primer

b)

huluan

c)

globalisasi

d)

antarabangsa

e)

persekitaran

25.

Berikut merupakan peranan sektor swasta kecuali

a)

Mengeluarkan lesen dan permit

b)

Menyediakan kemudahan infrastruktur untuk perniagaan dan masyarakat tempatan.

c)

Meneroka kawasan baharu

d)

Menyumbang kepada pendapatan kerajaan

26.

Sektor periagaan terdiri daipada 3 sektor iaitu...;

a)

sektor awam

b)

sektor badan berkanun

c)

sektor teknologi

d)

sektor badan kebajikan

e)

sektor swasta

27.

Sektor badan berkanun ialah...

a)

Agensi separa kerajaan yang ditubuhkan untuk menjaga peniaga.

b)

Agensi yang memudahkan peniaga swasta memulakan perniagaan.

c)

Agensi kerajaan yang diperbadankan bagi melaksanakan dasar-dasar dan tanggungjawab terhadap aktiviti kerajaan secara khusus.

d)

Agensi kerajaan yang mewakili kerajaan dalam menjalankan aktiviti mengawal selia terhadap sektor swasta.

28.

Huraikan tahap huluan dalam sesuatu produk pengguna.

a)

Aktiviti membangunkan industri sokongan dengan mewujudkan perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas.

b)

Dicipta untuk memperbaiki imbangan pembayaran negara.

c)

Aktiviti perniagaan yang berlaku bagi memproses input yang diperoleh daripada perniagaan hiliran.

d)

Perniagaan yang terlibat dalam mengeluarkan bahan mentah atau separuh siap yang menjadi input kepada perniagaan hiliran atau perniagaan lain bagi menghasilkan barang siap.

29.

Senaraikan ciri-ciri syarikat awam berhad.

a)

2 hingga tiada had maksimum

b)

pemindahan hak pemilikan saham perlu mendapat persetujuan daripada pemegang saham yang lain

c)

laporan kewangan perlu diumumkan kepada orang ramai

d)

Pengurusan perniagaan diletakkan dibawah tanggungjawab pemegang saham

30.

Aktiviti memproses bahan mentah yang dihasilkan dari tahap primer kepada barang siap atau separa siap.

Apakah yang dimaksudkan dengan huraian di atas?

a)

bahan mentah

b)

hiliran

c)

sekunder

d)

tertier